Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 29 October 2022

29 OKTOBER 1976 PEMBUKAAN BANGUNAN BARU PEJABAT RISDA DI KELANTAN

 

Pada hari ini dalam tahun 1976, bangunan baru bagi Pejabat RISDA Wilayah Kelantan telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Perusahaan Utama, YB Dato Musa Hitam. Bangunan baru ini terletak di Batu 1 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, YAB Dato Haji Mohamed Nasir. Pejabat Risda Wilayah bertanggungjawab ke atas perancangan dan pengeluaran semua perlaksanaan rancangan dan projek-projek RISDA peringkat Negeri, terutama berkaitan dengan pekebun-pekebun kecil.

Sebagai sebuah agensi yang ditubuhkan khas bagi mengendali dan memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada pekebun-pekebun kecil, RISDA juga menjalankan usaha-usaha untuk memodenkan sektor pekebun kecil melalui penyelidikan, pembaharuan-pembaharuan, penanaman semula, membekalkan benih yang bermutu, baja, memproses dan memasarkan hasil-hasil getah pekebun kecil. Menteri Besar Kelantan semasa berucap di majlis yang sama mengingatkan pekebun-pekebun kecil supaya memanfaatkan segala kemudahan dan bantuan yang disalorkan oleh Kerajaan dengan sebaik mungkin, supaya hasil yang akan diperolehi kelak akan lebih menguntungkan.

Dengan perasmian bangunan baru ibu pejabat Wilayah RISDA di Kelantan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi hasil keluaran getah oleh pekebun-pekebun kecil. Selain daripada itu, usaha ini amat bersesuaian dengan matlamat dan objektif penubuhan RISDA iaitu untuk turut membangun dan meninggikan taraf sosio-ekoomi pekebun-pekebun kecil getah.

#hariiinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

21 OKTOBER 1981 PERASMIAN IBU PEJABAT RISDA DI KUALA LUMPUR


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...