Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 30 November 2022

26 NOVEMBER 1976 PUSAT PENYELIDIKAN TEKNOLOGI GETAH DI SUNGAI BULOH

 

Pada hari ini dalam tahun 1976, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Pusat Penyelidikan Teknologi Getah di Sungai Buloh, Selangor. Pusat penyelidikan berharga RM10 juta ini diharap dapat mempertingkat dan melipatgandakan penggunaan getah asli yang dikeluarkan di negara ini. Pusat ini yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden bagi memproses, menguji bahan dan penyelidikan teknologi, bukan saja dapat mempercepatkan kemajuan tetapi juga mengadakan khidmat nasihat kepada ahli perusahaan getah.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya menggesa sektor perusahaan Malaysia supaya sentiasa berusaha menambahkan penggunaan getah asli hingga kira-kira 300,000 tan menjelang tahun 1990. Beliau juga berharap Malaysia akan bertambah maju dalam bidang perusahaan dengan adanya pengilangan barang-barang yang menggunakan getah sebagai bahan mentah. Dengan adanya pusat baru ini telah membuktikan keazaman Malaysia untuk memajukan pengilangan pengeluaran getah yang menguntungkan di negara ini.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

29 OKTOBER 1976 PEMBUKAAN BANGUNAN BARU PEJABAT RISDA DI KELANTAN


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...