Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 8 May 2020

Ini antara 34 mutiara kata...

RASMI : DATO' ISMAIL KAMUS KEMBALI KE RAHMATULLAH

Gambar 1 : Daripada Sumber Rasmi - Persatuan Perubatan Islam



Gambar 2 : Dipetik daripada Facebook Allahyahram Tuan Guru Dato' Ismail Kamus

Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubtan Islam DarusSalam Malaysia, Tuan Guru Dato' Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta'ala.
الفاتحة

Sumber Rasmi : Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia 8 Mei 2020 | 15 Ramadhan 1441

Dipetik daripada sumber Facebook :
https://www.facebook.com/188085981232689/posts/3864088566965727/


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217886748215957&id=1101123111

Al-fatihah untuk beliau (dengan bacaan).

Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus yang dapat saya (Zaim Zin) kumpulkan pagi ini.
Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

34 Mutiara Kata Daripada Ustaz Dato' Ismail Kamus 
  1. "Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"
  2. "Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"
  3. "Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"
  4. "Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itulah yang harus ditakuti"
  5. "Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"
  6. "Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"
  7. "Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"
  8. "Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"
  9. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"
  10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"
  11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”
  12. "Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"
  13. "Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"
  14. "Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"
  15. "Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"
  16. "Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"
  17. "Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"
  18. "Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"
  19. "Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.1. menghilangkan kejahilan, 2. beramalah dengan ilmu tersebut; dan 3. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada"
  20. "Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan orang lain"
  21. "Jagalah hati sampai mati"
  22. "Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"
  23. "Yang suka asap ni, jin je"
  24. "Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yang dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"
  25. "Sebenarnya duit yang kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dalam poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi formen punya, boleh jadi klinik punya, yang semestinya waris punya. Kita punya yang mana? Yang kita sedekah itulah yang kita punya"
  26. "Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"
  27. "Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"
  28. "Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"
  29. "Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"
  30. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yang suka rasuah)
  31. "Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"
  32. "Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"
  33. "Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun di sepertiga malam untuk solat tahajjud.
  34. "Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"
Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.
Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam di nanti-nantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.


Antara tokoh-tokoh ulamak yang bergelar Tuan Guru Malaysia yang meninggal pada Hari Jumaat (tulisan dalam gambar) :


  1. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat pada malam Jumaat 12 Februari 2015. (gambar atas)
  2. Almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din pada Jumaat 16 September 2016.(gambar pertengahan)
  3. Almarhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus pada hari ini, Jumaat 08 Mei 2020 (gambar bawah terkini)
Pautan bahan bacaan yang lain : 

SOSOK BERJASA DALAM BIDANG DAKWAH

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...