Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 21 October 2022

21 OKTOBER 2009 PELANCARAN PROJEK MENAIK TARAF KERETAPI BUKIT BENDERA

Pada hari ini dalam tahun 2009, Projek Menaik Taraf Keretapi Bukit Bendera telah dilancarkan. Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera yang berusia hampir 100 tahun ini disenaraikan untuk dinaik taraf bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatannya. Projek naik taraf yang bernilai RM63 juta ini dijangka siap dalam tempoh 10 bulan. Projek ini merangkumi penyediaan landasan baru, sistem kabel dan keretapi yang lebih laju dan kapasiti penumpang ditingkatkan kepada 1,000 orang sejam berbanding 280 orang ketika ini.

Penumpang tidak perlu menukar gerabak untuk sampai ke puncak Bukit Bendera apabila projek ini disiapkan. Dalam tempoh pelaksanaan projek ini, kenderaan khas akan disediakan untuk kegunaan penduduk-penduduk yang tinggal di Bukit Bendera. Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera ini menjadi salah satu ikon pelancongan di Pulau Pinang khasnya dan Negara amnya. Projek naik taraf ini dapat menaikkan lagi imej Bukit Bendera sebagai destinasi pelancongan terkemuka di negara ini.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02Na37E3hHjb7wfTYyTLww3qYbS6SyB5N2Zr8cK991bQ6vbXWBbSsEGukeMAUkgYvJl/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

16 OKTOBER 1965 PERASMIAN JAMBATAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/10/16-oktober-1965-perasmian-jambatan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...