Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 20 September 2022

19 SEPTEMBER 1963 PEMBUKAAN PUSAT LATIHAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN

 

Pada hari ini 19.9.1963, Pusat Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Kewangan New Zealand, En. David C. Seath (gambar). Pusat Latihan ini ditubuhkan di bawah program bantuan teknik New Zealand dan rancangan Colombo bagi menggantikan Pusat Latihan yang ditubuhkan di Port Dickson dalam tahun 1959. Pada tahun 1959 satu pusat latihan pertama telah pun ditubuhkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kursus yang diberikan tidaklah menyeluruh dalam bentuk pengurusan pembangunan tetapi hanya meliputi kursus-kursus seperti pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan dan kerajaan tempatan. Keperluan latihan untuk pegawai-pegawai Pentadbiran Melayu terus diberi tumpuan dari semasa ke semasa sehinggalah tertubuhnya Pusat Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan pada hari ini dalam tahun 1963 iaitu dengan bantuan Kerajaan New Zealand dan Rancangan Colombo.

Kursus yang ditawarkan oleh Pusat Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan ini tidak banyak berbeza dengan kursus yang diadakan di Pusat Latihan di Port Dickson dahulu. Latihan umum telah diberi penekanan semenjak zaman penjajah lagi, iaitu bakal-bakal pegawai terutamanya pegawai-pegawai di peringkat daerah telah pun diberi latihan di dalam bentuk 'pre-entry training' di Maktab Melayu Kuala Kangsar dalam tahun 1920-an dan 1930-an. Pegawai-pegawai yang belum memasuki perkhidmatan tersebut telah diberi latihan dalam bentuk 'attachment' ataupun 'under study' terutamanya di Colonial Office, United Kingdom. Malah selepas merdeka latihan dalam bentuk 'attachment' atau 'under study' ini telah diperhebatkan lagi terutamanya apabila proses 'Malayanization' diberi keutamaan.

#arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

18 SEPTEMBER 1937 PENUBUHAN PERSATUAN MELAYU PERAK


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...