Hubungan PAS dengan PKR kini bergayut pada dahan yang rapuh.Keduanya saling bergantung untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang dimenangi bersama Pakatan pada pilihanraya umum ke 13 yang lalu.
PAS kini ada tiga Exco Kerajaan Negeri dan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri setelah dua ADUNnya menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Situasi hubungan kedua parti agak cacamarba kerana permusuhan sengit PAS dengan dua lagi sekutu PKR dalam Pakatan yakni DAP dan PAN.
Ramai para pemerhati politik melihat dalam situasi politik semasa PAS tidak ada pilihan kecuali mengkaji semula hubungan yang rapuh itu.
Nampaknya ramalan itu tepat bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri memberitahu Ahad partinya akan mengkaji semula sama ada perlu meneruskan atau tidak hubungan dengan PKR.
Beliau memberitahu sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur Ahad pekara itu akan dikaji semasa Muktamar PAS yang akan diadakan di Alor Star April ini.
Serentak dengan itu Haji Hadi menempelak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia9 PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang beri tempoh sebulan kepada PAS untuk buat keputusan nak sertai Pakatan Harapan atau tidak.
“Tak perlu tunggu sebulan dengan BERSATU (PPBM) . Kita sudah ada dasar. Dasar (PAS) tidak kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH.
“Kita sudah buat keputusan, semua parti ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, kita tak ada hubungan dengan mereka.
“Tak perlu tunggu . Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, habislah,” katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/02/hayat-hubungan-pas-pkr-akan-ditentukan.html
No comments:
Post a Comment