Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018
Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)
Tuesday, 13 July 2021
Hikayat Hang Jebat (هڠ جيبت)
Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan (Sahabat Akrab Hang Tuah)
Gambaran pelukis ilustrasi Potret Wajah Hang Jebat seperti yang dipamerkan di Muzium Istana Sultan Melaka
Gambaran ilustrasi pelukis dalam suatu pertarungan epik antara dua orang sahabat iaitu Hang Jebat (posisi menyerang) menghadap Hang Tuah (posisi bertahan)
Hang Jebat terkenal dengan ungkapannya,
"Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah!"
Sasterawan Ali Aziz telah menghasilkan sebuah karya cereka Novel bertajuk, Hang Jebat Pelaku Terajidi. Kisah daripada novel ini telah pun diangkat dan dijadikan sebuah filem yang diterbitkan oleh Cathay-Keris dan diarahkan oleh Hussain Haniff pada tahun 1961.
Gambar : Allahyarham Seniman M. Amin (kiri) dan Nordin Ahmad (kanan)
NORDIN AHMAD DAN M.AMIN BERTARUNG 17 HARI KERANA HANG JEBAT
Setelah dilantik menjadi pengarah, Hussain Haniff memilih untuk mengarah cerita dari karya novel Sasterawan Ali Aziz yang bertajuk Hang Jebat Pelaku Terajidi. Hussain Haniff sememangnya terkenal dengan pendirian memberontaknya memulakan kajian terhadap naskah Ali Aziz ini dengan begitu teliti.
Hussain Haniff seorang yang sangat cerewet dalam berkarya, beliau suka memperlihatkan kesempurnaan dalam mempersembahkan hasil kerjanya. Para pelakon seperti Nordin Ahmad, M.Amin, Latifah Omar, Siput Sarawak dan Mahmud Jun dipilih untuk melakonkan watak-watak utama dalam filem ini.
Penggambaran filem Hang Jebat dimulakan pada pertengahan tahun 1961. Selain penggambaran dalam studio, Hussain Haniff juga ada melakukan penggambaran di luar studio. Antara lokasi yang dipilih untuk menjalankan penggambaran filem ini termasuk di kawasan kampung Bedok Laut dan di sekitar pantai Tanjong Katong.
Semasa melakukan penggambaran babak akhir untuk aksi pertarungan antara Nordin Ahmad dengan M.Amin dalam filem ini, Hussain Haniff dengan seluruh tenaga kerja dan krew yang terlibat dikatakan telah berkampung selama tujuh belas hari di studio Cathay-Keris. Hussain Haniff juga telah mengarahkan dua pelakon utama yang terlibat turut berkampung di studio bagi menyatakan komitmen. Mahmud Jun yang bertindak sebagai koreografer silat turut bersama-sama berkampung di studio Cathay-Keris.
Menurut Mahmud Jun, beliau terpaksa bekerja keras untuk mencipta aksi pertarungan di antara Nordin Ahmad dengan M.Amin dalam babak akhir berkenaan. Nordin Ahmad mudah dibentuk oleh kerana beliau mempunyai asas dan kemahiran dalam persilatan. Berbeza dengan M.Amin yang tidak mempunyai apa-apa asas persilatan. Tetapi Hussain Haniff tetap mahukan M.Amin melakukan seperti apa yang Mahmud Jun lakukan walaupun M.Amin kelihatan agak sedikit kaku.
Ternyata apabila menonton filem ini banyak aksi persilatan dan buah pukul yang sangat realistik dipersembahkan oleh kedua-dua pelakon berkenan. Sehinggakan menurut Mahmud Jun beliau mengalami bengkak di kaki kerana terlalu banyak bersilat ketika menjalankan latihan untuk mewujudkan satu aksi pertarungan yang ikonik dalam filem Hang Jebat. Begitu juga dengan Nordin Ahmad yang jatuh sakit akibat keletihan semasa menjalankan babak pertarungan dalam filem ini.
