Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 21 October 2022

20 OKTOBER 1977 PERASMIAN BANGUNAN STESEN PEMANCAR RADIO RTM

 

Pada hari ini dalam tahun 1977, Sultan Pahang, DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah merasmikan pembukaan Bangunan Stesen Pemancar Radio (RTM) di Kuala Lipis. Menteri Penerangan, YB Datuk Amar Haji Abdul Taib Mahmud semasa menyampaikan ucapannya di upacara perasmian menerangkan tujuan kerajaan menyediakan alat-alat penyiaran radio dan TV ke seluruh negara, baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak adalah supaya siaran-siaran radio dan TV bagi siaran di dalam dan ke luar negeri dapat disiarkan serentak ke seluruh negara.

Dengan cara ini juga proses pembangunan negara yang pesat pada masa ini dapat difahami oleh rakyat dan reaksi rakyat diketahui oleh kerajaan, ini kerana tindak balas antara rakyat dan kerajaan adalah menjadi sendi kejayaan bagi semua usaha pembangunan negara. Menteri Penerangan juga dalam ucapannya menerangkan bahawa radio mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam membantu menjayakan rancangan-rancangan kerajaan terutamanya kepada penduduk desa dan kampung, kawasan perladangan dan kampung-kampung nelayan.

Ia juga dapat melahirkan hubungan dua hala antara rakyat dan kerajaan. Sesungguhnya bangunan baru RTM yang memiliki pemancar berkuasa 20 kilowat dan merangkumi kira-kira 40 batu keliling kawasan Kuala Lipis, Raub dan Benta telah dapat membantu kerajaan dalam usaha menyampaikan maklumat mengenai pembangunan negara dengan lebih cepat dan berkesan kepada rakyat di segenap pelusuk negeri.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

08 OKTOBER 1887 PERJANJIAN INGGERIS DENGAN PAHANG


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...