Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 23 August 2021

Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah kes tipu labur Bitcoin


MOHAMMAD Fadino (kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkaitan kes penipuan pelaburan Bitcoin Bitkingdom, di Mahkamah Majistret Kulai. FOTO Mohd Azren Jamaludinin

SEORANG ahli perniagaan dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulai, hari ini atas tuduhan berkaitan kes penipuan pelaburan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM29,002.12 pada 2017.

Tertuduh, Mohammad Fadino Khairuman, 37, membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan L Rajan di sebuah bank di Kulai pada 2017, dengan sengaja mendorong mangsa membuat pelaburan 10 bitcoin bernilai RM29,002.12 ke laman sesawang www.Bitkingdom.org yang dalam penguasaan tertuduh.

Tetapi pelaburan terbabit sudah ditukarkan kepada mata wang digital Aureus dengan secara paksaan, sedangkan tertuduh tahu bahawa mata wang digital Aureus tiada nilai yang setanding dengan pasaran mata wang digital Bitcoin.

Mohammad Fadino dituduh mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin tempatan selain menetapkan 25 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan penetapan tarikh bicara.

Kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Sabiq Mohd Subri manakala tertuduh diwakili Peguam Fahmi Abd Moin.

Disiarkan pada: Jun 18, 2020 @ 4:43pm


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Datuk Tipu Pelaburan Bitcoin Didakwa Lagi

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...