Arkib : 15 Februari 2017
Sejarah : Pedang Yang Pernah Dimiliki Parameswara Kini Diwarisi Sultan Perak
Gambar : Pedang Cura Simanjakini diwarisi oleh Kesultanan Perak
Tidak ramai rakyat Malaysia bahkan anak Perak sendiri tidak pernah tahu tentang beberapa alat yang menjadi regalia simbol kedaulatan Kesultanan Melayu Perak. Kesultanan Perak itu sendiri merupakan kesinambungan pemerintahan hebat kerajaan Melayu Melaka yang memerintah Tanah Melayu disuatu ketika dahulu.
Kali ini orangperak.com ingin menyentuh mengenai pedang hebat yang menjadi antara regalia Kesultanan Perak iaitu Pedang Cura Simanjakini. Pedang ini disebut dalam kitab Sulalatus Salatin merupakan warisan Kesultanan Melaka yang diwariskan dari Kerajaan Temasik dan berasal dari Kerajaan Agung Melayu Purba iaitu Empayar Srivijaya dari dinasti Mauli.
Nama Cura Simanjakini berasal perkataan Sanskrit “Churiga Si Mandakini” yang bermaksud pedang @ pisau dari Mandakini. Menurut Sejarah Raja-Raja Negeri Perak, Sultan Perak berketurunan dari Sang Sapurba, anak Raja Suran dan Puteri Mahtab al-Bahari, anak perempuan Aftab al-Ardzi yang merupakan keturunan Iskandar Zulqarnain Yang Agung. Sang Sapurba juga digelar sebagai Sri Nila Pahlawan. Pedang Cura Simanjakini dibawa oleh Sang Sapurba ke Gunung Saguntang Mahameru di Palembang. Di sana Sang Sapurba mengahwini Wan Sendari yang merupakan anak Demang Lebar Daun. Di situlah perjanjian antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun termeteri dimana orang-orang Melayu bersetuju untuk berTuankan Sang Sapurba.
Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa Yang di Pertuan dan Patik apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Sapurba itu keturunan raja-raja besar. Maka titah Sang Sapurba, “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?” Maka, Sembah Demang Lebar Daun menjawab, “Adapun tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di pertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara”.
Sang Si Purba pun kemudiannya bertitah, “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba”. Dan Demang Lebar Daun pun bertanya, “Janji yang mana itu, tuanku?”. Sang Sapurba menjawab, “Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. Demang Lebar Daun menjawab “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah”. Titah Sang Si Perba, “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu”. Mereka pun bersumpah serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah atau melanggar perjanjian itu, maka dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.
Sang Sapurba kemudian meneruskan perjalanan ke wilayah Minangkabau dan di sana baginda dikatakan memerintahkan pahlawan yang bernama Pemasku Mambang untuk menggunakan Pedang Cura Simanjakini sebagai senjata untuk membunuh ular atau binatang yang bernama Saktimuna yang telah membuat huru hara dan membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa. Permasku Mambang berjaya membunuh ular Saktimuna tersebut dengan dibelah kepada 3 bahagian dan Sang Sapurba diangkat menjadi raja Melayu yang pertama.
Parameswara menggunakan pedang Cura Simanjakini ini sewaktu pertabalan baginda sebagai Raja Melaka dan kemudian memakai gelaran Sultan pada 1405 dan kemudian mewariskan pedang ini kepada keturunan baginda. Pedang ini dibawa ke Kampar ketika pengunduran Sultan Mahmud Shah setelah Kota Melaka berjaya ditawan oleh Feringgi (Portugis). Pedang Cura Simanjakini dikurniakan kepada anakanda baginda iaitu Raja Muzaffar dan dibawa ke Perak apabila Sultan Muzaffar Shah menjadi Sultan Perak yang pertama pada 1528 dan sejak itu Pedang Cura Simanjakini menjadi alat kebesaran penting negeri Perak hingga kini.
Pedang Cura Simanjakini pernah dikatakan dibawa lari ke England apabila berlakunya perbalahan diantara Sultan Ismail dan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang rentetan dari itu membawa kepada pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak pada 1875.
Sultan Perak tidak boleh ditabalkan sebagai Sultan jika Pedang Cura Simanjakini tiada. Ketika upacara pertabalan berlansung, YM Raja Chik Muda Pawang Diraja akan menyembahkan Pedang Cura Simanjakini kebawah DYMM Paduka Seri Sultan. Paduka Seri Sultan akan menghunus pedang tersebut dan mengucup hulu pedang. Pedang itu kemudian disarungkan kembali dan dibawa dibahu kanan, sama seperti cara ianya dibawa oleh Sang Sapurba apabila baginda membuat perjanjian dengan Demang Lebar Daun.
