Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 5 July 2014

KISAH PEMBUNUHAN HENRY GURNEY

Arkib : 06 Julai  2014


KERETA Rolls Royce yang dinaiki Henry Gurney ketika diserang hendap pengganas komunis pada 1951.

MELIHAT papan tanda di salah satu selekoh kira-kira tiga kilometer dari Gap mengingatkan kita dengan peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney pada 6 Oktober 1951.

Henry Gurney mati ditembak dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis ketika dalam perjalanan bersama isteri dan setiausaha peribadinya, D. J Staples menuju ke Bukit Fraser.

Mengulas peristiwa itu, pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Dr. Ho Hui Ling berkata, nama Henry Gurney semakin menonjol apabila beliau terkorban dalam serangan tersebut.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang, ketika kereta Rolls Royce yang dinaikinya dengan diiringi oleh kenderaan pasukan keselamatan melalui satu selekoh, sekumpulan pengganas komunis yang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran telah melepaskan beberapa das tembakan.

"Untuk sebab yang tidak jelas, Henry Gurney dikatakan telah keluar dari kereta lalu bergerak mendekati tepi jalan dan pada ketika itulah beliau menjadi sasaran peluru komunis.

Sementara isteri dan setiausaha peribadinya yang berada dalam kereta terselamat daripada menghadapi kecederaan," katanya.

Menurutnya, kejadian pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh orang kuat pengganas komunis di Pahang iaitu Siu Chong dari Rejimen Keenam Parti Komunis Malaya (PKM) dan Siu Mah.

Katanya, Henry Gurney dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British bagi Tanah Melayu yang kedua selepas Sir Edward Gent dan berkhidmat hanya tiga tahun bermula Oktober 1948.

Perlantikan beliau merupakan titik peralihan penting dalam usaha menangani kegiatan pengganas komunis yang giat melakukan keganasan dan kemusnahan sekali gus menyebabkan banyak kecederaan dan kematian ketika zaman darurat.

"Beliau adalah individu yang memulakan dan melaksanakan pelbagai langkah politik, sosial dan ketenteraan dalam usaha menyekat pergerakan komunis.

"Walaupun berjaya melemahkan pergerakan komunis semasa era pentadbirannya, namun beliau sendiri kemudian menjadi korban keganasan komunis," katanya.


-----------------------------------------------------


Kawasan tempat pembunuhan Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 di laluan Kuala Kubu Baru - Bukit Fraser, Selangor


-------------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

06 OKTOBER 1951 SIR HENRY LOVELL GOLDSWORTHY GURNEY MATI DIBUNUH KOMUNIS


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...