Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 27 August 2021

09 OGOS 1965

9 Ogos 1965 - SINGAPURA KELUAR MALAYSIA 

HARI INI DALAM SEJARAH 

Pada hari ini 9 Ogos 1965, selepas lebih dua tahun berada dalam Malaysia, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mengumumkan di Parlimen mengenai keputusan kerajaan untuk memisahkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia.

Dalam ucapannya, Tunku menghuraikan latar belakang yang menyebabkan beliau mengambil keputusan mengejut untuk memisahkan Singapura kerana tidak ada pilihan lain kecuali menyingkirkan Singapura yang mem­belakangkan segala keputusannya dengan Kerajaan Pusat.

Kami telah mencuba sedaya upaya untuk menge­lakkan pemisahan Singapura dari Malaysia tetapi kami tidak ada pilihan lagi ke­cuali menyingkirkannya,” ulas Tunku mengenai tindakan kontroversinya itu.

Pada 11 Ogos 1965, Tunku memaklumkan kepada Perdana Menteri British, Harold Wilson tentang pemisahan Singapura daripada Malaysia serta langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia bagi memastikan Singapura tidak akan menjejaskan keselamatan Malaysia.

Keputusan nekad Tunku itu mengejutkan British kerana dibuat tanpa berunding terlebih dahulu dengan mereka seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Tunku berkata, beliau senga­ja tidak berunding de­ngan pihak British, Australia dan lain-lain kerana bimbang mereka mungkin menahannya daripada menyingkirkan Singapura.

Menurut Nik Anuar Nik Mahmud dalam buku Konfrantasi Malaysia-Indonesia (2000), sebenarnya hubungan antara Kuala Lumpur dengan Singapura tidak mesra sejak koloni itu menyertai Malaysia pada 16 September lagi.

Malah pimpinan Singapura telah bergeser dengan pimpinan Tanah Melayu ketika rundingan menggubal Perlembagaan Malaysia pada peringkat akhir lagi.

Melihat kepada sikap degil Singapura itu, Tunku pernah mengugut untuk membentuk Malaysia tanpa Singapura.

Keadaan itu hanya dapat diselamatkan dengan campur tangan pihak British. Tindakan Lee Kuan Yew mengkritik Tunku secara terbuka kerana bersetuju mengubah tarikh penubuhan Malaysia daripada 31 Ogos kepada 16 September 1963, turut menyinggung pe­rasaan Tunku.

Selain itu Kuan Yew juga mem­belakangkan Tunku apa­bila mengisytiharkan kemerdekaan Singapura secara unilateral pada 31 Ogos 1963.

Pergeseran antara Tunku dengan Lee Kuan Yew me­m­uncak selepas pilihan raya Singapura pada bulan September 1963. Pada pilihan raya itu semua calon UMNO-Perikatan Singapura kalah di tangan PAP” (Nik Anuar Nik Mahmud 2000: 190).

Tunku terkejut kerana beliau menaruh harapan yang tinggi dengan kemasukan Si­ngapura ke dalam Malaysia, maka orang Melayu yang menjadi minoriti di pulau itu akan terus menyokong UMNO malah menjadi pengikut setia yang lebih kuat.

Sebaliknya, dengan wajah muram Tunku telah melihat partinya di Singapura dihancurkan sama sekali oleh Kuan Yew.

UMNO Singapura menerima kekalahan yang memalukan itu dengan penuh emosional. Pada 27 September 1963, ahli UMNO Singapura membakar patung Kuan Yew.

Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu (2004) menyatakan, sepanjang tempoh penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Kuan Yew mencabar kedudukan dan hak istimewa berperlembagaan orang Melayu di Malaysia de­ngan mengatakan taraf pribumi orang Melayu tidak ada lebihnya jika diban­dingkan dengan orang Cina, India dan masyarakat pendatang yang lain.

Di dorong sama ada oleh agenda politik yang menjurus untuk memajukan kepenti­ngan politik PAP atau pun ke­rana memang betul-betul jahil tentang sejarah, budaya dan penduduk pribumi di rantau ini, Kuan Yew mengaitkan orang Melayu Malaysia daripada keturunan Indonesia sebagai pendatang yang sepatutnya setaraf dengan masyarakat pendatang yang lain.” (Lily Zubaidah Rahim 2004: 20).

Indonesia pula me­nyambut baik Perpisahan Malaysia-Singapura dengan reaksi yang penuh gembira. Dalam propagandanya, Indonesia menekankan bahawa kepercayaan­nya selama ini bahawa Malaysia adalah projek neokolonialisme dan harapannya tidak lama lagi ia akan berkecai, seperti yang terjadi kepada Persekutuan Afrika Tengah dan Persekutuan Hindia Barat.

Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio dalam ulasannya menyatakan, perpisahan itu membuktikan tohmahan Indonesia selama ini Malaysia adalah projek neokolonial, ternyata benar!

Bagi pemimpin Malaysia, pemisahan Singapura dan Malaysia tidak menjejaskan ke­utuhan Malaysia, sebaliknya mengukuhkan lagi kedudukannya serta melepaskan dirinya daripada bebanan politik yang terpaksa didukungnya.

Tun Abdul Razak pula meng­anggap kehadiran Singa­pura dalam Malaysia selama ini umpama ‘duri dalam da­ging’ yang lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan yang diperolehinya. Malah penyingkiran Singapura suatu rahmat yang tersembunyi.

-Pusat Maklumat Utusan

https://www.facebook.com/groups/944196589713691/permalink/997641571035859/

Sumber artikel tambahan lain yang berkaitan : 

https://www.thepatriots.asia/apabila-singapura-keluar-dari-malaysia/

------------------------------------------------------------

Singapore Withdraws From Malaysian Union

09 Ogos 1965 – Pemisahan Singapura dari Malaysia terjadi pada tahun 1965. Pengisytiharan mengenai pemisahan ini telah dibuat oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama di Dewan Rakyat.

Kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah membebaskannya dari belenggu penjajahan Inggeris dan menjadikannnya sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

Tindakan pemisahan tersebut merupakan jalan terbaik demi perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik di antara Kerajaan Malaysia yang dikuasai Parti Perikatan dan Parti Tindakan Rakyat yang berkuasa di Singapura.

Tunku Abdul Rahman menyatakan antara sebab lain perpisahan ini ialah kerana sikap setengah pemimpin-pemimpin politik Singapura yang memperjuangkan konsep ‘Malaysia Malaysia’ yang menafikan institusi kesultanan Melayu serta hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Walau bagaimanapun, pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat dengan persefahaman bahawa Malaysia dan Singapura akan terus bekerjasama dalam bidang-bidang pertahanan, perniagaan dan perdagangan.

Untuk itu satu persetujuan telah pun dibuat dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

https://www.facebook.com/100064921921408/posts/pfbid024nwUvXaKtJUt6Qs54KGHebw5L5Ta4tUrNdxLreLgNFN3JwTorUy7w1P1zjDAnZfil/?app=fbl

