Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 8 June 2025

1 IMAM 2 MAKMUM

 
Poster Filem 1 IMAM 2 MAKMUM


Official Trailer 1 IMAM 2 MAKMUM

https://youtu.be/Pnj-Mv-PvV8?si=Zpq_XLqukcBlvfaB

Kisah Seorang Isteri Kedua Dalam Kehidupan Seorang Suami

Kisah rumah tangga bukanlah kisah yang seindah seperti kisah percintaan antara sepasang kekasih antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Akan tetapi, kisah rumah tangga bagi pasangan suami isteri adalah penuh dengan ranjau dan duri sepanjang tempoh masa perkahwinan sekiranya ikatan perkahwinan tersebut tidak dibubarkan sama ada bercerai hidup ataupun berpisah kerana berlakunya kematian.

Bagi seorang suami yang baharu sahaja kematian isteri yang tercinta sudah semestinya mengambil latar masa ataupun waktu yang begitu panjang untuk meredakan kesedihan yang tertanam dalam jiwa dan raga kepada isteri tercinta. Tidak mustahil juga, perkara yang sama berlaku kepada seorang isteri yang telah kematian suami. Kebanyakannya, isteri yang kematian suami, lebih tabah untuk membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi. Akan tetapi, jarang-jarang sekali berlaku, sekiranya suami yang telah kematian isteri mudah untuk terima kekosongan hati dengan menerima pasangan isteri yang baru dinikahi.

Rezeki, jodoh dan kematian itu adalah semuanya dalam rahsia dan pengetahuan daripada Yang Maha Esa. Namun begitu, sekiranya telah sampai jodoh untuk berumahtangga sekali lagi itu adalah pilihan yang dipilih oleh mereka yang meneruskan kehidupan tanpa kehadiran pasangan di sisi. 

Hubungan kekeluargaan yang erat dibina di dalam sebuah keluarga yang aman dan harmoni akan menjadi landasan yang kuat bagi mereka yang berusaha untuk teruskan kehidupan. Namun begitu, sekiranya seseorang individu itu sedang mengalami trauma kehidupan yang berat tanggungannya ketika itu, maka ujian daripada Yang Maha Esa itu akan dirasakan berat. 

Keredhaan ilahi terletak kepada keredhaan daripada restu ibu dan bapa. Sudah tentunya, seorang ibu yang memahami kondisi keadaan anak yang kesunyian hidup tanpa pasangan disebabkan telah meninggal dunia akan sentiasa mahu memastikan anak-anaknya hidup di dalam sebuah kebahagiaan selepas perkahwinan.

Selain itu, zuriat yang dilahirkan oleh seorang isteri adalah sebagai penguat ikatan perkahwinan antara suami dan isteri. Akan tetapi, bagi seorang suami yang telah pun mengikrarkan janji kepada dirinya sendiri untuk tetap setia kepada isteri pertama yang dinikahi itu akan menjadi beban sekiranya berlaku cinta yang berputik semula dengan isteri yang baharu, sama ada ini adalah perkahwinan monogami ataupun poligami.

Isteri yang solehah akan sentiasa mendoakan kebahagiaan suami yang soleh. Begitu juga seorang suami yang soleh akan mendoakan kebahagiaan isteri yang solehah. Oleh itu, jiwa seorang wanita yang sentiasa dibelenggu dengan perasaannya sendiri akan mudah menimbulkan cabaran bagi sesebuah perkahwinan sekiranya suami yang mengahwininya itu adalah seorang bapa tunggal. Bagi pihak suami pula, kehadiran isteri yang baharu seakan-akan memadamkan memori dan juga kenangan yang indah di antara dia dan isteri yang terdahulu.

Kesabaran seorang isteri yang melayari bahtera perkahwinan bersama suaminya akan menentukan kebahagiaan sehingga ke syurga. Golongan isteri yang solehah yang taat dan patuh kepada perintah suami akan dapat menerima ganjaran yang besar di sisi Allah Taala. Bagi seorang suami, jangan sama sekali membandingkan isteri yang baharu dengan yang lama. Ini adalah kerana, fitrah seorang wanita yang begitu halus jiwanya akan mudah terhakis sekiranya isteri tersebut merasa kekurangan dirinya sendiri apabila suaminya membandingkan dengan yang terdahulu. Cabaran mendirikan perkahwinan poligami juga adalah merangkumi cabaran yang telah dinyatakan seperti tadi.

