Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 3 December 2022

29 NOVEMBER 1890 PERMULAAN SISTEM PENDIDIKAN BAGI KELUARGA DIRAJA KEDAH


29 November 1890 – Pada tahun 1890, satu perjanjian mengenai pengajaran bahasa Inggeris telah ditandatangani di antara kerajaan negeri Kedah dengan Encik Frank Powell, seorang guru terlatih kelulusan Maktab Perguruan Negeri Scotland. Perjanjian Di Antara Negeri Kedah Dengan Encik Frank Powell ini diwakili oleh baginda Sultan Kedah iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Shah, manakala Encik Frank Powell telah hadir sendiri bagi pihaknya.

Tujuan utama perjanjian ini ialah untuk melantik dengan rasmi Encik Frank Powell sebagai Guru bahasa Inggeris kepada keluarga Diraja Kedah serta menjadi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Kedah. Perjanjian yang mengandungi 7 perkara ini, antara lain menetapkan bahawa :-
  1. Encik Frank Powell terikat di dalam tugas-tugasnya dengan Kerajaan Kedah selama lima tahun mulai 9 April 1891.
  2. Encik Frank Powell akan dibayar gaji sebanyak $170/- sebulan berserta elaun kenderaaan (iaitu kuda) sebanyak $30/- sebulan, tempat tinggal percuma dan lain-lain kemudahan.
  3. DYMM Sultan Kedah berhak membatalkan dengan serta-merta keseluruhan perjanjian ini sekiranya, Encik Frank Powell di dapati bersalah, berkelakuan tidak baik atau gagal menurut perintah Sultan.
  4. Kedua-dua pihak yang terlibat berhak menamatkan perjanjian ini dengan cara mengeluarkan 3 bulan notis menyatakan hasratnya kepada pihak kedua. Tetapi sekiranya DYMM Sultan Kedah yang mengeluarkan notis seperti itu, Encik Frank Powell berhak mendapat gaji, perbelanjaan-perbelanjaan yang berkaitan serta tambang Kelas Pertama balik ke England di dalam kapal laut.
Perjanjian Encik Powell mengajar bahasa Inggeris kepada DYMM Sultan Kedah pada hari ini dalam tahun 1890, merupakan satu perjanjian yang bermakna memandangkan negeri Kedah pada masa itu, belum mempunyai sistem pendidikan formal. Dengan termeterainya perjanjian ini, bermulalah sistem pendidikan bagi keluarga Diraja Kedah.

#kedah #hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

12 NOVEMBER 1821 SERANGAN BALA TENTERA RAJA LIGOR KE ATAS NEGERI KEDAH


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...