Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Sunday 4 April 2021

KERIS TAMING SARI

©️KESAKTIAN KERIS TAMING SARI


Gambar 1 : Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-lah bersama-sama dengan Keris Taming Sari

Misteri Kesaktian Dan Kebesaran Keris Taming Sari

Gambar 2 : Keris Taming Sari

Lagenda Kesultanan Melayu  KERIS TAMING SARI DARI MAJAPAHIT KE PERAK

Keris Taming Sari merupakan sebilah keris yang digunakan oleh Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keseluruhan sarung keris tersebut diselaputi dedaun emas. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti ketika bertarung. Selain itu, pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia juga dikatakan berupaya terbang dan berlegar di udara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh melarikan diri.

Keris Taming Sari pada asalnya ialah kepunyaan Taming Sari, seorang pahlawan Jawa. Taming Sari telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada iaitu Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Sari memasuki Istana, kemudian mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ bangkit bertarung dan berjaya membunuh Taming Sari. Keris Taming Sari jatuh ke tangan Hang Tuah dan dipersembahkan kepada Seri Betara Majapahit. Lalu Baginda menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana di atas jasanya membunuh Taming Sari.

Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, juga dari Majapahit. Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula keris tersebut dengan menggunakan ilmu sakti. Keris ini juga pernah digunakan oleh Hang Jebat sewaktu menentang Hang Tuah. Semasa bertarung, Hang Tuah telah merampas Keris Taming Sari dari Hang Jebat lantas menikam Hang Jebat lalu maut.

Dalam kisah Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah berasa malu untuk menghadap Sultan Melaka kerana gagal meminang Puteri Gunung Ledang untuk dijadikan suri Baginda. Oleh sebab itu, Hang Tuah mengirim dan mempersembahkan Keris Taming Sari kepada Baginda. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis, Sultan Mahmud Shah membawa keris ini bersama ke Kampar, Sumatera. Sebelum mangkat, Baginda mengurniakan Keris Taming Sari kepada putera Baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya berangkat ke Perak untuk menubuhkan kerajaan di sana. Keris Taming Sari yang sebenar inilah masih diwarisi dan digunakan dalam istiadat kebesaran Di-Raja Perak sehingga kini.

Maklumat Tambahan Dari :- 


Gambar 3 : Keris Taming Sari seperti yang dipamerkan Muzium Perak

Muzium Perak Keris Taming Sari satu daripada alat kebesaran Diraja Perak yang dipamerkan di Geleri Sultan Azlan Shah Di Bukit Candandan, Kuala Kangsar.

Pengurus Galeri Nor Janati Ibrahim berkata keris ini simpanan Warisan Sultan Perak. Keris ini boleh dipamerkan kepada umum selepas perkenan Baginda Sultan sempena Hari Keputeraan Sultan.

Ampun Tuanku..

Sumber: Salehudin Senan

📝 Serai Padang #CPK #salehudin

https://www.facebook.com/331708791085741/posts/805688307021118/


🔴 ASAL USUL KERIS TAMING SARI | KEBENARAN

https://www.youtube.com/watch?v=2fN4tmmSXqc

Deskripsi daripada Studions Production di YouTube

Keris Taming Sari pada asalnya ialah kepunyaan Taming Sari, seorang pahlawan Jawa. Beliau telah diarahkan untuk beradu kekuatan dengan Hang Tuah. Taming Sari telah tewas dan Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu ke hadapan Raja Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah atas jasanya mengalahkan Taming Sari. ___________________________ 🔴 Jualan Baju Explorasi Misteri Mistik. Atas tujuan untuk mengumpulkan dana bagi aktiviti rancangan explorasi misteri mistik. Untuk tempahan sila klik link berikut: https://t.me/InformasiEMM_bot ____________________________ ✅ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita. Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan. _________________________ 🔴Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut: https://t.me/InformasiEMM_bot __________________________ ✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik: https://t.me/ExplorasiMisteriMistik #ExplorasiMisteriMistik #KerisTamingSari

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Sejarah : Pedang Yang Pernah Dimiliki Parameswara Kini Diwarisi Sultan Perak

https://normanhafizi.blogspot.com/2017/02/pedang-yang-pernah-dimiliki-parameswara.html

KISAH MUFTI YANG MENGHAPUSKAN AMALAN ‘TABAL JIN’ & MENCABAR JIN DI ISTANA PERAK

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/06/30-mei-2021.html

Hikayat Hang Jebat (هڠ جيبت)

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/07/hikayat-hang-jebat.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...