Apabila filem ini ditayangkan di pawagam, Hang Jebat telah mengejutkan seluruh peminat dan pengkritik filem Melayu pada ketika itu. Ramai yang beranggapan Hang Jebat merupakan karya paling terbaik dari Hussain Haniff dan di antara filem Melayu terbaik yang pernah dihasilkan oleh Cathay-Keris. Nama Hussain Haniff sebagai pengarah melonjak naik ketika itu sehingga mampu diangkat dan bersaing dengan filem-filem arahan P.Ramlee dari MFP. Kewibawaan Nordin Ahmad sebagai hero nombor satu Cathay-Keris juga sudah tidak boleh dinafikan lagi dengan lakonan yang agresif dan penuh jiwa yang ditonjolkan melalui filem Hang Jebat.
Sehingga hari ini wajah Nordin Ahmad akan tergambar jika ada yang memperkatakan tentang sejarah yang dikaitkan dengan Hang Jebat.
Trivia - Perbezaan filem Hang Tuah & Hang Jebat.
Memperkatakan nuansa dua buah filem yang naskah ceritanya mempunyai persamaan. Fakta dan perbezaan mahupun kelainan akan merujuk kepada dua buah filem ini.
Kedua dua filem ini mengangkat cerita sejarah pahlawan Melayu dan kemudiannya diadaptasi ke dalam filem.
Filem tersebut adalah filem Hang Tuah dan filem Hang Jebat.
Hang Jebat menjemput rakyat jelata masuk ke istana dan menjamu mereka semuanya makan. Hang Jebat juga mengarahkan pegawai menyembelih dua ekor lembu, sepuluh ekor kambing dan seratus ekor ayam untuk dijamu pada rakyat jelata. Tidak cukup dengan itu, Hang Jebat memecahkan bilik Perbendaharaan Negara dan mengambil semua harta-harta seperti intan, berlian dan emas yang tersimpan di dalam bilik tersebut untuk diberikan pada rakyat. Kata Hang Jebat, “Ini hak rakyat, aku akan kembalikan kepada rakyat!” Maka diberikannya harta-harta tersebut kepada rakyat yang hadir di istana tersebut, “Haa..ambil ini semua, ini semua hak kamu, ambil semua..ambil!!” laung Hang Jebat sambil mencampakkan permata kepada mereka semua. Kemudian ketika rakyat jelata memberi sembah kepadanya sebagai ucapan terima kasih, segera Hang Jebat menolak seraya berkata: “Jangan, jangan sembah aku! Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat…rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk memberi jasa kepada rakyat. Dan aku rela mati untuk rakyat. Kerana aku mahukan keadilan, keadilan, keadilan…!”
Begitulah dialog Hang Jebat yang dilakonkan oleh seniman Nordin Ahmad di dalam filem Hang Jebat tahun 1961. Dialog yang sungguh mempersonakan setiap orang yang mendengarnya. Lagak Hang Jebat bagaikan seorang wakil rakyat yang sedang memberikan khidmatnya kepada rakyatnya. Siapakah yang bergelar rakyat yang tidak akan terpesona dengan dialog tersebut? Tidak mungkin ada melainkan individu itu bukan seorang rakyat. Maka hasil daripada kejayaan filem ini ramailah di antara kita yang hingga kini menanggapi Hang Jebat sebagai wira rakyat lebih daripada Hang Tuah, kerana Hang Jebat membela rakyat sedangkan Hang Tuah hanya membela rajanya. Namun adakah watak Hang Jebat yang dilakonkan di dalam filem tersebut menggambarkan peribadi Hang Jebat yang sebenarnya di dalam sejarah?
Untuk mengetahui hal tersebut hendaklah diselidiki daripada dua sumber utama karya sastera agung bangsa Melayu iaitu Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Mengapa dua karya ini perlu diambil kira? Kerana dua karya inilah sumber utama asal usul kisah keperwiraan Hang Tuah lima bersaudara. Jika nama Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya tidak ditulis di dalam dua buah karya ini maka pada hari ini masyarakat pasti tidak mengenal siapakah gerangannya yang menjadi laksamana dan panglima-panglima di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Sebenarnya di dalam karya-karya tersebut tidak ada petunjuk bahawa Hang Jebat membela rakyat. Bahkan Hang Jebat dilihat melakukan kezaliman kepada rakyat dengan melakukan pembunuhan sesuka hatinya. Tujuan Hang Jebat melakukan penderhakaan adalah semata-mata untuk membela kematian Hang Tuah yang telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka. Hal tersebut berdasarkan ucapan Hang Jebat di dalam Hikayat Hang Tuah: “Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah (Hang Tuah) maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan yang demikian ini.” Di dalam Sulalatus Salatin pula Hang Jebat berkata: “Hei Tuah! Adakah lagi engkau? Adalah sangka aku engkau sudah mati, maka aku mahu membuat pekerjaan terlanjur demikian ini.”
