Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Sunday 12 December 2021

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Arkib : 23 November 2021

Benua Sunda : The Sundaland

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal-usul Bahasa Melayu dan Konsep Melayu

Definisi Melayu :-
  • AWAL
  • ETIMOLOGI
  • BANGSA
Konsep Melayu
  • AWAL
Dikaitkan dengan istilah kawasan/kerajaan dan antara bukti sejarah :

a) M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam Geographike Sintaxis sekitar (100-150M). Gerini mengatakan Melayu berasal daripada kata Sanskrit, iaitu malayakolam/malaikurrum yang merujuk Tanjung Kuantan di utara Tanah Melayu.
b) Kitab Hindu Purba. Purana : istilah Malaya Dripa merujuk Pulau Sumatera.
c) Catatan pengembara Cina antara 644-645M Zaman Dinasti T'sang mengandungi istilah Mo-lo-yu/Mo-lo-yoe
d) Catatan rahib Buddha 675M : I-Tsing menggunakan kata Mo-lo-yu tentang kerajaan Melayu di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya di Palembang.
e) Catatan Kesusasteraan China : penduduk pada Zaman Sriwijaya menuturkan bahasa Kw'un-lun (bahasa Melayu kuno)
  • ETIMOLOGI
Berdasarkan kajian asal usul dan makna perkataan

a) Slametmuljana : Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit.
b) Van Der Tuuk : Mlayu bermaksud menyeberang
c) Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat : Terdapat kata Malayapura yang bermaksud Kota Melayu / Kerajaan Melayu
d) Bahasa Jawa kuno : Perkataan Mlayu bermaksud mengembara bersesuaian dengan penghijrahan manusia dari Yunan menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera
  • BANGSA
a) Kajian awal bangsa Melayu : Nenek-moyang orang Melayu yang berasal dari Asia Tengah sebagai Melayu-Deutro (1500M) dan Melayu Proto (2000M)
b) UNESCO 1972 : Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina  dan Madagaskar.
c) Colin : suku bangsa serumpun di Nusantara yang mempunyai kesamaan warna kulit, bentuk badan, pakaian, adat resam dan upacara.
d) Perlembagaan Persekutuan-Perkara 153 ; Orang Melayu menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, beragama Islam dan mengamalkan ada istiadat Melayu.

SEJARAH BAHASA MELAYU
 
Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, letaknya kerajaan Mo-lo-yeu : di Jambi Sumatera.  Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat :
  1. DI Kedukan Bukit, Palembang, Indonesia, pada 683 Masihi
  2. DI Talang Tuwo, Palembang, Indonesia, pada 684 Masihi
  3. DI Kota Kapur, Pulau Bangka, Indonesia, pada 686 Masihi
  4. DI Karang Brahi, Kabupaten Merangin Indonesia, di daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.
Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

BAHASA MELAYU BERASAL DARI ASIA TENGAH?? 🤔🤔🤔🤔

Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara.  Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro. 


Konsep Kewujudan Melayu Deutro

  1. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Loga kira-kira 1,500 Sebelum Masihi
  2. Keturunannya Orang Melayu di Malaysia
  3. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua dikenali sebagai Austronesia.
  4. Bijak dalam bidang Astronomi, Pelayaran dan Bercucuk Tanam.
Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu :
  1. Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara)
  2. Bahasa-bahasa Polinesia, umpamanya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, dan Maori
  3. Bahasa-bahasa Melanesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian
  4. Bahasa-bahasa Mikronesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. 
Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya :
  1. Golongan Filipina: umpamanya bahasa-bahasa Tagalog, Iloko, Bikol, dan Sulu
  2. Golongan Sumatera: umpamanya bahasa-bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut
  3. Golongan Jawa: umpamanya bahasa-bahasa Sunda, Jawa, dan Madura
  4. Golongan Kalimantan: umpamanya bahasa-bahasa Iban, Kenya Kayan, dan Melanau
  5. Golongan Bali-Sasak: umpamanya bahasa-bahasa Bali, Sasak, dan Sumbawa
  6. Golongan Sulawesi Selatan: umpamanya bahasa-bahasa Makasar, Bugis, dan Seko
  7. Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: umpamanya bahasa-bahasa Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.
Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah ini, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

BAHASA MELAYU BERASAL DARI KEPULAUAN MELAYU

Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 

Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam.

Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutamanya Inggeris. Bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada 3 bahagian, iaitu :-
  1. Bahasa Melayu Kuno
  2. Bahasa Melayu Klasik
  3. Bahasa Melayu Moden
PERUBAHAN AKSARA PENULISAN BAHASA MELAYU SEHINGGA KINI

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut :
  • Tulisan Rencong.
  • Tulisan Pallava.
  • Tulisan Kawi.
  • Tulisan Jawi
  • Tulisan Rumi
Untuk mengetahui kaedah penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, penulisan unsur serapan dan tanda baca umum yang dipraktikkan dalam bahasa Melayu.





Sedikit perkongsian pembuka minda buat semua pembaca :-

Panggilan " China" yang digunakan sekarang oleh dunia rupa-rupanya berasal daripada panggilan orang Melayu...


(Tamat)

-----------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Bangsa Austronesia



Maksud Perkataan “Melayu”



JATIDIRI BANGSA MELAYU YANG HEBAT & SEJARAH MELAYU YANG GEMILANG


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...