Pada hari ini dalam tahun 2010, Datuk Dr. Haron Din diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Anugerah tersebut disampaikan oleh wakil Sultan Selangor, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Anugerah diberi berdasarkan sumbangan serta peranan aktif Datuk Haron Din dalam membangunkan Islam di negeri ini. Datuk Haron Din merupakan bekas pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau banyak menghasilkan buku-buku keagamaan yang berfokus dalam bidang akidah dan tassawur Islam. Beliau juga sangat aktif dalam aktiviti persatuan, politik dan bukan politik serta menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat tertinggi di dalam dan di peringkat antarabangsa selain sering dijemput untuk membentangkan kertas kerja di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Anugerah Tokoh Maal ini amat bermakna buat para pendakwah di negara ini dan umat Islam keseluruhannya.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
DR HARON DIN TOKOH PENYATUAN UMMAH
https://normanhafizi.blogspot.com/2016/10/dr-haron-din-tokoh-penyatuan-ummah.html
No comments:
Post a Comment