Kezaliman Hang Jebat terhadap rakyat jelata dirakamkan di dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Di dalam Sulalatus Salatin, dinyatakan bahawa Hang Jebat telah membunuh gundik raja dengan cara yang mengaibkan: “Maka dipandang oleh Hang Tuah gundik raja yang dibunuh dan dihiris Hang Jebat dari muka lalu ke farajnya dan ditelanjanginya; maka oleh Hang Tuah sambil bertikam itu dikuiskannya kain perempuan itu dengan kakinya, seperti diselimuti, tertutup semua tubuhnya.”
Manakala di dalam Hikayat Hang Tuah pula, setelah Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah, dengan nyawa yang masih bersisa Hang Jebat telah mengamuk dan membunuh segala rakyat jelata yang dijumpainya tanpa belas kasihan: “Maka Hang Jebat pun lalu keluar mengamuk di tengah pasar itu. Maka orang Melaka pun beribu-ribu mati dan luka daripada laki-laki dan perempuan. Maka negeri Melaka pun huru-haralah. Maka Hang Jebat pun masuk mengamuk daripada suatu kampung kepada suatu kampung, daripada satu lorong kepada suatu lorong, daripada suatu tempat kepada suatu tempat itu; banyak mati dan luka; keluar masuk membunuh seperti orang gila. Maka bangkai pun bertimbun-timbun, pada segenap lorong dan segenap kampung dan pintu dan jambatan penuh dengan bangkai. Maka hari pun hampir malam. Maka Hang Jebat pun keluar dari dalam negeri. Ia membunuh orang luar negeri seperti sewah menyambar ke sana ke mari. Maka rakyat isi negeri itu pun keluar dari negeri membawa anak bininya; setengah mendapatkan raja. Setelah baginda melihat demikian itu, maka baginda pun terlalu dukacita melihat rakyatnya demikian itu, seperti alah oleh musuh lakunya, masing-masing membawa dirinya ke sana ke mari. Arkian setelah genap tiga malam Laksamana khalwat itu, maka Laksamana pun hendak ke sungai. Maka dilihat oleh Laksamana Si Jebat mengusir orang di pasar itu, seperti helang menyambar ke sana ke mari. Maka Laksamana pun berseru-seru sambil berdiri melihatkan kelakuan Hang Jebat membunuh. Maka Laksamana pun berseru-seru dengan nyaring suaranya, katanya, “Hai Jebat, padalah engkau membunuh orang beribu-ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga; sudahlah. Sekarang segala nyawa orang berpuluh-puluh ribu tiadakah tertanggung atas kepalamu?!” Arkian maka suara Laksamana itu pun terdengarlah kepada Hang Jebat; Hang Jebat pun segera datang mendapatkan Laksamana. Maka dilihatnya Laksamana ada terdiri. Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, padalah engkau membunuh orang yang berpuluh ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga!” Setelah Hang Jebat menengar kata Laksamana demikian itu, maka Hang Jebat pun segeralah menyembah kaki Laksamana, serta katanya, “Hai orang kaya, segeralah buangkan diperhamba. Daripada orang lain membunuh hamba, baiklah orang kaya mendapatkan tangan kepada diperhamba.””
