Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 14 October 2016

Mekah dan Madinah Ketika Didatangi Dajjal

Arkib : Selasa, September 2, 2014. 



Gambar Kaligrafi Jawi Muhammad s.a.w.

Dajjal berkeinginan untuk masuk ke kota Madinah tetapi dia tidak boleh melakukanya kerana Allah melindungi bandar Mekah dan Madinah dari Dajjal dan penyakit taun (wabak). Allah memberi tugas kepada para malaikat untuk menjaga Mekah dan Madinah. Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W. bersabda, "Di setiap penjuru Madinah ada malaikat, sehingga wabak penyakit dan Dajjal tak dapat memasukinya." 

Bukhari juga meriwayatkan hadis dari Anas ibn Malik bahawa Nabi S.A.W. bersabda, "Al-Masih (Dajjal) tidak dapat memasuki Madinah. Pada ketika itu Madinah mempunyai tujuh pintu dan setiap pintu ada dua malaikat."

Dalam hadis at-Tirmidzi dan Musnad Ahmad diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W. bersabda, "Al-Masih datang dari arah timur dan dia ingin menuju ke Madinah. Setiap celah kota Madinah dijaga oleh para malaikat. Dajjal singgah di tanah kosong yang tandus, lalu menggoncang Madinah tiga kali sehingga setiap orang kafir dan munafik keluar menghadapnya. "

Dalam hadis Ibn Majah, Shahih Ibn Khuzaimah dan Mustadrak al-Hakim diriwayatkan dari Abu Umamah bahawa Nabi S.A.W. bersabda, "Tidak ada tempat di muka bumi yang tidak diinjak dan di duduki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah. Dia mendatangi setiap celah kedua kota itu, namun malaikat selalu menemuinya dengan pedang. Akhirnya dia singgah di Dharib Ahmar, di persimpangan tanah kosong yang tandus. Lalu Madinah diguncang tiga kali sehingga semua orang munafik, baik lelaki mahupun perempuan keluar menuju kepada Dajjal. Dengan demikian, yang jelek keluar dari Madinah sebagaimana kipas tungku api membersihkan kotoran besi. Hari itu disebut pembersihan. "Ada yang bertanya, "Di mana orang Arab ketika itu?" Jawab beliau,"Pada ketika itu jumlah mereka sedikit..."

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber www.islampos.com (Mekkah dan Madinah Terlindung dari Dajjal di Akhir Zaman) | Ensiklopedia Kiamat/Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar/Penerbit: Serambi

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...