PEDANG CURA SIMANJA KINI.
Apakah pedang yang dihunus oleh Sultan-Sultan Perak Ketika pertabalan?
✅ SANG SA-PURBA @ PENAUNG SILAT SENI GAYONG YANG PERTAMA ADALAH SULTAN PERAK.
PEMILIK ASAL ADALAH NILA UTAMA.
Ia adalah Pedang Cura SiManja Kini. Mengikut sumber lisan, Pedang Cura Simanja Kini adalah kepunyaan Nila Utama atau Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana atau disebut sebagai Sang Sapurba yang merupakan Raja Palembang dari Bukit Siguntang Mahameru, Palembang. Pedang ini juga telah menyelamatkan Minangkabau dari keganasan ular Saktimuna apabila Sang Sapurba mengarahkan Permasku Mambang menggunakan pedang ini untuk membunuh ular Saktimuna.
WARISAN KETURUNAN RAJA.
Pedang Cura Simanja Kini telah diwarisi oleh putera Sang Sapurba iaitu Sang Nila Utama atau Parameswara dan dipakai oleh Parameswara ketika ditabalkan sebagai Maharaja Melaka pertama bergelar Sultan Iskandar Shah pada tahun 1400. Bermula dari sini, Pedang Cura Simanja Kini menjadi perkakas Kerajaan Melaka sehinggalah kejatuhannya pada 1511. Pedang ini kemudiannya diwarisi oleh putera Sultan Melaka Terakhir iaitu Raja Muzaffar ibni Sultan Mahmud Shah yang kemudiannya bergelar Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak Pertama yang memerintah pada tahun 1528 hingga 1549.
SULTAN PERAK.
Dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak, Pawang Diraja akan mempersembahkan Pedang Cura Simanja Kini kepada baginda Sultan dan baginda akan menyambut dan menghunus Pedang Cura Simanja Kini lalu mengucupnya. Kemudiannya Pedang Cura Simanja Kini di sandang kebahu baginda Sultan. Kaedah ini dikatakan menyerupai perbuatan yang dilakukan oleh Sang Sapurba ketika baginda berwaad dengan Demang Lebar Daun, iaitu mengakui setia dan berikrar memainkan peranan sebagai Raja dan Rakyaat Melayu hingga keanak cucu dan keturunan mereka iaitu kita semua sebagai orang Melayu hingga hari ini.
PERJANJIAN RAJA & RAKYAT.
Mengikut Sejarah Melayu perjanjian berkenan adalah seperti berikut :-
Maka titah Sang Sapurba, 'Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu' Maka sembah Demang Selebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan menjadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan ; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosapun, janganlah difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak'.
Maka titah Sang Sapurba, 'Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba.' Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.'
Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah.'
Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.'
Maka bagindapun bersumpah-sumpahan barangsiapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya keatas.Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Mereka ; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.
Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.
Berapakah usianya? hampir 700 tahun..
kredit : Auzaie Ishak
(SIRI I) PEDANG CURA SI MANJA KINI | Malam Kemunculan Sang Sapurba di Bukit Si Guntang
Deskripsi daripada SULALATUS SALATIN
Alat-alat kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan regalia yang paling unggul dan dihormati. Perak mewarisi alat-alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka yang di bawa dari Kampar, Sumatera oleh Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah pada tahun 1528. Antaranya ialah Pedang Cura Si Manja Kini, iaitu alat kebesaran purba yang hebat, berasal dari kisah 3 Putera Raja bersaudara dari Bukit Si Guntang menurut naskhah Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin.
Untuk mengetahui asal-usul pemilik Pedang Cura Si Manjakini, kita tidak dapat lari dari memahami kisah kemunculan 3 Putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Kisahnya bermula di Bukit Si Guntang, Palembang.
Dengan takdir dan kuasa Allah S.W.T jua, ketiga-tiga Putera Raja bersaudara ini muncul di atas Bukit Si Guntang pada waktu malam berserta nyalaan seperti cahaya api. Ia disedari oleh Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal berdekatan. Keesokan paginya mereka berdua memanjat puncak bukit tersebut dan menemui 3 orang lelaki muda yang memakai mahkota dan persalinan diRaja bertatahkan permata. Wan Malini dan Wan Empuk curiga dan bertanya; “Siapa tuan hamba bertiga ini?”
Maka sahut Nila Pahlawan;
“Alkisah, maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang Namanya. Nama Rajanya Demang Lebar Daun. Muara Tatang nama sungainya. Di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah di sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang. Di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan”.
"Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa Indera. Bahawa kami ini adalah manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, Raja Masyrik dan Maghrib. Pancar kami daripada Raja Sulaiman alaihis-salam”.
Syahadan, kisah ini menjadi mahsyur di seluruh Alam Melayu. Raja Minangkabau hadir ke Palembang memohon supaya salah seorang putera diangkat menjadi Raja. Maka, Sang Si Perba bersetuju dan berhijrah dengan alat kebesaran miliknya termasuk Curik Si Mandang kini untuk dirajakan di sana. Kerajaan Minangkabau dinamakan Pagar Ruyung kemudiannya. Pun begitu, Putera Raja kedua, Krisyna Pandita dirajakan di Tanjung Pura setelah Rajanya dikhabarkan hilang. Maka, tinggallah Nila Utama yang kemudian ditabal sebagai Raja Palembang bergelar Seri Teri Buana.
Subscribe on Youtube: https://goo.gl/au5GJK
- Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) - A. Samad Ahmad (1979)
- Malay Annals - John Leyden (1821)
- Sejarah Melayu - Shellabear (1975)
Facebook: https://www.facebook.com/martynlaur
Discord: https://discord.gg/Wz7eKRQ
Support My Work -
Patreon: https://www.patreon.com/Whitesand
Paypal Donation: https://www.paypal.me/Whitesand
(SIRI 2) BAGAIMANA PEDANG CURA SI MANJAKINI Boleh Jatuh Ke Tangan Raja-Raja Melayu?
Deskripsi daripada SULALATUS SALATIN
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan mewarisi salah satu alat kebesaran yang terhebat dari Kesultanan Melayu Melaka iaitu Pedang Cura Si Manjakini. Kitab Sejarah Melayu Sulalatus Salatin menyebut pemilik asal Pedang Cura Si Manjakini adalah Sang Saperba dan kemudian diwarisi oleh Kerajaan Sriwijaya, Temasik dan seterusnya pengasas Kerajaan Melaka yang pertama iaitu Raja Iskandar Shah atau Parameswara.
Sumber Artikel: Alter Terahsia Bangsa Melayu Srikandi
Sumber Audio:
Cinematic Music - 'Courage To Be Free'
Composer: Whitesand (Martynas Lau)
Year: 2020
Title: Courage to be free
◉ Patreon: https://www.patreon.com/Whitesand
◉ Paypal Donation: https://www.paypal.me/Whitesand
Medieval Battle Sound -- Guns & Explosions Sound Effects -- No Copyright Sound Effect
Sound Library — No Copyright Sounds
River Small - No Copyright Sound Effects - Audio Library
AUDIO LIBRARY - NO COPYRIGHT SOUND EFFECTS
#SulalatusSalatin #CuraSiManjakini #KesultananPerak
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke-32, Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah sewaktu pertabalan baginda.
Baginda menyandang pedang Chura Si Manjakini dan memakai Pontoh Bernaga di lengan kanan dan kiri baginda. Chura Si Manjakini dan Pontoh Bernaga merupakan antara Alat-alat Kebesaran Raja-raja Melaka yang diwarisi negeri Perak Darul Ridzuan.
Sumber : Muhamad Syafiq Tarmizi
Think You Know?
The sword Cura Si Manjakini was said to be originally owned by the legendary ancestor of the Malay Kings, Sang Sapurba
The legendary sword, Cura Si Manjakini was alleged to be originally owned by Sang Sapurba, inherited by Sang Nila Utama, the founder of Singapura. Later passed on to Parameswara the first ruler of Melaka Sultanate, and then owned by Muzaffar Syah I the first Sultan of Perak, the Cura Si Manjakini is now one of the Perak Sultanate's official regalia.
Sang Sapurba was a figure in the Malay Annals, who was said to be a descendant of Alexander the Great. When Sang Sapurba went to Minangkabau, Sumatra, the citizens were so impressed and requested him to slay the giant serpent Saktimuna which was destroying their crops. In return, he would become their king.
Sapurba sent one of the champion warriors, Permasku Mambang, to the task. He also lent his sword, the Cura Si Manjakini, to kill off the serpent. When the warrior killed and sliced the monster into three parts, the sword was etched with 190 notches. The notches were not deciphered even till today.
Name another weapon with a legendary background story. #ThinkYouKnow
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
KESAKTIAN KERIS TAMING SARI
https://normanhafizi.blogspot.com/2021/04/keris-taming-sari.html
KISAH MUFTI YANG MENGHAPUSKAN AMALAN ‘TABAL JIN’ & MENCABAR JIN DI ISTANA PERAK
https://normanhafizi.blogspot.com/2017/02/pedang-yang-pernah-dimiliki-parameswara.html
No comments:
Post a Comment