Pada hari ini dalam tahun 1995, Sambutan Jubli Emas di bawah pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah diadakan di Perlis. Dalam titah perutusannya, Baginda menasihatkan rakyat supaya terus memelihara perpaduan dan keharmonian kaum bagi menjamin Negara terus aman, maju dan makmur menuju tahun 2020 dan dekad yang akan menjelang khususnya untuk generasi yang bakal menerajui kepimpinan negara di masa hadapan.
DYMM Tunku Syed Putra diputerakan pada 25 November 1920 di Arau, Perlis. Baginda menaiki takhta kerajaan Perlis pada 4 Disember 1945. Baginda merupakan raja yang paling lama bertakhta di negeri Perlis. Sesungguhnya, sambutan ini amat besar ertinya kepada rakyat Perlis bukan hanya kerana kemakmuran negeri ini tetapi sebagai mengenang jasa-jasa Baginda sebagai seorang raja yang berdaulat dan dihormati serta dicintai oleh seluruh rakyat. Pada 16 April 2000 Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail, 79, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak 21 Mac..
#Perlis
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment