Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 19 October 2022

19 OKTOBER 1968 ABDUL RAHMAN TALIB MENINGGAL DUNIA

Pada hari ini dalam tahun 1968, tokoh negara, Abdul Rahman Talib, meninggal dunia di Kaherah sewaktu bertugas sebagai Duta Malaysia ke Mesir. Allahyarham terkenal sebagai tokoh pendidikan yang gigih berusaha memajukan dasar pelajaran kebangsaan. Semasa menjadi Menteri Pelajaran, Allahyarham diberi tanggungjawab membentuk sebuah jawatankuasa bagi mengkaji Penyata Pelajaran Razak 1956 dan dari hasil kajian itu maka lahirlah Penyata Pelajaran Rahman Talib.

Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Malaya pada 1962 atas sumbangannya dalam bidang pendidikan. Allahyarham merupakan salah seorang barisan Jemaah Menteri Persekutuan pertama yang dilantik selepas merdeka. Selain Menteri Pelajaran, Allahyarham turut memegang beberapa portfolio lain iaitu Menteri Pengangkutan, Menteri Perdagangan dan Industri dan Menteri Kesihatan. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan jasa bakti beliau terutama dalam bidang pendidikan akan terus dikenang.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0pFt4cMmcU11ia7g4yymHtFNQXsMnwVkijk4h5J75EE3Bpf9D3GQQFf1dUt3ti9ATl/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Hanya Rahman Talib boleh tundukkan Dong Zong

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/06/hanya-rahman-talib-boleh-tundukkan-dong.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...