Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 11 October 2022

06 OKTOBER 1951 SIR HENRY LOVELL GOLDSWORTHY GURNEY MATI DIBUNUH KOMUNIS

Pada hari ini dalam tahun  1951, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney telah mati terbunuh dalam satu kejadian serang hendap oleh pengganas-pengganas komunis.  Tragedi  ini berlaku  di  Batu 56 1/2,  Jalan  Kuala  Kubu  Bharu  ke  Bukit  Fraser.  Beliau yang  berusia 53 tahun, adalah  bekas Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestin. Kemudiannya, dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948 bagi menggantikan Sir Edward Gent.  Sewaktu kejadian, beliau  bersama  isterinya  Puan  Gurney  dan  Setiausaha Peribadinya, D. J. Staples  dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke  Bukit  Fraser  kerana  urusan  rasmi  dan  untuk  berehat.  


Kereta  Roll  Royces  beliau  telah  dipandu  oleh  Konstable  Mohd.  Din.  Ketika  sedang mengambil  selekoh  S  kira-kira  8  batu  dari  Bukit  Fraser,  tiba-tiba mereka menjadi sasaran peluru  tembakan  komunis.  Pasukan keselamatan telah berjaya menangkap dan membunuh  semua  anggota  dan  ketua gerombolan komunis yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Gurney.  Upacara pengkebumian telah dilakukan di  Perkuburan  Kristian  Jalan  Cheras  pada 8 Oktober 1951 dengan  penuh kehormatan. 


#hariinidalamsejarah #akribnegara


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Kisah Pembunuhan Henry Gurney


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...