Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 28 March 2020

Rock 4 : Rockers Never Dai


Intro for Rock 4 : Rockers Never Die

Walaupun ramai tak setuju dengan jalan cerita filem baharu ini, namun aku tetap sokong hasil buah tangan terbaharu daripada pengarah filem, Mamat Khalid.

Sinopsis Filem

Filem Rock 4 : Rockers Never Dai adalah sebuah filem baharu bereksprimentasi mengenai watak-watak baharu yang bukan watak ikon dan nostalgik (Zack, Amy Mat Piah, Jijoe, Zul Kapan, Black dan Slash). Watak-watak lama pelakon asal yang dikekalkan di dalam filem ini daripada ahli kumpulan asal Rimba Bara hanyalah muncul sebagai cameo seperti watak Jijoe (Khir Rahman Hassan), Che Man (Kamarool Hj Yusoff) dan Slash (Pekin Ibrahim). Watak Jijoe dan Che Man hanya muncul sebagai cameo seperti dalam mimpi (sewaktu Dio sedang koma) manakala watak Slash secara sepintas lalu di pasar malam (sebab kes dadah antara Dio dengan Slash yang menyebabkan watak Slash jadi panas baran di akhir babak filem Rock 3 : Rock Bro).

Tidak dinafikan bahawa, persada kumpulan Rock tanahair dari kategori otai cuma tinggal nama (dalam filem ini). Namun begitu, fokus filem ini adalah untuk menunjukkan bahawa bagaimana pemuzik zaman era dekad awal millenium (tahun 2000 hingga 2019) meneruskan perjuangan muzik mereka tanpa identiti dan jati muzik latarbelakang yang kukuh dan mantap untuk terus bersaing di persada seni Tanahair.


Rimba Bara II : Dari kiri - Rayyan, Seri, Omar dan Acap

Di awal pembabitan mereka, The Royal Slackers (Acap, Seri, Omar dan Rayyan) juga menghadapi masalah seperti kumpulan asal Rimba Bara yang perlukan pengalaman dari segi persembahan di hadapan khalayak ramai serta pemilihan lagu yang sesuai dengan majlis yang mereka sertai.  Mereka juga menghadapi masalah disiplin di dalam anggota kumpulan mereka sendiri iaitu Omar (juga mengalami ketagihan dadah) sehingga mengganggu persembahan pentas mereka.

Akan tetapi, seiring dengan perkembangan perjalanan semasa, muzik mereka ini semakin lama, semakin mantap kukuh. Ini adalah kerana apabila mereka telah diberikan panduan dan galakan serta bimbingan oleh pengurus mereka iaitu Dio Mat Lahab (watak utama filem ini). Akhirnya mereka telah menemui elemen muzik rock yang sesuai dengan perwatakan ataupun karektor muzik asal seperti daripada Rimba Bara.

Sedikit kredit juga telah diberikan oleh otai lama, Penyanyi Rock kental, iaitu Dato Awie (yang popular dengan band rocknya iaitu Wings) dengan mengilhamkan nama asal bagi menukar nama daripada The Royal Slackers kepada Rimba Bara II. Muzik rock lama tidak akan hilang kekentalannya apabila muzik tersebut sentiasa menjadi rujukan dan pilihan lagu 'cover' dalam setiap persembahan. Begitulah juga dengan corak muzik yang baharu ini yang dibawakan oleh 4 orang pemuzik anak muda ini dengan nama kumpulan baharu mereka itu Rimba Bara II.

Maka, pada akhirnya, mereka (Rimba Bara II) telah pun diberikan peluang dan tempat untuk mengadakan persembahan berskala besar seperti Jom Heboh bagi menggantikan kumpulan juara yang memenangi pertandingan Battle Of The Band iaitu Kasawari, yang tidak dapat hadir pada malam tersebut. Di dalam Battle Of The Band, mereka telah memperolehi tempat Naib Johan pertandingan. Maka di sinilah kemuncaknya kegemilangan muzik rock The Royal Slackers (kini Rimba Bara II) apabila mereka dapat membuat persembahan secara besar-besaran dan dirakam secara langsung di televisyen.

