Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 21 October 2022

21 OKTOBER 1961 MENGEMASKINI SISTEM PELAJARAN KEBANGSAAN

Pada hari ini dalam tahun 1961, Rang Undang-undang Pelajaran yang baru telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Rang Undang-undang itu didasarkan kepada Penyata Rahman Talib dan bertujuan mengemaskinikan Sistem Pelajaran Kebangsaan. Rang Undang-undang itu telah dibentangkan oleh Menteri Pelajaran, Encik Abdul Rahman Talib, kemudiannya diluluskan setelah 2 hari dibahaskan di Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Rang Undang-undang itu tidak ada perubahan asasi dengan Penyata Razak 1956 dan Undang-undang Pelajaran 1957.

Rang Undang-undang tersebut juga diasaskan kepada sistem persekolahan yang sama bagi semua, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan dan kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan. Rang Undang-undang itu antara lainnya bertujuan untuk menubuhkan satu sistem Pelajaran Kebangsaan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

Beberapa perkembangan telah dimasukkan ke dalam Rang Undang-undang itu antaranya seperti : 
  • Melebihkan had umur berhenti sekolah,
  • Menubuhkan sekolah rendah lanjutan,
  • Menubuhkan Majlis Bersekutu Kebangsaan Semula bagi guru-guru sebagai badan perunding, dan
  • Memperkemaskan peraturan mengenai pelajaran Agama Islam dalam sekolah yang mendapat bantuan penuh kerajaan.
Dengan lulusnya Rang Undang-undang itu pada hari ini dalam tahun 1961, maka sistem pelajaran di negara ini semakin bertambah baik dan merupakan satu piagam untuk perpaduan dan kemakmuran negara.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

19 OKTOBER 1968 ABDUL RAHMAN TALIB MENINGGAL DUNIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...