Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 30 November 2022

25 NOVEMBER 1984 PENUBUHAN 'KURSI TUNKU ABDUL RAHMAN'

 

Pada hari ini dalam tahun 1984, Menteri Pelajaran, Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi, mengumumkan penubuhan ‘Kursi Tunku Abdul Rahman’ bagi Pengajian Undang-undang Antarabangsa, Universiti Malaya di Majlis Malam Yayasan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj turut berangkat hadir ke majlis. Usaha penubuhan ‘Kursi Tunku Abdul Rahman’ telah dimulakan oleh Yayasan ini sejak tahun 1983 sebagai hadiah kepada Bapa Kemerdekaan ini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 80 pada 8 Februari 1983.

Sejak dari penubuhannya, Yayasan ini telah menyerahkan hasil kutipan derma dan sumbangan daripada pelbagai pihak berjumlah RM1 juta kepada Universiti Malaya pada 5 Januari 1985. Profesor Ian Campbell MacGibbon telah dilantik sebagai pemegang pertama kursi tersebut oleh Majlis Universiti Malaya pada Jun 1985. Penubuhan kursi ini merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk mengenang jasa bakti dan sumbangan tokoh negarawan ulung ini.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

25 NOVEMBER 2008 ANUGERAH MERDEKA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...