P/S : Filem ini tak sesuai ditonton oleh peminat watak-watak asal Rimba Bara dan sesuai bagi mereka yang ingin kelainan daripada filem Rock 4 versi baharu ini. Kepada pengarah Filem, Mamat Khalid, kalau ada sambung lagi filem ini yang kelima, elok guna nama baharu terus, Rimba Bara II. Nanti guna nama rock lagi, peminat asyik fikir watak lama Dan mereka takkan 'move on the next chapter in their own life'. Selain itu, harap perbaiki lagi mutu lakonan watak-watak baharu ini untuk filem seterusnya. Akhir kata, saya terhibur dengar lagu "Mad World" versi slow rock. (Sedangkan versi asal adalah genre pop 80an daripada Kumpulan kegemaran saya iaitu Tears For Fears. Tonton di sini https://youtu.be/lZ3_HlGrGIs). Tahniah dan syabas Mamat Khalid dengan kutipan filem yang kental pada zaman yang penuh mencabar ini. Tahniah sekali lagi diucapkan !


Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Rock_4:_Rockers_Never_Dai

Anda masih ingat lagi dengan dialog Rayyan dalam filem ini? Dia berhajat untuk buat persembahan bersama-sama dengan pemain gitar kumpulan Wings iaitu Joe. Semasa dalam babak filem itu, Rayyan bersama-sama dengan rakan-rakannya bersama dengan Dio berjumpa dan bertemu di rumah Dato Awie. Gelagat Awie ketika itu agak sedikit 'tercengang' bila Rayyan sebut tentang Joe Wings di hadapannya. Rupanya, Adam John sendiri telah pun merakamkan babak tersebut 4 tahun sebelum dia berlakon di dalam filem ini. Anda boleh saksikan video persembahan mereka tersebut di bawah ini. Sama-samalah kita saksikan !


Joe Wings dan pengantin baru Adam John 'jamming' lagu Awang Trasher dimajlis perkahwinan Adam.

Seperti yang pernah digambarkan dalam filem-filem terdahulu arahan Pengarah Mamat Khalid iaitu daripada filem diskografi Rimba Bara (sebuah watak kumpulan fiksyen filem ini) dari filem Rock (pertama), Rock Oo! (kedua) dan Rock Bro (ketiga).


Anugerah Juara Lagu 4 pada tahun 1989 

Kumpulan Rock, Search telah memenangi pertandingan ini dan menjadi juara pada tahun 1989. Di sinilah kemuncaknya era kegemilangan kumpulan-kumpulan Rock di persada seni tanah air, Malaysia. Search bukan sahaja telah menempa nama mereka di Malaysia, malah telah melebarkan perjalanan seni mereka sehingga di luar negara seperti di Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah, nama mereka juga meniti di bibir para peminat rock dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Lagu yang menjadi hits kumpulan ini sepanjang zaman ialah lagu Isabella. Malah, nama lagu ini juga telah diabadikan di dalam filem juga bertajuk 'Isabella'a dan telah ditayangkan di Malaysia pada tahun 1990 iaitu setahun selepas kemenangan yang mereka kecapi pada Juara Lagu 1989. Filem Isabella ini diterbitkan antara usahasama pengusaha filem antara kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Anda boleh tonton filem itu melalui pautan website itu di dalam blog ini, di sini > https://normanhafizi.blogspot.com/2020/03/filem-isabella-1990.html 


Search - Isabella (Live In Juara Lagu 89) HD


Search - Isabella (klip video)


Muzikal Search - Isabella 1989

Sebagai penutup, anda boleh tonton sebuah dokumentari berkenaan dengan perjalanan Search sebagai sebuah kumpulan pelopor muzik Rock di Malaysia suatu ketika dahulu. Al-fatihah juga diucapkan kepada pengasas Search iaitu, saudara Yazid yang telah pun meninggal dunia kerana disebabkan penderitaan dan kesakitannya akibat kegagalan buah pinggang yang berfungsi seperti biasa. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan beliau bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah.


Rock Kapak Episod 13 - menjejaki perjalanan muzik Kumpulan Search


"KEJATUHAN MUZIK ROCK KAPAK

- SEARCH DAN WINGS 'HALAL' SELEPAS DIPOTONG


P/S : Sebagai maklumat tambahan, sedikit info disampaikan sendiri oleh Ustaz Auni Mohamed berkenaan dengan info Muzik-muzik 89.


MUZIK MUZIK 89 | Ustaz Auni Mohamed

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...