Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 24 October 2022

24 OKTOBER 1979 PERJANJIAN PEMBATASAN WILAYAH LAUT MALAYSIA & THAILAND

Pada hari ini dalam tahun 1979, satu Perjanjian Pembatasan Wilayah Laut di antara Malaysia dan Thailand ditandatangani di Bilik Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Perjanjian itu ditandatangani oleh Perdana Menteri kedua-dua buah negara iaitu Datuk Hussein Onn bagi pihak Malaysia dan rakan sejawatnya dari Thailand, General Tun Kriangsak Chomanan.

Dua perkara penting dalam perjanjian itu ialah ;

  1. Kedua-dua buah negara bersetuju bahawa batasan sempadan laut wilayah Malaysia-Thailand, sekarang terdapat pertindihan yang perlu diasaskan kepada garisan terus yang terdapat dari tengah antara Pulau Terantau dan Pulau Langkawi;
  2. Sekiranya terdapat hasil-hasil bumi seperti petroleum atau gas asli atau sebarang bahan galian yang lain yang terdapat menganjur merentasi sempadan kedua-dua negara maka persetujuan perlu dicapai begi menentukan bagaimana bahan berkenaan dieksploitasi berdasarkan konsep perkongsian.

Perjanjian Pembatasan Wilayah Laut Malaysia-Thailand itu membawa erti yang besar ke atas hubungan dua hala kedua-dua negara. Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah sempadan laut tetapi juga membawa hubungan mesra sesuai dengan semangat ASEAN.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0DUmnpVerWxi7cPHM4cBfZoJCc57dvPjHzWokA1R3D8V5QmR9395VerF4c9jdGQpsl/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

20 OKTOBER 1909 PERJANJIAN PERLEMBAGAAN MAJLIS PERSEKUTUAN

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...