Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 26 October 2022

26 OKTOBER 2008 PEMASYHURAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN YANG KE-11

 

Pada hari ini dalam tahun 2008, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Almarhum Tuanku Jaafar  Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, yang mangkat  pada 27 Disember 2008. Pengumuman pemasyhuran tersebut dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak pada pukul 3.45 petang di majlis penuh istiadat, bertempat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti. DYMM Tuanku Muhriz sebelum ini merupakan Tunku Besar Seri Menanti. 

Turut hadir pada istiadat tersebut  ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; kerabat diraja Negeri Sembilan; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri. Istiadat pemasyhuran yang dimulakan dengan tembakan meriam 32 das diteruskan sebaik sahaja kesemua Putera Yang Empat, Anak Raja Bergelar, Tunku Besar Tampin, Undang Yang Empat memasuki Balairung Seri.

Sejurus semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz, persembahan Mas Manah disampaikan oleh Mubarak, serentak itu tembakan meriam 21 das dilepaskan menandakan termasyhur baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara



Pautan artikel lain yang berkaitan :-

TANJUNG TUAN JAJAHAN SUNGEI UJONG


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...