Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 20 December 2021

No Way Home

 Arkib : 16 November 2021. Spider-Man No Way Home


Spider-Man : No Way Home (Movie Poster)



Spider-man: No Way Home - Movie Review [NON-SPOILER]


[ Gambar 1 ] Get ready, webheads! 


[  Gambar 2 ] SANTAI SUPERHERO : MUNGKINKAH ESOK JADI PENENTU...???

Kemunculan Spider-Man versi Tobey Maguire dan Andrew Garfield masih lagi menjadi tanda tanya dikalangan peminat filem superhero ini. Pelbagai teori yang tidak pasti kesahihannya bertebaran di medsos.

Khabarnya esok akan keluar trailer terbaru No Way Home untuk tatapan peminat. Kemungkinan besar, esok akan menjadi penentu adakah tiga Spidey akan "berjoget" bersama atau dua daripadanya "menangis" tanpa ada kelibat mereka....???

Sama-sama kita tunggu esok....!!!

#SantaiSuperheroBraderFilem


22 November 2021


Posting sebelum ini :-

SELINGAN SUPERHERO : PENGUASAAN DOCTOR OCTOPUS 

Melalui trailer terbaru No Way Home, telah memaparkan banyak sekilas scene - scene yang menarik perhatian. Antara yang mengejutkan ialah tindakan Doctor Octopus terhadap Spidey versi Tom Holland.

Melalui scene yang singkat itu, kita dapat lihat bahawa Doctor Octopus telah tersilap orang, beliau menyangka Peter Parker itu adalah versi Tobey Maguire. Kita dapat lihat, Doctor Octopus telah menyerap kuasa dari suit Iron Spidey ciptaan Tony Stark.

Sekaligus membuktikan bahawa beliau bukanlah sembarangan villain. Boleh dikatakan, kekuatannya mampu menandingi super villain dari planet lain. Semestinya ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan scene peperangan antara team Spider-Man vs Sinister Six. Apatah lagi pertarungan semula antara Spidey versi Tobey vs Doctor Octopus...!!!

#SelinganSuperheroBraderFilem


Posting sebelum ini :-


Gambar : 3 Spider-Man

SANTAI SUPERHERO : SELEPAS TAYANGAN NO WAY HOME

Pengacara : Kenapa sebelum ni, engkorang tak kasi taw, memang ade spider-verse...???

Andrew : Saya terpaksa berdalih, ghamai yang tanya saya. Kalau saya terlepaih cakap, saya tak akan terima apa-apa bonus box office.

Tobey : Saya dibayar 200k USD supaya berdiam diri. Jika saya berkata sepatah haram, maka saya tidak akan dapat sesen pon nanti.

Tom : Saya diarahkan supaya jangan berkata apa-apa, atau saya akan ditembak mati...!!!
(Sambil meletakkan dua tapak tangan didadanya)

Kemudian, Tobey and Andrew ketawa serentak selepas dengar apa yang dikata oleh Tom. 

#SantaiSuperheroBraderFilem



LENSA SUPERHERO : TOM & STUNT DOUBLE

Tom Holland berkongsi foto dirinya bersama dua stunt double yang membantu beliau menjayakan aksi Soider-Man, sepanjang penggambaran filem No Way Home.

Beliau turut berterima kasih kepada dua stunt doublenya ini. Malah, Tom turut beranggapan bahawa salah satu faktor terbesar kejayaan filem ini adalah kerana adanya mereka berdua.

Tom Holland adalah seorang aktor popular, yang pandai menghargai orang lain yang bekerjasama dengan dirinya.

#LensaSuperheroBraderFilem


After months of tepid numbers, this year of recovery for the domestic box office is at least going out with a bang. “Spider-Man: No Way Home” webbed up a truly mind-boggling $121.5 million on Friday, putting itself on the path for a projected $242 million opening weekend.


SANTAI BRADER : NERVOUS LA SAYA....

Tam : Fuhhh... Nervous la saya, bang. 

