BICARA KLASIK : "DISEBALIK CANDU, GANJA & BELACAN" ALI BABA BUJANG LAPOK
Salah satu filem komedi terbaik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang dianggap oleh sesetengah pengkritik dan peminat filem tanah air. Filem Ali Baba Bujang Lapok sememangnya sangat banyak menyelitkan nasihat, sindiran dan kritikan masyarakat secara tersurat mahupun tersirat.
Kalau nak dikupas satu persatu sememangnya memerlukan perbincangan yang sangat panjang. Jadi, Brother pilih satu sindiran dan kritikan masyarakat yang disampaikan oleh P.Ramlee dalam filem ini. Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga ada yang tidak tahu menahu langsung akan sindiran ini.
Brother sangat tertarik dengan babak ketika Marjina keluar membeli-belah di pasar. Ketika dia melalui jalan di pasar itu, dia di datangi oleh penjual candu dan ganja yang berniaga di jalanan secara bebas dan terbuka. Apabila dia ingin membeli belacan, peniaga itu terpaksa menjualnya secara sembunyi kerana tidak mempunyai lesen.
"Jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen tetapi jual belacan tak ada lesen. Saya smuggle dari Malaya." Kata peniaga itu kepada Marjina. Menunjukkan pada zaman dalam filem itu, semuanya memerlukan lesen. Tidak kira jenis perniagaan itu halal atau haram. Jika ada lesen, semuanya akan 'beres' belaka.
Babak ini agak singkat, namun ia penuh dengan maksud yang tersirat. Tersirat dengan sindiran yang ingin disampaikan oleh P.Ramlee. Allahyarham ingin memberitahu kita bahawa, jika sesebuah kerajaan yang memerintah tidak amanah. Maka semua perkara halal atau haram tidak ada bezanya. Yang akan membezakannya adalah lesen untuk mendapatkan kelulusan.
P.Ramlee juga memberitahu kita, akan tiba suatu zaman di mana manusia terpaksa melakukan perkara baik secara sembunyi-sembunyi. Manakala perkara yang menyimpang dengan agama dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa malu atau bersalah. Di mana ketika itu, perbuatan baik di anggap janggal dan perkara buruk di anggap bagus dan menjadi kebanggaan.
Adakah perkara seperti ini akan berlaku dipenghujung zaman nanti...??? Atau sememangnya sudah pun terjadi, tapi kita pula yang tidak perasan atau tidak endah dengan apa yang berlaku di depan mata...???
Ya Habibi Ali Baba
#BicaraKlasikBraderFilem
Ali Baba Bujang Lapok HQ - Pramlee (versi warna) FULL
Deskripsi dari : nostalgiaWARNA
sesetengah babak terpaksa dipotong / 'MUTE' (tiada suara) disebabkan HAK CIPTA
credit : Astro Malaysia Holdings Berhad
: Sony ATV Publishing
: CASH PanAsia
Filem ini berasaskan dari kisah Ali Baba dan 40 Penyamun dari Hikayat 1001 Malam tetapi ditokok-tambah dengan unsur komedi. Seperti filem Bujang Lapok yang lain, filem ini dibintangi P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin. Filem ini merupakan penampilan sulung Sarimah, serta dikenali sebagai filem terakhir di mana P. Ramlee memegang watak jahat / antagonis.
#pramlee #filemklasik #nostalgiawarna
ASAL USUL SENAPANG GAJAH ALIBABA BUJANG LAPOK
Menonton filem Ali Baba Bujang Lapok pasti kita teringat bagaimana P. Ramlee sebagai ketua penyamun yang bernama Abu Hassan menggunakan senapang gajah untuk menghukum Kassim Baba lakonan S.Shamsudin.
Senapang gajah yang dikenali sebagai Punt Gun itu telah disewa oleh P.Ramlee dari Army Museum Of Singapore. Berat senapang gajah ini dianggarkan antara 40kg ke 50 kg dan sepanjang 8kaki 4inch (2.54m). Senapang ini diciptakan oleh seorang novelist berbangsa Inggeris bernama Desmond Bagley. untuk berburu angsa dan berpotensi membunuh 100 burung angsa dengan satu das tembakan.
Teks: HAR & Mimin
No comments:
Post a Comment