Oleh itu, hanya kepada Allah Taala sahaja, jiwa dan raga kita sebagai manusia biasa haruslah diserahkan sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Aktiviti melakukan solat secara berjemaah sebenarnya mampu untuk mengeratkan hubungan antara suami, isteri dan anak-anak. Ini adalah contoh aktiviti terapi spiritual bagi Umat Islam yang dapat menguatkan semangat dan jiwa kita untuk menerima keadaan daripada ketentuan Qada dan Qadar seperti yang terkandung di dalam Rukun Iman yang keenam.

[DISCLAIMER]

Saya tak beberapa minat untuk ulas lebih lanjut lagi tentang aspek-aspek kekurangan dalam filem ini (sekiranya ada) kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini sudah mahir tentang isu tersebut. Saya menulis di sini sebab tertarik dengan faktor-faktor seperti :-

  1. Ini adalah penerbitan produksi filem daripada Negara Republik Indonesia
  2. Filem ini terdiri daripada nama-nama watak seperti Arman, Leila, Anika dan Yasmin juga watak kakak Arman dan juga Ibu Arman.
  3. Kisah filem ini mengangkat tema seorang bapa tunggal yang menghadapi dilema untuk menerima isteri baharu sebagai pengisi kesunyian hidupnya selepas 2 tahun kematian isteri pertama. Ini adalah filem dengan tema Drama Romantik.
  4. Pada awal babak filem ini, Arman telah diberitahu oleh ibunya untuk segera pulang ke rumah dan ada perkara penting untuk dibincangkan bersama. Setibanya di rumah, Arman telah disambut oleh anak perempuannya yang bernama Yasmin dan juga bakal isterinya yang bernama Anika.
  5. Anika adalah merupakan seorang penjaga dan juga pengasuh kepada Yasmin. Yasmin telah ditatang bagai minyak yang penuh oleh Anika selepas kematian ibunya yang bernama Leila dalam tempoh 2 tahun yang lepas. 
  6. Ketika sedang menjamu selera, kakak Arman seperti mengusik Arman sambil ingin menunjukkan video daripada rakaman terakhir daripada Leila. Arman lalu menolak. Selepas itu, ibunya telah menyatakan hasrat untuk melihat Arman untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan bakal isterinya yang bernama Anika.
  7. Arman keberatan untuk menerima cadangan daripada ibunya. Namun, dia tidak menolak untuk menikah isteri baharu sekiranya ia dapat membahagiakan ibu dan juga anaknya, Yasmin.
  8. Pada suatu hari, ibu Arman jatuh sakit akibat penyakit stroke buat kali kedua. Kali ini, sakitnya bertambah melarat sehingga mengakibatkan ibunya meninggal dunia.
  9. Arman sempat memberikan kata-kata terakhir kepada ibunya dan juga bersetuju untuk menikahi Anika.
  10. Arman melangsungkan perkahwinan dengan Anika pada hari yang sama dengan majlis pengkebumian ibunya.
  11. Selepas itu, Arman terus membawa Anika pulang ke rumah bersama anaknya Yasmin.
  12. Pernikahan Arman dengan Anika dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakan pejabat. Namun, apabila Yasmin perkenalkan ibu baharunya kepada majikan Arman, perkara ini tidak menjadi rahsia lagi.
  13. Babak awal yang sedih berlaku apabila Anika telah meminta untuk Arman menjadi imam dalam solat berjemaah bersama-sama Yasmin. Namun, Arman telah menolak ajakan tersebut dengan baik kerana masih belum bersedia. Selain itu, Anika telah ditempatkan di sebuah bilik tidur yang berasingan. Perkara ini membuatkan Anika mula memendam perasaan sedih yang mendalam kepada suaminya.
  14. Perkara ini tidak berhenti setakat itu, kerana Arman juga masih belum bersedia untuk perkenalkan Anika kepada rakan-rakan pejabat. Akan tetapi, pada babak akhir filem ini, Arman setuju untuk menjemput rakan-rakan pejabat untuk datang ke rumah. Kunci utama yang buatkan mereka minat untuk datang ke rumah Arman selepas mereka telah rasa air tangan iaitu masakan daripada Anika.
