Arkib : 09 September 2019
MENJEJAK SEJARAH MELAKA DI TURKI, bersama Prof. Andrew Peacock
Gambar 1 : Peta Imej Melaka di mata ahli kartografi Turki,1803
MIF: Cendekiawan mencetuskan berita panas bahawa mungkin terdapat dokumen mengenai Hang Tuah dan Kesultanan Melaka di Istanbul dan Timur Tengah. Pernahkah saudara menemui dokumen-dokumen ini?
AP: Saya fikir tak mungkin ada, sebenarnya. Semasa menjalankan kajian dalam Koleksi Arkib Uthmaniyah, kami tidak menjumpai apa-apa benda yang berkaitan. Kami telah menjalankan kajian yang sangat komprehensif, walaupun arkib tersebut tidak dikatalog dengan baik. Tapi saya rasa memang terbatas sebarang maklumat mengenai Kesultanan Melaka atau Hang Tuah yang seolah-olah sedang menanti untuk ditemui.
Gambar 2 : Peta / Tahun Kesultanan Islam Nusantara
MIF: Mengapa saudara fikir begitu?
AP: Sebab subjek itu bukan sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Sejujurnya, orang Istanbul memelihara maklumat yang mereka rasa berguna atau berkaitan dengan mereka sahaja. Misalnya, mereka simpan maklumat berkenaan hubungan diplomatik antara Uthmaniyah dan Aceh kerana ia adalah hubungan diplomatik yang penting, dan ia berguna apabila ia boleh dirujuk kembali dan lihat bagaimana hubungan itu berlangsung.
Tapi mereka jarang simpan maklumat sejarah semata-mata – contohnya pentadbiran dalaman Aceh – kerana itu bukan jenis maklumat yang dikehendaki oleh golong birokrat. Anda perlu fikir, apakah sebab dokumen-dokumen tersebut disimpan di dalam arkib.
MIF: Orang kata masih ada ‘berjuta’ dokumen dalam koleksi arkib Uthmaniyah yang belum diselidik.
AP: Betul, koleksi arkib Uthmaniyah mengandungi banyak dokumen dan memang belum dikaji kesemuanya. Tapi saya syak kebanyakan dokumen yang belum dikaji itu tidak mempunyai kaitan pun dengan Asia Tenggara. Mungkin terdapat lebih banyak bahan kajian berkaitan hubungan Uthmaniyah dengan Eropah dan Iran. Macam saya kata tadi, tidak mungkin ada dokumen seperti harta karun tersembunyi yang akan memberi pencerahan tentang Kesultanan Melaka dan Hang Tuah. Sudah pasti tiada dalam koleksi arkib Turki. Tapi memang mengujakan untuk fikir bahawa ada sumber baru menanti untuk ditemui.
Gambar 3 : Kerajaan-kerajaan Melayu-Islam Nusantara
MIF: Saudara kata saudara mengkaji dokumen-dokumen ini secara “komprehensif”. Berapa lama masa yang diambil?
AP: Kami mengambil masa 10 tahun untuk membuat kajian, menyunting dan menterjemah dokumen-dokumen ini.
Gambar 4 : Jata Empayar Turki Uthmaniyah
MIF: Kongsikan dengan kami tentang buku baru saudara, “Ottoman-Southeast Asia Relations: Sources from the Ottoman Archives”.
AP: Ia merupakan himpunan kesemua dokumen di dalam koleksi arkib Uthmaniyah berkenaan Asia Tenggara dari abad ke-16 sehingga awal abad ke-20. Ia mengandungi dokumen asli yang ditulis dalam pelbagai jenis bahasa bersama dengan terjemahan Bahasa Inggeris.
Secara ringkas, terdapat dua jenis dokumen dalam arkib Uthmaniyah. Ada dokumen yang dihantar dari Asia Tenggara oleh pemerintah Asia Tenggara meminta bantuan dari kerajaan Uthmaniyah (ini biasanya ditulis dalam bahasa Melayu dan Arab), beberapa bahasa lain juga digunakan seperti Tausug dan lain-lain lagi.
Jenis kedua pula secara mudahnya ialah maklum balas daripada pihak Uthmaniyah: perbincangan dalaman tentang bagaimana memenuhi permintaan dari Asia Tenggara, bagaimana reaksi menteri luar negeri dan golongan birokrat apabila diminta campur tangan di rantau dunia Islam yang terpencil ini.
Maka ia memberikan kita sudut pandangan berbeza mengenai hubungan Asia Tenggara dengan kerajaan Uthmaniyah.
MIF: Bolehkah saudara kongsikan sedikit tentang latar belakang?
AP: Saya merupakan pensyarah sejarah Timur Tengah dan Islam di University of St Andrews. Saya belajar bahasa Arab dan Parsi di Oxford pada peringkat sarjana muda dan mendapat doktor falsafah di Cambridge dalam Fakulti Asia dan Pengajian Timur Tengah. Saya kemudian tinggal dan bekerja di Turki selama 5 tahun sebagai penolong pengarah di British Institute of Ankara.
[Dr Peacock juga merupakan Pengkaji Utama Kajian Islam, Perdagangan dan Politik merentas Lautan Hindi (pengarah bersama dengan Dr Annabel Gallop), yang didanai oleh British Academy sejak tahun 2009-2012). Senarai kajian Dr Peacock boleh ditemui di https://melakainfact.com/2019/09/04/prof-andre-peacock/.]
#info #sejarah #link #facebook #fakta
Daulah Turki Uthmaniyah / Turki Besar (kiri). Panji Rasmi Raja-raja Melayu / Turki Kecil (kanan)
"Akan Sampai Masanya, Turki Kecil akan Membantu Turki Besar", Sayidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhami
http://worldroyalfamilyhouse.blogspot.com/2014/12/akan-sampai-masanya-turki-kecil-akan.html?m=1
No comments:
Post a Comment