Tindakan Hang Jebat membunuh ribuan rakyat jelata itu membuktikan bahawa Hang Jebat bukanlah pembela rakyat. Masakan orang yang membela rakyat tergamak membunuh rakyat jelata demi melampiaskan dendam semata-mata. Malah dialog Nordin Ahmad seperti di dalam filem Hang Jebat itu tidak ditemui di dalam kedua-dua hikayat. Dialog tersebut adalah rekaan pengarah filem tersebut iaitu Hussain Haniff. Menurut Hidir Ali Razali, pengarah Hussain Haniff telah terpengaruh dengan pemikiran seorang sasterawan bernama Ali Aziz. Ali Aziz telah mencipta teorinya di dalam penulisan bertajuk “Hang Jebat Pelaku Trajidi” (1960). Penulisan Ali Aziz ini telah memaparkan Hang Jebat daripada watak protagonis kepada seorang yang berwatak antagonis yang bersih dari kejahatan serta sahabat yang setia. Ali Aziz telah mengolah watak Hang Jebat dengan menarik hingga keberkesanan olahan dari Ali Aziz itu telah menarik minat seorang pengarah muda yang mempunyai sifat memberontak bernama Hussain Haniff untuk menterjemahkan penulisan tersebut ke layar perak.
Filem sulong arahan Hussain Haniff ini telah mencetuskan satu fenomena baru dalam kalangan masyarakat Melayu pada ketika itu. Sebelum itu masyarakat Melayu seringkali didendangkan dengan kepahlawanan Hang Tuah dan penderhakaan Hang Jebat. Setelah Hang Jebat ditayangkan di pawagam dengan sekelip mata persepsi masyarakat ketika itu telah berubah. Menurut Ali Aziz kebanyakan yang tertulis di dalam buku-buku berkaitan sejarah Hang Tuah sebelum ini menyatakan kisah Hang Jebat menderhaka seringkali dilihat dari sisi tidak bersih, dan dari situlah tercetus ilham untuk beliau menulis kisah ini. Hal ini disebabkan Ali Aziz sangat terdedah dengan karya penulis tragedi seperti William Shakespeare antaranya Julius Caeser, Macbeth, King Lear, Hamlet dan Othelo.
Timbul persoalan, bolehkah kita menjadikan Hang Jebat sebagai simbol orang Melayu untuk tidak sentiasa hanya tunduk kepada Sultan dan pemerintah? Maka jawapannya tidak boleh. Pertama telah dibuktikan bahawa cerita Hang Jebat seorang pembela rakyat adalah tidak tepat, yang benarnya Hang Jebat adalah seorang penderhaka yang menderhaka kepada Sultan untuk menuntut bela di atas kematian sahabatnya. Tidak sepatutnya untuk menjadikan seorang penderhaka sebagai idola. Yang sepatutnya diangkat sebagai idola pastilah seorang tokoh yang mempunyai imej yang bersih, baik budi dan bukan orang yang berimej jahat.
Kedua, di dalam hukum syariat Islam, menjadi penderhaka kepada pemerintah adalah haram. Seorang pemerintah Islam itu wajib ditaati segala perintahnya selagi perintah tersebut makruf bukan perkara maksiat,bukan perkara yang merosakkan akidah dan akhlak. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam al-Quran:
“Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) pada apa-apa yang dia cintai atau dia benci kecuali jika dia disuruh untuk berbuat kemaksiatan. Jika dia disuruh untuk berbuat kemaksiatan, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat.”
[HR. Al-Bukhari (no. 2955, 7144), Muslim (no. 1839), at-Tirmidzi (no. 1707), Ibnu Majah (no. 2864), an-Nasa-i (VII/160), Ahmad (II/17, 142) dari Sahabat Ibnu ‘Umar. Lafaz ini adalah lafaz Muslim]
Daripada Abi Bakrah r.anhu, bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya.” [Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman (6988)]
[Hadith ini dinilai sahih oleh Imam al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, 496/1]
Daripada Abu Hurairah r.anhu, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi yang mana orang yang lemah akan pergi kepadanya. Dengannya akan dibantu orang yang dizalimi dan barangsiapa yang memuliakan Sultan di dunia ini maka Allah akan memuliakannya di hari Kiamat.”