Bang Boyot : Kenapa plak ko nak nervous...???

Tam : Dekat 20 tahun saya tak nengok wayang. Kabornye, akan ade kojutan. Tambah la nervous bang...

Bang Boyot : Lahh... Ingat kan ape... Sape suruh ko tak nengok wayang sampai 20 tahun... Tang terkojut tu.. Tak terkojut sangat dah.. Dalam YouTube and TikTok  berlambak leak. Kat FB and Insta plak, mana-mana rancak berspoiler....
Apalah ko nih.... 

Atuk Garang : Mmmmm...

*Begitulah perbualan antara Tamrin (yang popular dengan gelaran Tam Spider dikalangan penduduk rumah flatnya) dengan Abang Boyot, sebelum tayangan No Way Home bermula... Huhu

#SantaiSemasaBraderFilem



REVIEW FILEM : SPIDER-MAN - NO WAY HOME 

Ulasan ini mempunyai spoiler yang tersendiri, bagi korang yang belum tonton sila abaikan post ini dan komen dibawahnya...!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Plotnya terus bersambung dari Far From Home, apabila identiti Peter Parker sebagai Spider-Man telah terdedah. Pembongkaran identitinya telah mewujudkan dua puak dari kalangan orang awam. Sebahagiannya menyokong Spider-Man dan sebahagiannya pula, berpihak kepada Mysterio.

Setelah teman wanita dan rakan baiknya turut terpalit dengan kontroversi dirinya, yang menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran di Kolej. Peter yang rasa bersalah, telah mendapatkan bantuan Doctor Strange, untuk melenyapkan identiti dirinya sebagai Spider-Man.

Ketika Doctor Strange membaca jampi, dia telah diganggu oleh Peter beberapa kali, kerana tidak mahu melibatkan beberapa orang yang rapat dengan dirinya. Akibatnya, telah berlaku impak diluar dugaan, apabila beberapa villain dari universe yang berbeza hadir memburunya. 

Mereka itu adalah Doctor Octopus, Electro, Lizard, Sandman dan Green Goblin. Berlaku berbeza pendapat antara Peter dan Doctor Strange. Peter mahu memberi peluang kedua kepada villain, terutamanya yang akan terkorban di universe mereka nanti.

Setelah berjaya meloloskan diri dari Doctor Strange dengan helahnya, Peter bersama MJ dan Ned memulakan perancangan mereka. Setelah berjaya “membantu” Doctor Octopus, keadaan mula berubah, apabila Green Goblin menunjukkan wajahnya yang sebenar.

Berlakunya pertarungan hebat antara mereka, yang menyebabkan kematian Aunty May. Ketika Peter dalam keadaan murung, Ned dan MJ telah berjaya menghadirkan dua Spider-Man dari universe yang berbeza. Spidey versi Tobey dan Andrew telah bersetuju membantunya.

Berlaku final fight antara mereka dengan Sinister Five, yang memaparkan Doctor Octopus telah berpihak kepada mereka. Mereka berjaya dalam misi untuk mengalahkan semua villain. Peter telah bersetuju untuk memadamkan ingatan semua orang terhadap dirinya kepada Doctor Strange.

Endingnya agak menyentuh perasaan, apabila MJ dan Ned, yang merupakan orang yang paling rapat dan bertarung nyawa berjuang bersama, telah melupai dirinya. 

Beberapa teori santai Brader agak tepat kali ini. 
1. Wujudnya tiga Spider-Man dari universe yang berbeza.
2. Spidey versi Tom dan Andrew berasa hairan dengan kelebihan Tobey, yang mampu mengeluarkan web shooter dari badannya.
3. Doctor Octopus telah berpihak kepada team Spider-Man.


Teori satu : Tobey & Andrew ada....


