BOLEH KE SOLAT DI ATAS TANAH ATAU BATU?
Rasulullah fleksibel dalam tempat sujud. Tidak kira atas tikar atau sejadah ataupun atas tanah terus.
NABI S.A.W. SOLAT ATAS TANAH DAN AIR
فإني رأيت هذه الليلة ورأيتني أسجد في ماء وطين
Sesungguhnya aku melihat diriku pada malam ini sujud di atas tanah dan air. (sahih Bukhari)
NABI S.A.W. SOLAT TANPA LAPIK
و ما رأيته يتقي على الأرض بشيء Aku tidak melihat Nabi s.a.w. lapikkan tempat sujudnya. (Hr Ahmad)
NABI S.A.W. SOLAT ATAS TANAH
رأيت رسول الله ( صلَّى الله عليه و آله ) يضع أنفه على الأرض إذا سجد ، مع جبهته
Wail ra berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w. meletakkan hidung beserta dahi diatas tanah bila sujud.
(hr Ahmad)
KESAN TANAH DAN SELUT DI MUKA NABI LEPAS SOLAT
فمطرنا ليلة ثلاث وعشرين، فصلى بنا رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، فانصرف؛ وان أثر الماء والطين على جبهته وأنفه.
Hujan turun pada malam 23 ramadan , Nabi s.a.w solat mengimamkan kami, kemudian beredar dalam keadaan air dan tanah di dahi dan hidungnya. (HR muslim)
NABI S.A.W. SOLAT ATAS SEJADAH
وَكَانَ يُصَلِّي عَلَى خُمْرَةٍ Nabi s.a.w. solat di atas khumrah.
Khumrah menurut khattabi adalah sejadah diperbuat dari sabut pokok kurma yang dianyam.
NABI S.A.W. SOLAT ATAS TIKAR صلَّى رسول الله ( صلَّى الله عليه و آله ) على حصير
Nabi s.a.w. solat di atas tikar. (hr Ibnu majah dari Abu Said)
SOLAT ATAS UNTA
أنَّ رسولَ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كان يُصلِّي سُبحتَه حيثما توجَّهتْ به ناقتُه
Baginda s.a.w. Solat Duha atas unta mengikut arah unta berjalan. Hadis bukhari Muslim dan lain-lain.
Solat atas unta untuk solat sunat sahaja.
KESIMPULAN
SOLAT TANG MANA PUN SAH Oii . Yang hang bising orang solat atas batu sebab apa. Ramai lagi yang tak solat hang tak hingaq (marah). Baik solat atas batu awal waktu dari cari tempat sesuai yang lewatkan waktu. Ini keistemewaan ummat Nabi Muhammad s.a.w.
Aku diberi lima yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelum aku :
- Aku ditolong dengan rasa takut (di hati musuhku) selama satu bulan.
- Bumi dijadikan sebagai tempat solat dan suci bagiku. Siapa saja dari umatku yang sampai waktu solat padanya, maka hendaklah ia melaksanakan solat.
- Dihalalkan harta rampasan perang bagiku, tidak dihalalkan bagi seorang pun sebelumku.
- Aku diberi syafaat.
- Seorang nabi diutus untuk kaumnya saja, aku diutus untuk seluruh manusia”.
Imam Nawawi berkata : إجماع العلماء على جواز الصلاة على الحصير وسائر ما تنبته الأرض
Sepakat ulama menyatakan boleh solat berlapik dengan tikar atau tanpa lapik terus di atas apa yang tumbuh pada permukaan bumi. (syarah sahih Muslim) PU SALMAN
Iklan :-
[Assalamualaikum KELAS ONLINE (zoom) BERKITAB Kelas adalah seperti berikut(BOLEH PILIH ATAU AMBIK SEMUA):
Kelas siang:
1) kitab manhajul qawim ibnu hajar (fekah ibadat) dan kifayatul awam (tauhid) . Jumaat 3pm.
Dan kelas mlm:
1. Umdatus Salik (fekah mazhab Syafie) dan matan waraqat (usul fekah) 9.15pm SELASA
2. Riyadus solihin (hadis bersanad) Dan Syamail Muhammadiah (hadis) 9.15pm RABU
3. Jauharah tauhid (ilmu tauhid) dan tafsir ayat hukum 9.15pm KHAMIS
4. Tafsir Jalalain (tafsir al-Quran) dan Al-Azkar (zikir2 , doa dan hukum2) imam Nawawi9.15pm AHAD.
Terbuka utk umum semua peringkat. Ada public figure seperti dato fadzilah kamsah, ahli akademi seperti dato seri awang sariyan , selebriti dakwah seperti pu hafiz, pu akram , us don daniyal, imam muda aran , instafamous seperti idin ramli , player pro jdt adam norazlin , suri rumah dan banyak lg. Takda basic pun boleh join]
CHE DET Supporters boleh tuan yang bijaksana perjelaskan, jika tiada ulasan mohon keluarkan siaran itu dari halaman tuan. Cukup cukuplah kalau kita nak jadi sebahagian besar, punca perbalahan umat Islam hari ini..
©️ ADAKAH SAH SOLAT DI ATAS BATU SUNGAI?
Ada yang membangkitkan isu anggota Jabatan AMAL bersolat di atas batu sungai laluan air terjun ketika berkhidmat di tempat kejadian kepala air di Yan, Kedah.
Dari sudut hukum fiqh, solat mereka sah kerana mereka bukan menyelam dalam air yang menyebabkan ada kemungkinan tertelan air.
Mereka umpama bersolat di atas lantai yang basah. Solat di atas lantai yang basah sah solat, termasuklah di atas batu sungai yang basah.
Adakah sah solat dalam pakaian yang basah?
Sah, selagi tidak menampakkan warna kulit pada anggota aurat. Sepertimana bersolat dalam hujan, sah hukumnya. Kita pun dapat lihat pakaian mereka tidak menampakkan warna kulit sekalipun basah.
Kenapa mereka bersolat di tempat berair, tak boleh pergi ke daratan?
Kita tidak bersama mereka, jadi kita tidak tahu bagaimana situasi dan keadaan mereka di sana.
Mungkin di daratan penuh dengan lumpur dan tanah yang lecah dan berselut. Jadi bersolat di atas batu sungai lebih diyakini bersih dan selesa, kenapa tidak boleh?
Masuk waktu, mereka terus solat, lepas tu sambung kerja ... Nak tunggu turun bukit keluar hutan mungkin lewat...
Kenapa mereka riya' dengan mengambil gambar ketika bersolat?
Sebenarnya, lebih baik kita wangikan hati kita dengan berhusnuz zhan, mereka nak berdakwah dan beri galakkan supaya bersolat jemaah walau di mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.
Terima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu ini.
Kita sama-sama fikir bagaimana nak dakwah sebahagian orang Islam yang masih berat menunaikan solat, walaupun dalam keadaan selesa di daratan.
(۞ فَخَلَفَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَ ٰتِۖ فَسَوۡفَ یَلۡقَوۡنَ غَیًّا إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ صَـٰلِحࣰا فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ یَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ وَلَا یُظۡلَمُونَ شَیۡـࣰٔا) [Surah Maryam 59 - 60]
Maksudnya:
59- Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
60- Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun,
Sumber: Muhammad Rifaat Razman
CHE DET Supporters boleh tuan yang bijaksana perjelaskan, jika tiada ulasan mohon keluarkan siaran itu dari halaman tuan. Cukup cukuplah kalau kita nak jadi sebahagian besar, punca perbalahan umat Islam hari ini..
📝 Serai Padang
#CPK
No comments:
Post a Comment