Pada hari ini dalam tahun 1964, rundingan mengenai perjanjian udara di antara Malaysia dengan New Zealand telah dimulakan. Perjanjian itu bertujuan untuk mengukuhkan rangkaian perhubungan pertahanan dan perdagangan antara kedua negara. Dengan perjanjian itu syarikat penerbangan Malaysia akan diberikan hak mendarat di New Zealand. Begitu juga dengan syarikat penerbangan New Zealand, diberi hak yang sama untuk mendarat di Malaysia. Semasa rundingan perjanjian diadakan,
Malaysia diwakili oleh Menteri Pengangkutan, Dato’ Sardon Jubir, Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Raja Azam bin Raja Kamarulzaman, Pengarah Penerbangan, Encik S.W.F Palmer dan Pegawai dari Kementerian Pengangkutan, Encik Saw Huat Lye. Manakala New Zealand diwakili oleh Pesuruhjaya Tingginya, Encik R.H. Wade dan Pengarah Agong Jabatan Penerbangan Awam, Encik Bruce Rae. Sesungguhnya perjanjian tersebut akan dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia wujud di samping usaha-usaha ke arah memperluaskan perusahaan pelancongan di kedua-dua negara.
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment