Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 8 August 2022

08 OGOS 1511 CONQUISTA DE MALACA

 

Conquista De Malaca

08 Ogos 1511 – Pada tahun 1511, angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque berjaya menawan jambatan Bandar Melaka yang menghubung kedua-dua bahagian bandar Melaka itu.

Melaka pada masa ini diperintah oleh Sultan Mahmud merupakan sebuah empayar yang agung dan pusat perdagangan yang berjaya. Penduduknya dianggarkan seramai 200,000 orang dengan jumlah askar 20,000 orang.

Sebelum jambatan penting ini ditawan, de Albuquerque yang datang dengan 18 buah kapal perang dan 1500 orang askar lengkap dengan senjata moden meminta Sultan Mahmud membebaskan beberapa orang Portugis yang ditawan oleh Melaka sebelum ini, walau bagaimanapun permintaan itu ditolak.

Tentera Portugis dengan bantuan saudagar Cina telah berusaha untuk menawan bandar Melaka dan untuk tujuan itu jambatan yang membahagikan Melaka perlu dikuasai terlebih dahulu. Serangan hebat oleh tentera Portugis terhadap Melaka telah berjaya menawan jambatan Bandar Melaka tersebut, dan Melaka kini jatuh ke tangan penjajahan Portugis.

Sultan Mahmud melarikan diri ke Pahang dan anakandanya Sultan Ahmad melarikan diri ke Muar. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada hari ini dalam tahun 1511 menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka, serta merupakan titik bermulanya penjajahan barat di Melaka.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

The Old Fort Gateway Malacca

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0Ech6DMmbaMqSBd5aRws4sZgM3oQxrAKP1uNtYXTQoqDP2tfWumaGAi19HjUCMu16l/

---------------------------------------------------------------

Alfonso de Albuquerque "The Great Conqueror"

Dan aku yakin bahawa, jika kita rampas perdagangan Melaka dari mereka, Kaherah (Mesir) dan Mekah akan kalah sepenuhnya.”

Alfonso terkenal sebagai ‘The Great Conqueror’ dan dia sangat membenci Kaum Muslimin dan melakukan segala cara yang ada untuk memusnahkan negeri negeri Islam terutama di Asia, di antaranya India dan Kepulauan Melayu.

Setelah kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia pada tahun 1492 oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, kesemua peradaban ilmu telah dikaut habis oleh mereka termasuklah ilmu navigasi, ilmu pembinaan kapal, astronomi dan geografi

Disebabkan itu juga para pelaut Eropah menjadi kaya raya dengan menjadi kerajaan atas keberhasilan menjajah Afrika, Amerika dan Asia. Termasuklah Alfonso, dia berangkat dengan kapal kapalnya dengan 3 tujuan misinya iaitu :-

  • Gold (harta), 
  • Gospel (agama), 
  • Glory (penaklukan).

Di antara cara cara untuk menjatuhkan negeri negeri Islam yang dilakukan Alfonso adalah dengan bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengadu domba Umat Islam, kemudian membuat raja raja mereka untuk meminta bantuan dari Alfonso supaya melindungi kepentingan penguasa setempat.

Pada tahun 1507, Alfonso telah bekerjasama dengan Kerajaan Syiah Shafawiyah di Iran untuk melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyyah di timur. Alfonso ketika ini berhasil menguasai Teluk Parsi-Laut Merah dan mengancam untuk menyerang Makkah dan Madinah lalu mencuri jasad Rasulullah.

Begitulah dendam mereka terhadap kerajaan Islam yang didominasi oleh Turki Uthmaniyah yang telah kuat di bahagian Eropah Timur dan Laut Mediteranian

Dalam Kitab Tarikh Al Khalij (Sejarah Teluk Arab), Dr Muhammad Mahmud Khalil mengatakan, “Alasan kukuh Portugis menjajah negeri teluk Arab adalah untuk memudahkan jalan menuju Mekah dan Madinah dari timur. Mereka ingin nama Muhammad hilang dari Jazirah Arab selama-lamanya.”

Oleh : Helmi Effendy --The Patriot--

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0kwcuED35woyjfd4pbctCHBqW1dsscw4Z51Foac6Ccg5io7eKzXUkf66jKgetXLo2l/?mibextid=Nif5oz

-----------------------------------------------------------------------

1957-2022 = 65 tahun Merdeka!

  • Kerajaan Islam Melaka dijajah Portugis 1511- 1641 = 130 tahun
  • Melaka dikuasai Belanda 1641-1824 = 180 tahun
  • British kuasai Tanah Melayu 1826 - 1957 = 131 tahun

Jangan lagi negara ini dijajah fizikal dan pemikiran oleh musuh!

Nukilan daripada 

- Muhammad Rajaie

https://www.facebook.com/225685927482720/posts/pfbid029LoJAXB1hEqwfGMiH99uvZ3CELeKE5EkVvfcxaAkZM7WYthVsUe7J4nwfxmpH4c1l/

-----------------------------------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

11 SEPTEMBER 1509 KETIBAAN ROMBONGAN LOPEZ DE SEQUIRA DI PELABUHAN MELAKA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/11-september-1509-ketibaan-rombongan.html

15 JUN 1832 PERANG NANING BERAKHIR

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/07/15-jun-1832.html

MENJEJAK SEJARAH MELAKA

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/06/menjejak-sejarah-melaka.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...