[Lihat: al-Jami’ al-Saghir (4817)] [Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai hasan]
Kesimpulannya, tidaklah tepat tindakan sesetengah orang Melayu menjadikan Hang Jebat sebagai idola mereka. Tindakan Hang Jebat menderhaka kepada Sultan jelaslah bukanlah sifat yang mulia malah tidak menepati syarak. Hang Jebat bukan wira rakyat, Hang Jebat tidak pernah mengagihkan harta-harta negara kepada rakyat sebagaimana dalam filem Hang Jebat. Filem itu adalah sekadar filem dan telah diubah dan diolah dari fakta sejarah yang sebenar. Hendaklah rakyat khususnya orang Melayu Islam dan secara amnya rakyat Malaysia berbilang bangsa menumpahkan taat setia kepada kerajaan yang dipimpin oleh Yang Di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
SUMBER :-
1) Filem Hang Jebat (1961)
2) Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, A. Samad Ahmad (Penyelenggara), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
3) Hikayat Hang Tuah, Kassim Ahmad (Penyelenggara), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
4) Hidir Ali Razali: Hang Jebat Pelaku Terajidi. Siapa Ali Aziz? rencana Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik.
Hang Jebat (Jawi: هڠ جيبت) was the closest companion of the legendary Malaccan hero Hang Tuah. Regarded in Malaysia as one of the greatest silat exponents in history, he is well known for his vengeful rebellion against the Malacca Sultan whom he served. He can also be regarded as an early Malay anarchist following his rebellion against the ruler.
Story
After Hang Tuah was sentenced to death, Hang Jebat was conferred the coveted Taming Sari kris, a weapon formerly used by Hang Tuah. Believing that Hang Tuah was unjustly murdered by the sultan he served, Hang Jebat turned against the ruler to avenge his friend's death. No one knew that the bendahara (chief minister) went against the royal decree and hid Hang Tuah in a remote area.
With the kris in his possession, Hang Jebat was undefeatable and there was not one person in the palace who was capable of killing him. Hang Jebat's revenge allegedly became a palace killing spree or furious rebellion against the sultan (sources differ as to what actually occurred). It remains consistent, however, that Hang Jebat wreaked havoc onto the royal court, and the sultan was unable to stop him, as none of the warriors dared to challenge the more ferocious and skilled Hang Jebat.
After learning from the bendahara that Hang Tuah was still alive, the sultan had him recall the warrior and gave him full amnesty. The sultan then ordered Hang Tuah to kill Hang Jebat. Being unquestionably loyal to the ruler, Hang Tuah obeyed the sultan's bidding and went on to challenge Hang Jebat. After fighting in a battle that lasted for seven days, Hang Tuah eventually managed to reclaim the Taming Sari by tricking Hang Jebat. Although stabbed by Tuah, Hang Jebat bandaged his wounds and ran amok in the city square for three days, killing thousands of people before retreating to Tuah's house and dying in his friend's arms.
Hang Jebat's famous quote during the fight was "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" meaning "A fair king is a king saluted, a tyrant king is a king disputed." This went against Tuah's philosophy of loyalty without question.
After the fight, the sultan ordered his men to tear down, burn and throw the ashes of the house into the sea. Two months later, when a lady of the bendahara's retinue, Dang Wangi gave birth to Jebat's son, the sultan ordered Hang Tuah to throw the baby into the sea as well. Instead, the laksamana entrusted the child, Hang Nadim, to the bendahara. The child was then taken to Singapore where he was raised.
Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa tiga hari tiga malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali ke rumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain Cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk, membunuh sesiapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.
Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim. Dalam kisah Singapura Dilanggar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat. Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan menjadikan dia disanjung oleh sesetengah golongan sehingga ke zaman ini.
✅ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.
Ungkapan katanya "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah!" menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah.
___________________________
✅ Biografi: Nazri Salleh dan Puan Ita (akak) adalah perawat Islam yg telah menjalani proses pembersihan hati melalui zikir dan amalan surah-surah selama 40 hari pada waktu tahajud. Jadi bila berjaya melalui proses beberapa peringkat tersebut baru disanadkan jadi perawat Islam.
Jadi dari situ Allah kurniakan sedikit kelebihan yang dipinjamkan untuk manfaat manusia tak kisah dalam apa jua perkara seperti merasa, melihat, dan mengetahui sedikit rahsia Allah yang Allah izinkan.
____________________________
Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.
_________________________
🔴Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut:
Hang Nadim kisah todak tahun 1146
ReplyDeleteHang Nadim anak h.jebat lewat abad ke 14