Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 21 October 2022

21 OKTOBER 1976 PERASMIAN MUZIUM SULTAN ABU BAKAR DI PEKAN PAHANG

Pada hari ini dalam tahun 1976, Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, telah berkenaan merasmikan Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang. Muzium ini mengambil nama sempena nama ayahanda Baginda, Sultan Abu Bakar sebagai mengenang dan menghargai jasa dan khidmat bakti baginda yang telah memerintah Negeri Pahang lebih daripada 41 tahun. Bangunan Istana Kota Beram diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk dijadikan muzium ini yang merupakan muzium pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. 

Muzium yang mempamerkan bahan-bahan berunsur seni budaya serta cara hidup tradisi rakyat negeri Pahang ini diharap dapat menghidupkan kembali keagungan Bandar Diraja Pekan yang penuh dengan riwayat dan kenangan sejarah disamping menjadi pusat pengkajian sejarah dan kebudayaan Negeri Pahang untuk generasi akan datang. 

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

20 OKTOBER 1977 PERASMIAN BANGUNAN STESEN PEMANCAR RADIO RTM


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...