Trivia Menarik Singapura Keluar Daripada Persekutuan Malaysia

  1. Menarik sebenarnya kisah pasal Singapura ini. Tambah pula kita ada sejarah lama dengan pulau ini. Cuma selepas campur tangan British pengaruh budaya Melayu semakin hilang di sini dengan ramainya kaum pendatang dari Cina ke Tanah Melayu melalui Singapura. Mereka akhirnya menerima bahawa pembukaan pulau ini adalah daripada sejarah Sang Nila Utama sehingga kerajaan mereka sanggup membina tugu peringatan sebagai tanda orang Melayu buka pulau itu. Tapi tak nafikan juga, mereka memutar belitkan sejarah Melayu di sana dengan melabelkan Melayu sebagai perompak dan lanun. Ini disahkan sendiri oleh Ustaz Don Danial apabila buat lawatan di Muzium Singapura.
  2. Gagasan Pembentukan Malaysia atas usaha dan inisiatif Tunku untuk mengimbangkan jumlah antara bukan Bumiputera dan kaum Bumiputera. Gagasan ini telah dinyatakan oleh Tunku di hadapan pegawai British dengan mencadangkan penubuhan Malaysia bersama-sama dengan Sabah Sarawak dan Brunei. Pungutan suara diambil daripada Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kepastian daripada penduduk setempat mengenai Gagasan penubuhan Malaysia ini.
  3. Mengenai Singapura yang dikeluarkan dari Malaysia ini, kita perlu lihat daripada konteks pegangan politik Singapura yang ekstrem iaitu mereka menginginkan hak sama rata antara semua kaum antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dengan Gagasan mereka iaitu Malaysian Malaysia. Ini adalah sesuatu yang merbahaya kepada Pembentukan Malaysia kerana secara asasnya telah melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin dan mengutamakan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai penambahbaikan daripada Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka.
  4. Tunku tidak membuat keputusan yang terburu-buru sebelum bertindak untuk keluarkan Singapura daripada Malaysia. Ini adalah kerana kita sendiri telah pun tahu tentang kedudukan perkauman yang kuat di Singapura sebelum mereka menyertai Malaysia. Rusuhan yang pernah berlaku di Singapura seperti isu yang timbul tentang Kes Natrah seperti yang pernah direkodkan dalam sejarah antara kedua-dua negara yang berjiran ini
  5. Pernah timbul keadaan di mana Lee Kuan Yew ketika itu ingin membahaskan tentang soal Gagasan Malaysian Malaysia ini dalam Parlimen Malaysia. Akan tetapi ditangguhkan oleh speaker Dewan Rakyat ketika itu untuk dibincangkan pada masa yang lain. Tidak lama selepas itu, telah dikhabarkan Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia. Ada juga usaha untuk membincangkan perkara ini selepas peristiwa tersebut dalam Dewan Rakyat akan tetapi telah ditolak kerana isu Singapura tidak melibatkan sebagai entiti sebuah Negeri dalam Malaysia. Perkara ini ada direkodkan dalam catatan Dewan Rakyat sekitar tahun 1965.
  6. Menurut catatan dalam Memoir Tunku Abdul Rahman segala keputusan yang dibuat oleh Tunku, kebiasaannya beliau akan keluarkan keputusan tersebut selepas menunaikan solat Subuh. Selain itu, perkara mengenai Singapura dikeluarkan dari Malaysia ini mendapat tentangan daripada Tun Dr. M ketika itu melalui surat yang diutuskan dari dia kepada Almarhum Tunku. Sesuatu yang kita tidak nafikan bahawa ada sesetengah kawasan yang pernah didirikan istana oleh Sultan Johor masih lagi bergeran dan dimiliki oleh Sultan Johor. Oleh itu, seperti yang kita ketahui Tanah bergeran milik Sultan Johor ini tidak diusik oleh Kerajaan Singapura untuk tujuan pembangunan. Kalau diikutkan apabila Singapura dikeluarkan dari Malaysia, Sultan tentu menimbulkan perkara yang tidak puas hati daripada baginda Sultan Johor ketika itu. Yang kita pernah baca dalam media arus perdana, Sultan Johor sedikit terkilan tentang isu Pulau Batu Putih yang telah diisytiharkan menjadi Hak Milik Penuh Kerajaan Singapura.
  7. Seperkara lagi, rusuhan kaum yang pernah berlaku di Singapura pada ketika Kes Natrah dulu, hanya berlaku di dalam Malaysia selepas peristiwa 13 Mei 1969. Tunku memang tahu yang Lee Kuan Yew telah melanggar perjanjian untuk tidak bertanding di Malaysia bagi mewakili parti kaum Cina untuk menggantikan MCA di dalam Perikatan. Tidak puas hati ini timbul apabila Lee Kuan Yew juga mendapati bahawa UMNO sedang meluaskan pengaruh di Singapura. Jadi tindak balas itu telah ditunjukkan oleh Lee Kuan Yew dengan meletakkan Parti PAP dengan bertanding dalam kawasan di Malaysia.
  8. Akhir sekali, seperti yang kita ketahui juga, peristiwa Singapura ini sempat juga Allahyarham Tan Sri P Ramlee rakamkan dalam filem arahannya iaitu Tiga Abdul. Ini adalah filem arahan terakhirnya daripada produksi filem Malay Film Production di Singapura. Akhir filem tersebut P Ramlee bersama-sama pelakon di Studio Jalan Ampas meminta maaf antara satu sama lain sebagai tanda selepas ini Singapura bakal berpisah dari Malaysia. Rumah yang P Ramlee tinggalkan di Singapura masih dijaga rapi oleh waris di sana sehinggalah hari ini. 
  9. SEKIAN - 

-------------------------------------------------------------------------

Kenapa Singapura Dan Malaysia Berpisah

https://www.youtube.com/watch?v=y3aU_1cljmI

Deskripsi daripada APHD Channel :-

Sejarah Kenapa Singapura Keluar dan Berpisah Dari Malaysia. Dan Bagaimana Singapura Boleh Maju Dengan Lebih Cepat
Malaysia dan Singapura merupakan 2 buah negara yang berasal daripada satu rumpun yang sama. Namun, disebabkan perbezaan ideologi politik, kedua dua negara terpaksa berpisah pada tahun 1965. Pengisytiharan mengenai pemisahan ini telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Hari ini Malaysia dan Singapura telah menjadi 2 negara yang digeruni di Asia Tenggara, dan menjadi contoh kepada kebanyakan negara negara lain. Jadi, lebih baik kita melihat kembali kronologi berlakunya sejarah besar bagi kedua negara ini.
Jadi, lebih baik kita melihat kembali apa sebenarnya berlaku bagi kedua negara ini.
Teruskan Menonton Dan Jangan Lupa Subscribe

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Kisah Othman Wok : Teladan buat bangsaku



11 OGOS 1966 : Perjanjian Perdamaian Malaysia Indonesia


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...