Teori dua
Tom dan Andrew hairan Tobey boleh keluarkan web shooter melalui badannya


Teori tiga : Doctor Octopus berpihak kepada team Spidey

Secara peribadi, Spider-Man : No Way Home telah memberi kepuasan yang maksima. Plot menarik yang bersilih ganti antara sedih dan komedi, aksi yang memukau dan mengembalikan nostalgia Spider-Man dua generasi sebelumnya, terutamanya Spidey versi Tobey.

#ReviewFilemBraderFilem

Antara Pendapat Menarik Daripada Penonton filem ini :-

Pendapat 1 :

Nostalgia min. Rasa macam jumpa balik member lama setelah hampir 20 tahun. Sekejap je masa berlalu. Bila Tobey muncul teringat kenangan tahun 2002 dulu. Naik bas 50 sen pergi tengok filem Spidey.

Filem Spidey terbaik selepas era Tobey. Rugi tak tengok. Ada camoe DD tak silap si Matt Murdock. Nantikan filem seterusnya. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Pendapat 2 :

Pada aku, cerita ni kena panjang sikit drpd 2jam 30minit ke 2jam 45minit. Sebab ada scene yg macam terburu² sikit (walaupun sikit sgt).

Contoh, masa Andrew & Tobey cerita pd Tom kisah sedih dorang kat atas bangunan tu, macam singkat sangat. Masa Andrew selamatkan MJ & dia sedih tu, sepatutnya kena lama & detail sikit kat situ. Lepas tu Andrew ngan Tobey xtau ke mana masa Tom tengah cari MJ & Ned, pastu masa tengah bantai Green Goblin (macam lambat nak muncul). 

Ada lagi scenes yg pada aku perlukan masa & detailing lagi. Tapi overall, memang puas hati & best laa. Boleh nampak Spidey versi Tom dah menyamai dengan kesakitan & pengorbanan Spidey versi Andrew & Tobey. 

Cuma aku tertanya², villains kali ni yg masuk dlm MCU universe kalau mengikut kenyataan Doc Strange, dia kata yg mengenali Spidey as Peter Parker yg masuk kan? Tapi Venom (credit scene) mana kenal 1 Spidey pun kan? Macam mana boleh masuk gak kat MCU universe? Atau aku yg tersalah faham?

Pendapat 3 :

Tunggu Dr Strange 2, Sam Raimi pengarah. Harap tak mengecewakan seperti sentuhannya dalam trilogy spiderman & movie evil dead.

Ada another strange, mordo lawan strange, strange lawan raksasa sotong. Visual pun nampak lawa. 

#mohdnoor

Brader Filem plot menarik der... saat ”melelahkan” itu saat dia berhadapan dgn Green Goblin. tak nampak sangat, sbb dia dibantu dua abangnya... No Way Home lebih best dari End Game.

#Brader

Brader Filem bagi aku best giler der....

bukan mangsa.. tp itu nak menunjukkan Spider-Man pon bukan calang2 Superhero walaupun budak der... Spidey ni ada kekuatan yg tersendiri yg dia sdiri belum tahu, bijak dan licik ketika bertarung.

#Brader

Pendapat 4 : Daripada perspektif aku

Ending cerita ini, Tom Holland pergi ke rumah sewa sama seperti dalam Filem Spider-man Sam Raimi dalam filem kedua dan ketiga. 

Lepas itu, dia pakai balik suite Spider-Man sama seperti yang sebelum ini tanpa menggunakan suite teknologi Tony Stark.


Koleksi gambar-gambar menarik berkaitan dengan filem ini :-


From 2002 untill 2021. Your Friendly Neighborhood Spider-Man ๐Ÿ•ท️


Spidey Retro Dance


Behind The Scenes


One of the epic scene ๐Ÿ’•


New suite for Tom Holland's Spider-Man ๐Ÿ•ท️


New suite for Tom Holland's Spider-Man ๐Ÿ•ท️


๐ŸšจNoWayHome Spoiler Thread๐Ÿšจ
For those who have seen the movie , or seen clips from the internet. What are your thoughts on the movie ๐Ÿค”๐Ÿ•ท



Spider-Man : Homecoming


Spider-Man : Far From Home


Spider-Man : No Way Home

Spider-Man Homecoming Trilogy Ranked:

3. Homecoming

2. Far From Home

1. No Way Home

Like the Captain America trilogy, each movie is better than the last. Jon Watts is the first person to direct an MCU trilogy, the previous trilogies had different directors. Watts should do a good job with Fantastic Four but now he's making a small movie with George Clooney and Brad Pitt. I'm sure Tom Holland will make at least one more Spider-Man movie but No Way Home is a great finale.



