Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 26 October 2022

26 OKTOBER 2009 PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS MALAYSIA & NEW ZEALAND

Pada hari ini dalam tahun 2009, majlis menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) diantara Malaysia dan New Zealand, berlangsung di Kuala Lumpur. Malaysia diwakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed manakala New Zealand diwakili oleh Menteri Perdagangannya, Tim Groser. Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri New Zealand, John Key.

Berikutan pemeteraian perjanjian ini, Malaysia berharap negara ini menjadi pilihan pelabur-pelabur negara New Zealand bukan sahaja dalam perdagangan di negara ini sebaliknya dapat melihat Malaysia sebagai pintu pasaran negara Asean. Tambahnya, Malaysia juga berminat untuk bekerjasama dalam bidang alam sekitar berdasarkan rekod cemerlang negara itu dalam bidang berkenaan. Perjanjian perdagangan ini menjadi mercu tanda penting dalam peningkatan perdagangan serta pelaburan bagi kedua-dua negara disamping memperkukuhkan hubungan tradisi yang sedia terjalin.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

06 OKTOBER 1964 RUNDINGAN PERJANJIAN UDARA MALAYSIA & NEW ZEALAND

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...