Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 10 July 2021

08 JULAI 1953

Hari ini dalam sejarah 8 Julai 1953. 

(Upacara Penyerahan Panji-panji regimen kepada Batalion Keempat Askar Melayu DiRaja oleh Sir Gerald Templer.)

Pada tahun 1953, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan iaitu Sir Gerald Templer telah menyerahkan menyampaikan Panji-panji Regimen kepada Batalion ke - 4 Askar Melayu.

Gambar : Muka depan buku, TEMPLER Tiger Of Malaya oleh John Cloake

Istiadat tersebut berlangsung di Padang Kuala Lumpur pada pukul 5 petang. Dalam upacara itu, Sir Gerald Templer berucap bahawa inilah kali pertama panji-panji regimen disampaikan di ibu kota persekutuan.

Malah panji-panji tersebut merupakan kejayaan dalam sejarah bagi batalion keempat askar Melayu. Ini terbukti pada awal penubuhannya pada November 1949 dimana batalion tersebut telah mendapat kejayaan dalam misi menghapuskan pengganas komunis di Persekutuan.

Ucapan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan itu telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Mejar Raja Lope. Pegawai Pemerintah Batalion ini ialah Leftenan Kolonel E.A Hefford manakala dibantu oleh Mejar R.B Prince.

Sesungguhnya dengan penyampaian panji-panji kepada Batalion Keempat Regimen Askar Melayu ini tercatat dalam sejarah kerana ketaatan dan kesetiaan serta menjadi simbol kebanggaan bagi Batalion Keempat Askar Melayu. Maka dengan penganugerahan panji-panji ini telah menyemarakkan lagi semangat dan keazaman batalion ini untuk mempertahankan tanah air dan bangsa yang tercinta.

Gambar sekadar hiasan

Sumber oleh : Arkib Negara Malaysia.

Oleh : Abd Halim Sejarawan/The Sejarah.

Ikuti dan Follow The Sejarah untuk pembelajaran sejarah dalam negara dan dunia di platform Facebook anda di mana-mana sahaja anda berada...

https://www.facebook.com/groups/944196589713691/permalink/977469159719767/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

20 Februari 1952 : Gerald Templer Sebagai Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...