Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 19 October 2022

19 OKTOBER 2011 PERASMIAN MENARA BANK ISLAM DI KUALA LUMPUR

Pada hari ini dalam tahun 2011, Menara Bank Islam yang terletak di Jalan Perak, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Hadir sama dalam majlis ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim serta Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor dan Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Zamani Abdul Ghani.

Menara setinggi 34 tingkat dan bernilai RM151 juta itu dibina di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan diuruskan oleh Kumpulan TH Properties, anak syarikat Lembaga Tabung Haji. Menara Bank Islam ini menjadi monumen yang menjulang tinggi kepada pencapaian komuniti Islam hari ini dan mempamerkan keupayaan pelbagai organisasi Islam di negara ini dalam usaha membangunkan projek tanah waqaf secara komersial yang pertama di tengah-tengah kawasan "Segitiga Emas" di Kuala Lumpur.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...