Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 30 November 2022

26 NOVEMBER 1982 PERJANJIAN KERJASAMA DI ANTARA MALAYSIA DAN ROMANIA


Pada hari ini dalam tahun 1982, tiga perjanjian telah dimeteri di Bangunan Parlimen di antara Malaysia dan Romania untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala bagi kedua-dua negara. Perjanjian-perjanjian tersebut ialah Perjanjian Jaminan Pelaburan, Perjanjian mengelakkan Cukai Dua Kali dan Perjanjian Perkhidmatan Udara. Malaysia diwakili oleh Menteri Luar, Tan Sri Ghazali Shafie dan Romania telah diwakili oleh Timbalan Perdana Menterinya, Encik Ion Nocolae.

Majlis perjanjian disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed dan Presiden Romania, Encik Nocolae Ceausescu. Dibawah Perjanjian ini Malaysia dan Romania bersetuju untuk menambahkan hasil eksport disamping menggalakkan projek usahasama di bidang perindustrian. Dengan termeterinya perjanjian ini, telah membuka ruang untuk Malaysia memperluaskan pasaran hasil keluaran negara ke negara luar.

#harinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

26 OKTOBER 2009 PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS MALAYSIA & NEW ZEALAND


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...