Gambar : Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah
TALIBAN ISYARAT PASUKAN AL MAHDI ! Ustadz Rahmat Baequni
(video asal telah dipadamkan daripada Youtube)
https://www.youtube.com/watch?v=VNDJfer6RU8
AGENDA DAJJAL
Nama Dajjal berasal dari perkataan "dajjala" iaitu yang bermaksud "menutup". Dajjal ertinya pembohong yang menutupi kebenaran.
Dajjal akan muncul untuk MENUTUPI KEBENARAN dengan KEPALSUAN.
Dajjal tidak datang dalam bentuk yang hodoh dan buruk sehingga orang tidak mahu mengikutinya bahkan ia akan muncul sebagai seorang yang dianggap BAIK, MULIA, BERSTATUS TINGGI dan punya PUBLISITI.
Mungkin saja dia dari golongan agamawan atau pendakwah yang tidak cermat atau berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa sehingga ramai orang akan terkeliru dan tertipu dengan dakyahnya.
Sebelum munculnya dajjal yang sebenar, akan timbul terlebih dahulu dajjal-dajjal kecil yang membantu melaksanakan agenda-agenda mereka.
Perlu di ingat dan diketahui bahawa FITNAH Dajjal adalah untuk merosakkan DUA (2) PERKARA :
- Supaya manusia ada SELAIN ALLAH dalam hati masing-masing.
- Supaya umat manusia BERPECAH BELAH dan bersengketa sesama saudara sendiri.
- IMAN iaitu kesempurnaan AQIDAH. ISLAM iaitu kesempurnaan hidup sebagai HAMBA ALLAH, dan IHSAN iaitu kebaikan AKHLAK. (Iman, Islam dan Ihsan)
- Kekuatan UKHUWAH dan keselarasan dalam sistem Islam.
Maka,
BERWASPADA, dan BERINGAT-INGATLAH! ☝️
Apabila bertemu dengan individu tak kira sesiapa pun yang suka mencetuskan isu-isu yang menyebabkan sesama umat Islam bertelagah.... besar kemungkinannya mereka adalah salah seorang dari tentera-tentera Dajjal.
Janganlah terlibat dengan persengketaan ini bahkan.... berdiam diri dan menjauhkan diri dari pencetus isu ini adalah lebih baik.
Apabila bertemu dengan individu tak kira siapa pun mereka lebih-lebih lagi jika penguasa-penguasa agama yang menjaga publisiti atau periuk nasi sendiri tetapi mengeluarkan fakta-fakta yang penuh dengan kesombongan menolak kata-kata dari ijmak ulamak dan qias... besar kemungkinan mereka ini adalah pembantu-pembantu Dajjal tanpa disedari oleh diri mereka sendiri.
Dikhabarkan melalui Alim Ulama dan Guru-guru lama akan pesan Nabi akhir zaman iaitu sentiasalah berada dikalangan orang yang baik-baik yang sentiasa menganjurkan KEBAIKAN dan mencegah kepada KEMUNGKARAN serta berpegang teguh dengan prinsip menjaga ukhuwah AL JAMAAH dalam satu TOIFAH MANSURAH. Meskipun orang-orang ini bukan public figure, bukan pula terkenal sebagai orang yang mulia atau kaya harta.
TOIFAH MANSURAH adalah :
Kumpulan-kumpulan kecil dari kalangan orang-orang Islam yang mahu menegakkan sistem Islam dan menjaga ukhuwah sesama mereka. Dan mereka ini dijanjikan ALLAH akan diberi RAHMAT serta pertolongan dari penipuan-penipuan Dajjal seperti ALLAH menyelamatkan pemuda-pemuda dalam surah Al Kahfi.
PESAN GURU
https://www.facebook.com/100034112703660/posts/420828292397591/
Pautan artikel yang berkaitan :-
Mekah dan Madinah Ketika Didatangi Dajjal
https://normanhafizi.blogspot.com/2016/10/mekah-dan-madinah-ketika-didatangi.html
No comments:
Post a Comment