Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 12 January 2021

Manuskrip Melayu Lama...

 Manuskrip Melayu Lama Di Serata Dunia?


Gambar 1 : Salah satu contoh Manuskrip Melayu Lama yang telah ditemui di luar Kepulauan Melayu dan menjadi kajian para sarjana dari Barat.

Banyak manuskrip melayu lama nusantara tidak ada pada kita. Adakah ianya benar atau kita sendiri tidak mengetahuinya?

19 Mac, Jam 6 Petang, saya di jemput menghadiri satu seminar di bilik Nusantara. Ada dua pembentang yang akan membentang pada petang ini. Pertama, Preseden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky dan kedua, saya.

Gambar 2 : Preseden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky 

Dr Sikonsky memulakan pembentangannya mengenai kajiannya terhadap budaya dan sastera Melayu Nusantara. Pembentangannya ada di dalam bahasa Rusia dan ada di dalam bahasa Melayu.


Gambar 3 : Antara para Sarjana dan Doktor yang hadir di dalam seminar ini

Seminar ini dihadiri oleh para Sarjana dan Doktor yang mengkaji mengenai Melayu dan Nusantara. Kesemua mereka boleh bertutur di dalam bahasa Melayu sama ada Melayu Malaysia mahu pun Melayu Indonesia.

Gambar 4 : Malay And Indonesian Studies

Dr. Sikonsky baru menerbitkan sebuah terbitan yang membincangkan mengenai Petronas, A.Samad Said, kajian terhadap buku pelajaran bahasa Melayu dan sebagainya.

Menurut beliau, pusat kajian Melayu yang hebat bukan lagi di Belanda, tetapi sekarang di Australia. Beliau juga membawa buku-buku sastera Rusia yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Beliau menemukan satu manskrip dari tahun 1948 yang menyatakan hubungan langsung antara Indonesia dengan Rusia.


Gambar 5 : Realisme Sosialis dan Sastra Indonesia, penulisan Pramoedya Ananta Toer

Pada zaman penjajahan Belanda, orang Melayu Indonesia selalu merasa rendah diri, tidak yakin dan kurang jatidiri. Jadi, pada masa itu, mereka mulai menterjemah buku-buku jati diri dari Rusia untuk memberi semangat kepada bangsa. Padanya, buku-buku romantik hanyalah akan melemahkan semangat.

Sebelum ini, buku-buku Rusia, kebanyakkannya diterjemahkan dari bahasa Belanda. Ini kerana, banyak buku Rusia di Belanda.

Ia juga menyelar seorang penulis bernama Khairil Anbar yang menyadur buku Eropah kemudian mendakwa bahawa karya itu adalah karyanya.

Terjemahan langsung buku Rusia ke dalam bahasa Indonesia bermula pada tahun 1940an apabila seseorang telah menterjemahkan buku bertajuk “Kereta Api Baja”, selepas itu buku “Baju Mantel dan juga “Perang Dan Damai”. Sebuah karangan yang terkenal juga iaitu “Anna Karenina” karangan Tolstoy.

Waktu soal jawab, saya berkenalan dengan seorang yang duduk di sebelah saya iaitu Dr. Goriaeva Lioubov.

Beliau telah menemui dan telah menterjemahkan sebuah buku manuskrip hikayat Melayu terakhir bertajuk “Hikayat Maharaja Marakaramah


Gambar 6 : Hikayat Maharaja Marakaramah, yang bertulisan Jawi dan juga telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Russia

Manuskrip ini ditulis pada tahun 1844 dan merupakan hikayat Melayu terakhir setakat ini yang ditemui. Ini kerana, hikayat-hikayat yang lain bertarikh sebelum dari tarikh ini.

Dr. Lioubov menemukan manuskrip ini di Muzium Asiatik St. Peterburg. Ia dibawa oleh seorang dari Eropah ke sini bernama Dr. Franck 100 tahun dahulu.

Manuskrip ini tidak ditemui di mana-mana tempat sama ada di Malaysia, Indonesia, Belanda, Prancis dan lain-lain lagi. Ia telah diterjemahkan di dalam bahasa Rusia.

Saya terfikir, bagaimana khazanah Melayu ada di merata-rata tempat. Bagaimana orang luar mengambil dan menyimpannya. Sebenarnya, banyak lagi tulisan mengenai bangsa Melayu ada di luar dan di dalam simpanan orang-orang barat.

Di dalam bilik Nusantara, saya sempat membelek sebuah buku yang mencatatkan sejarah Raja-Raja Barus, tempat kelahiran Hamzah Fansuri. Ia tersimpan di dalam koleksi Perpustakaan Universiti Leiden dan juga di Tropen Institute, Amsterdam.

Tercatat sejarah-sejarah yang kita tidak tahu seperti perang Sultan Ibrahim dari Barus melawan Acheh, kekalahan dan pemenggalan kepalanya.

Saya terfikir kembali, patutlah, para pelajar Nusantara begitu hebat mempelajari mengenai orang Melayu. Rupanya, guru-guru mereka juga seorang yang hebat di dalam kajian. Ada perkara-perkara yang mereka temui yang kita sendiri tidak tahu.

Banyak manuskrip Melayu yang ada di tangan mereka yang kita sendiri tidak ada menyimpannya. Hari ini, kebetulan saya ada di sini dan dapat menyaksikan perbincangan mereka, banyak lagi seminar-seminar yang mereka bentangkan mengenai orang Melayu yang kita tidak tahu. Mereka bentangkan hasil kajian dan temuan mereka di serata dunia mengenai orang Melayu.

