Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 20 September 2022

19 SEPTEMBER 1957 PERJANJIAN PERTAHANAN BRITAIN DAN KERAJAAN MALAYA

Pada hari ini dalam tahun 1957, kertas putih yang mengandungi Perjanjian Pertahanan antara Britain dengan Kerajaan Persekutuan telah diterbitkan serentak. Kandungan perjanjian yang mengandungi 12 fasal ini telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Undangan setelah dibahaskan selama dua hari. Perjanjian ini telah menggariskan bantuan-bantuan yang akan diberikan oleh pihak kerajaan Britain kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Antara kandungannya ialah Britain bersetuju untuk memberi bantuan yang dikehendaki bagi pertahanan luarnya dan membantu serta berusaha untuk memajukan anggota pasukan bersenjata Persekutuan.

Berikutan daripada itu juga pihak kerajaan Persekutuan pula, bersetuju untuk memberi kebenaran kepada kerajaan Britain untuk menempatkan tentera darat, laut dan udaranya termasuk tentera khas Komanwel ke negara ini. Dato’ Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Persekutuan dalam kenyatannya telah menyatakan bahawa perjanjian tersebut adalah mustahak bagi membolehkan kerajaan menumpukan perhatian kepada usaha-usaha memperbaiki keadaan ekonomi dan sosial negara.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

18 SEPTEMBER 1963 PEMBENTUKAN MAJLIS PERTAHANAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...