  15. Perkara kedua yang timbul kesulitan kepada Arman, ialah apabila Anika telah mengemaskan kawasan pokok bunga yang telah lama dibiarkan berselerak. Lalu, Anika bertanya kepada Arman, apakah perkara lain yang dia tak boleh lakukan di rumah selain ini? Arman tidak menjawab lalu terus pergi tinggalkan Anika. Namun, di sebalik tirai, Arman melihat Anika sedang sedih mengenangkan kejadian pada ketika itu.
  16. Pada babak yang lain, Arman telah hadir ke sekolah untuk melihat kepada pencapaian Yasmin dalam pelajaran. Guru di sekolah telah menegur Arman supaya tidak membiarkan Yasmin leka bermain gajet. Perkara ini telah mendapat persetujuan daripada Anika untuk memantau perkembangan Yasmin tanpa sibuk dengan aktiviti main gajet. Ketika ini, Arman dalam diam mengkagumi peribadi Anika dalam mendidik Yasmin.
  17. Selain itu, Anika juga telah menemani Yasmin untuk menziarahi kubur isteri pertama Arman, Leila. Selepas Yasmin tinggalkan kubur ibunya bersama dengan pemandu peribadi Arman, kelihatan, Anika seperti berbual-bual di hadapan kubur Leila. Selepas berdoa, Anika seperti meminta izin kepada Leila dan juga berjanji untuk menjaga Yasmin serta menjadi isteri yang terbaik buat Arman selepas ini.
  18. Dalam babak yang lain, Arman telah pun memperkenalkan isterinya Anika kepada rakan-rakan pejabat. Arman mendapat respons yang positif daripada rakan-rakan pejabat terutamanya isteri-isteri mereka yang selesa bergaul dengan Anika.
  19. Setelah mendapat kebenaran untuk bercuti daripada majikan, Arman berbulan madu bersama Anika dan Yasmin. Detik saat yang mencemaskan Arman, apabila Anika telah pengsan selepas menyelamatkan Yasmin daripada sengatan lebah. Anda boleh hayati babak ini yang telah menunjukkan permulaan Arman menerima kehadiran Anika dalam hidupnya kini.
  20. Saat paling sedih bagi Anika apabila dia mendapat tahu bahawa Arman masih lagi menyintai Leila pada babak akhir filem ini (boleh tonton sendiri untuk rasai babak dramatik). Apabila Anika mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah ibu Arman, ketika ini juga Arman telah merasai kehadiran Anika di sisinya yang tidak disedarinya selama ini. 
  21. Kakak Arman telah menunjukkan sebuah video rakaman kepada Anika sebagai tujuan untuk memulihkan hubungan yang keruh antara dia dengan suaminya, Arman. Sila rujuk semula point yang keenam. Di dalam video ini, telah ditunjukkan bahawa sebelum Leila meninggal, dia telah mendoakan di hadapan kakak dan ibunya bahawa, suaminya akan mendapat pengganti dirinya seperti bidadari. Anika dapat rasakan dia seperti mendapat kekuatan kerana telah diizinkan tuhan untuk menggantikan posisi tempat Leila sebagai isteri terkini buat Arman.
  22. Akhirnya mereka kembali menemui kebahagiaan hidup sebagai sebuah keluarga. TAMAT

Secara keseluruhannya konsep penceritaan yang terbaik daripada negara seberang dari Indonesia. Penulisan skrip yang terbaik serta lakonan yang menyakinkan khas kepada penonton yang menyukai elemen drama romantik seperti ini.

Sebagai penutup, sekiranya filem ini mempunyai sekuelnya, saya tetap berminat untuk menonton filem ini bersama keluarga saya.

P/S : Terima kasih sudi baca tulisan saya ini. Saya berikan rating penuh sebanyak 5/5 ⭐


Official Music Video Meiska - Lintasan Yang Sama 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...