Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 28 June 2021

Tipu Pelaburan Bitcoin

Datuk Tipu Pelaburan Bitcoin Didakwa Lagi

Arkib : Disiarkan pada: Jun 21, 2020 @ 11:47am. 

Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my


Mohammad Fadino (baju hitam) ketika hadir ke Mahkamah Majistret Kluang hari ini. Foto Mohd Azren Jamaludin

 AHLI perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret Kluang hari ini atas dakwaan penipuan pelaburan Bitcoin Bitkingdom.

Tertuduh, Datuk Mohammad Fadino Khairuman, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Fadino didakwa menipu seorang mangsa berusia 58 tahun dengan mendorongnya membuat pelaburan mata wang Bitcoin dan kemudian menukarkannya kepada mata wang Digital Aureus yang mempunyai nilai tukaran lebih rendah tanpa persetujuan pengadu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Simpang Renggam antara Ogos sehingga Disember 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rafidatul Akma Rafie manakala tertuduh diwakili peguam, Fahmi Abd Moin.

Majistret kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai depan bagi sebutan semula kes itu.

Khamis lalu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Majistret Kulai atas tuduhan penipuan pelaburan Bitcoin Bitkingdom, membabitkan kerugian berjumlah RM29,002.12 pada 2017 dan turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Sebelum ini, beliau turut dituduh atas kesalahan sama di Mahkamah Majistret Klang, Petaling Jaya, Ampang dan Kuala Lumpur.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/591986/datuk-tipu-pelaburan-bitcoin-didakwa-lagi

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah kes tipu labur Bitcoin

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/08/ahli-perniagaan-mengaku-tidak-bersalah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...