Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 9 August 2022

09 OGOS 1965

Peristiwa Pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia


Singapore Withdraws From Malaysian Union

09 Ogos 1965 – Pemisahan Singapura dari Malaysia terjadi pada tahun 1965. Pengisytiharan mengenai pemisahan ini telah dibuat oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama di Dewan Rakyat.

Kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah membebaskannya dari belenggu penjajahan Inggeris dan menjadikannnya sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

Tindakan pemisahan tersebut merupakan jalan terbaik demi perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik di antara Kerajaan Malaysia yang dikuasai Parti Perikatan dan Parti Tindakan Rakyat yang berkuasa di Singapura.

Tunku Abdul Rahman menyatakan antara sebab lain perpisahan ini ialah kerana sikap setengah pemimpin-pemimpin politik Singapura yang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang menafikan institusi Kesultanan Melayu serta hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Walau bagaimanapun, pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat dengan persefahaman bahawa Malaysia dan Singapura akan terus bekerjasama dalam bidang-bidang pertahanan, perniagaan dan perdagangan.

Untuk itu satu persetujuan telah pun dibuat dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0mdiC2NoEHUBBAcfJB4VGhJ3SDF7jA5zzo96nbW5Jp7tsWKXBfFLqoorkNpNuDeWQl/

On 9 August 1965, Singapore separated from Malaysia to become an independent and sovereign state. Singapore’s union with Malaysia had lasted for less than 23 months. Image reproduced from The Straits Times, 10 August 1965, p. 1.

https://www.facebook.com/311112732821450/posts/pfbid0Air4swtyDz1vHcUifiCfoB3doVkE3vcLAVLx9HYwGwcEJh8zvjYvU5ong4NPHGR2l/

--------------------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

09 OGOS 1965 SINGAPURA KELUAR MALAYSIA

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/08/09-ogos-1965.html

29th January 1819 - Founding Of Modern Singapore

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/01/29-januari-1819-founding-of-modern.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...