In a conversation with The Hollywood Reporter, Nicholas Hammond, who played Peter Parker/Spider-Man in the 1970s The Amazing Spider-Man series, commented on all the fuss surrounding Spider-cameos in the upcomingSpider-Man: No Way Home

I think it would have been huge fun. It would have been a kick in the pants to have the old guy there... I was really hoping I would be approached but unfortunately, that didn’t happen.”

#SpiderManNoWayHome #marvel



Gambar : Peter Parker yang tidak didendang... ๐Ÿ˜ข


The Amazing Spider-Man with Andrew Garfield

Sony reportedly wants Andrew Garfield to play Spider-Man in multiple projects! Some Spider-Man fans are hoping Sony makes The Amazing Spider-Man 3! Do I want it? No but I want him, Tobey Maguire and of course Tom Holland to continue playing Spider-Man! Maguire and Holland should appear in Doctor Strange 2. Garfield and Holland could appear in Venom 3 or Garfield could appear in Kraven. How do you feel about Garfield playing Spider-Man again?



Tom is a good Spider-Man and has proven me wrong and all of them are good in the own right but man Andrew is just my favorite PeterParker/Spider-Man



New Multiple Projects with Andrew Garfield's Spider-Man ๐Ÿ•ท️


Pilihan saya, Tobey Maguire sebagai Spider-Man terbaik sepanjang zaman

SUPERHERO PILIHAN : SPIDEY VERSI TOBEY, HERO RAKYAT MARHAEN

Tiga versi Spider-Man, kerpakali menjadi perbandingan dikalangan peminatnya. Spidey versi Tobey Maguire, Andrew Garfield dan Tom Holland. Ketiga-tiga dilihat mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun, Spidey versi Tobey menjadi pilihan.
 
Bagi Brader.... Tobey berjaya memegang watak Peter Parker yang naif, nerd dan baik hati. Watak sebagai Spider-Man juga dipegang dengan cemerlang. Dimana, dia berjaya membawakan watak sebagai seorang Superhero yang sangat tabah dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. 

Peter yang hidup sedarhana adakalanya dengan serba daif. Menjadi Superhero dalam masa yang sama sebagai seorang pelajar, yang bekerja sebagai wartawan sambilan dan rider makanan, untuk menampung kehidupannya.

Kisahnya berjaya menggambarkan kepada penonton bahawa bukan mudah menjadi seorang Superhero. Yelah, dia terpaksa struggle mencari rezeki, dalam masa yang sama menggalas tugas menyelamatkan orang awam daripada cengkaman penjahat di ibu kota.

Namun watak Mary Jene (MJ) sebagai pendamping Spider-Man yang paling tidak disenangi. Kerana MJ dilihat seorang wanita yang tidak setia. Peter seharusnya memilih Gwen yang tidak kurang cantiknya. 

Apapun, Spider-Man versi Tobey sangat dekat dengan kehidupan rakyat marhaen.

#SuperheroPilihanBraderFilem



Review Filem - Spider-Man: No Way Home


Top 8 SPIDER-MAN Films by #ZHAFVLOG

REALITAS SPIDERVERSE HANCUR SETELAH NO WAY HOME? 

- PENJELASAN ENDING DAN ANALISA TIMELINE


Artikel lain yang berkaitan :-

May 3, 2002 : Spider-Man Celebrate Sam Raimi's First Marvel Movie on Its 19th Anniversary (English)



No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...