Saya teringat satu sejarah, ketika Portugis berjaya menawan Melaka, ada dua buah kapal yang membawa segala khazanah Melayu balik ke sana. Mereka mendakwa, kapal Flor de La Mar ini, kemudiannya tenggelam di pertengahan jalan. Ramai yang yakin sebenarnya kapal ini tidak tenggelam. Ke mana sebenarnya segala khazanah orang Melayu kita dibawa?.

Sebab itu, banyak yang kita sendiri tidak tahu mengenai bangsa kita Melayu. Mereka mengatakan kita mendapat Islam lambat iaitu hanya pada kurun ke 14. Tetapi, satu demi satu teori ini dapat di ketepikan apabila penemuan demi penemuan terhadap kedatangan Islam ke Nusantara ditemui. Bermula dengan penemuan batu bersurat di Terengganu, batu bersurat di Acheh dan sebagainya.

Terbaru, penemuan sebuah makam di Barus Indonesia, Makam ini mencatatkan wafatnya pada tahun 48 hijrah. Jika benar makam ini wafatnya pada 48 hijrah, maka, orang ini, kalau bukan sahabat, pasti Tabi’in.

Perkara ini tidak mustahil kerana, pada zaman Saidina Uthman r.a lagi, operasi dakwah ke Timur Jauh telah dimulakan. Sebuah makam sahabat di Guang Zhou China membukitkan para sahabat telah mula berdakwah ke Timur Jauh sejak kurun pertama Hijrah lagi.

Jika makam ini telah disahkan oleh ahli sejarah, maka ia bermakna, operasi mengIslamkan Nusantara, jauh lebih awal dari apa yang di dakwa oleh Orientalis.

Sesungguhnya, orang Minangkabau tanpa Islam, tinggal Kabaunya sahaja, orang Jawa tanpa Islam, tinggal Aw.., Bugis tanpa Islam tinggal Buu…, orang Boyan tanpa Islam, tinggal Boo…dan orang Melayu keseluruhannya tanpa Islam, tinggal Layu sahaja.

Mengetahui Islam dan Melayu, akan memahamkan kita bahawa, Islam tidak boleh dipisahkan dari jati diri Melayu. Dengan Islam, jati diri Melayu akan lebih hebat dan kuat.

Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat

Al-Fakir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Moscow State University

20 Mac 2019

Sumber : https://aminchannel.com/manuskrip-melayu-lama-di-serata-dunia/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2769266626660894&id=1413499895570914


Ustaz Mohamed Abdullah Al Amin ᴴᴰl Siapa Yang Tulis Sejarah Manuskrip Melayu

https://youtu.be/ZUnKiD7mHf8

#Onlinemajlis ilmu #Silashare ▬▬▬▬ ● VENUE & DATE ● ▬▬▬▬ Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Persiaran Masjid, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor https://goo.gl/maps/zVx4oDwGQZtLhdGk8 ▬▬▬▬▬▬▬ ● MY GEAR ● ▬▬▬▬▬▬▬ ▼ Software/Apps/Instrument Used ▼ ● Edit Videos = Cyberlink Powerdirector 16, vMIX Livestreaming Software / Audacity / WavePad Sound Editor ● Adds-on Tools = Dell Inspiron i7 6770 HQ CPU @2.60Ghz / 16 GB RAM / 4 GB NVIDIA GEFORCE GTX Grafik Card ● Video Recorded with = Sony a7s X 2 ● Lens attached at camera = Sony 85mm f1.8 & Tamron 28 70mm f2.8 ● Other Recording Video = I-phone 6 Plus, Sony HDR PJ 760VE, Sony @7s & Sony @6300 ● Other Lens = Sigma 30mm f1.4, Tamron 28 75mm f2.8, Sony 50mm f1.8, Kamlan 50mm f1.1, Sigma 150mm f2.8 & Sony 70 200mm f4 ● Audio = Zoom H1N1, Rode G0, Sony UWP D11 & Sennhiser G3 ● Capture Card Magewell USB3 Donggle ● EverMedia Extreme Cap UVC Usb 3 ●Tripod ; Manfrotto MT055CXPRO4 Carbon Fibre 4 Section ●GEFEN Wireless Extender for HDMI ●i-Robot Romote Control Camera Car ● Zhiyun Crane V2 ▬▬▬▬▬▬▬📞CONTACT ME 📞▬▬▬▬▬▬▬ ● Email: dinsboom@gmail.com ● https://twitter.com/Kamaruddin_Isah?l... 📞📞 Phone ; 012 200 1019 ▬▬▬▬ ● MEDIA SOSIAL ● ▬▬▬▬▬▬ ● Join Group Telegram OMI untuk Info pantas https://t.me/joinchat/AAAAAFAEmtRuG0-... ▬▬▬▬▬▬▬ ● DONATE ● ▬▬▬▬▬▬▬ https://www.paypal.me/onlinemajlisilmu Bagi mereka ingin membantu usaha Admin dlm penyebaran ilmu agama di media sosial bagi meringankan kos pengurusan bulanan. ● Maintenance Peralatan ● Upgrade Peralatan ● Bill Utility Bulanan ● Transport, Tol & Minyak ● Sara Hidup KAMARUDDIN ISAH CIMB BANK 7601574602 MAYBANK 162367014305 BANK ISLAM 12065020389804 TERIMA KASIH, SEMOGA AMAL SOLEH KITA ALLAH PANDANG SEBAGAI AMAL JARIAH YG BERPANJANGAN, AMEEN

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...