Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 21 October 2022

21 OKTOBER 1981 PERASMIAN IBU PEJABAT RISDA DI KUALA LUMPUR

 

Pada hari ini dalam tahun 1981, ibu pejabat RISDA yang terletak di Batu 4 , Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah. Sebelum berpindah ke bangunan ibu pejabat ini, RISDA menyewa dua tingkat Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang dan beberapa tempat yang berdekatan Jalan Ampang. Tapak ibu pejabat RISDA ini telah dibeli pada 4 Oktober 1973 dengan harga RM2.4 juta. Ibu pejabat yang digunakan sepenuhnya pada tahun 1980 ini menelan belanja pembinaan sebanyak RM17.8 juta.

Ia terdiri daripada bangunan setinggi 15 tingkat yang berhadapan dengan Jalan Ampang dan setinggi 6 tingkat di belakangnya. Reka bentuk bangunan ini dicipta berasaskan kegunaan dan ciri-ciri masyarakat pekebun kecil di 13 negeri di Malaysia, iaitu bentuk yang sama bagi setiap tingkat yang bermaksud tanggungjawab RISDA kepada pekebun kecil adalah sama walaupun di mana mereka berada. Tunggak menara di tengah-tengah kedua-dua bangunan melambangkan keteguhan getah dan skop yang penting dari segi kehidupan pekebun-pekebun kecil dan keluarga mereka serta ekonomi negara.

Tiga tiang di anjung bangunan membawa maksud bahawa perusahaan getah adalah bergantung kepada tiga faktor, iaitu pokoh getah yang sihat, tenaga manusia serta pemasaran dan perkilangan yang memberi faedah kepada tenaga manusia tersebut.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

03 OKTOBER 1877 POKOK-POKOK GETAH PERTAMA DITANAM DI KUALA KANGSAR


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...