Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun sah bergelar Perdana Menteri ke-10, namun..jangan kita lupakan jasa pemimpin terdahulu.
#PilihanMalaysia #PM10
Senarai terkini Perdana Menteri Malaysia.
Terbaharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10.
24 November 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.
Pada sesi Perbincangan Khas yang berlangsung bermula pada 11.00 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 lepas.
Perbincangan Khas itu adalah juga bertujuan bagi Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.
(Sila rujuk kenyataan media Istana Negara untuk maklumat lanjut.)
#Royal #malaysia
24 NOVEMBER 2022 - KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA
Rujukan penuh di sini :-
Benarlah Firman ALLAH.
ALLAH beri kekuasaan kepada sesiapa yang ALLAH kehendaki, dan ALLAH cabut kekuasaan dari sesiapa yang ALLAH kehendaki. Kalah pilihanraya pun ALLAH takdirkan BN jadi kerajaan.
Kingmaker pulak tu..
Selamat tinggal geng² Broker..
Timbalan Presiden PKR turut mengaminkan doa sewaktu doa dibacakan semasa berlangsungnya upacara angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia Ke 10
24 November 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia YAB Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di Istana Negara, hari ini.
Istiadat yang berlangsung pada jam 5.00 petang di Singgahsana Kecil Istana Negara disaksikan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali.
Hadir sama pada istiadat itu, Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Azhar Azizan Harun dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Bin Harun.
Turut hadir pemimpin parti komponen Pakatan Harapan iaitu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.
Turut hadir, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan serta keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
#royal #malaysia #istananegara #pm10
Malaysia Swears in Anwar Ibrahim as New Prime Minister
--------------------------------
TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
"Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.
Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta."
Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong berkenan untuk mengambil foto rasmi bersama Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri dan keluarga usai Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada Khamis.
"Hakikatnya, rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara.
Ahli-ahli Dewan Rakyat diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat."
Petikan daripada kenyataan media KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, bertarikh 24 November 2022
Daulat Tuanku.
Kami yang menurut perintah dan menjunjung kasih atas keputusan yang telah tuanku putuskan.
29 November 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Istana Negara, pada petang hari ini.
Sesi menghadap yang bermula pada jam 5.00 petang itu merupakan yang kali pertama buat YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 di istiadat pada 24 November lepas di Istana Negara.
#royal #malaysia #istananegara
Gambar penuh di sini :-
--------------------------------
29 November 2022 : Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri
Pagi ini bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan penjawat awam di Putrajaya. Kami berkumpul untuk perhimpunan bulanan, dan ini merupakan pertemuan sulong saya bersama mereka.
Saya diapit Peguam Negara Tan Sri Idris Harun dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.
Saya singkap pencapaian yang pernah kita capai di masa lalu, dan ia tidak mungkin tercapai tanpa dukungan penuh penjawat awam yang menjadi tunggak penting.
Saya turut menegaskan bahawa budaya lama pemerintah yang meluluskan projek tanpa tender serta kebocoran dan ketirisan yang berleluasa mesti dihentikan.
Rakyat sedang menunggu perubahan yang ingin dibawa, dan saya ingin mengajak penjawat awam yang saya anggap sebagai wahana ke arah perubahan untuk bersama saya dalam satu pasukan yang kuat dan jitu demi pertiwi.
Perjumpaan Y.A.B. Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri
--------------------------------
Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Terpilih Yang Pernah Dipenjara 2 Kali
8 Sejarah Tercipta Di Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia
Antara sejarah tercipta di PRU kali ini ‼️
- Kali pertama dalam sejarah PM mempunyai isteri yang juga seorang ahli parlimen.
- Kali pertama juga dalam sejarah, PM dan isteri pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada orang yang sama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Kali pertama juga dalam sejarah kerajaan tak boleh dibentuk kerana tiada parti menang majoriti mudah.
- Kali pertama juga dalam sejarah; Kerajaan yang dibentuk adalah dalam bentuk gabungan dari kawan - musuh utama sebelum PRU.
- Kali pertama dalam sejarah DYMM Tuanku YDPA meminta kerajaan yang dibangunkan kali ini adalah dalam bentuk perpaduan.
- Kali pertama dalam sejarah, Ahli Parlimen terbanyak dimenangi oleh PAS sebanyak 49 kerusi dengan jumlah undi terbanyak iaitu 2,600,492 undi.
- Kali pertama dalam sejarah, anak muda berumur 18 tahun boleh memilih kerajaan hari ini.
- Kali pertama ada dua ‘Azizah’ dalam satu Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia (Permaisuri Agong & isteri Perdana Menteri)
Kredit: @jllmisai (Twitter)
Barisan Nasional : Malaysia Negara Maju Bersepadu
BN yang menurut perintah,
Titah AGONG HARUS DIJUNJUNG
Bentuk kerajaan perpaduan
Perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia
BN mendukung Perlembagaan Negara dan Menjunjung Titah Yang Di-Pertuan Agong
1. Alhamdulillah kemelut pelantikan Perdana Menteri telah diselesaikan secara arif lagi bijaksana oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan telus dan berwibawa.
2. Pertimbangan ini berlunaskan perlembagaan negara berdasarkan peruntukan mengikut Perkara 43(2)(a) menetapkan dua syarat lantikan Perdana Menteri.
"Pertama, seseorang itu hendaklah ahli Dewan Rakyat, maksudnya seseorang itu memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU).
"Kedua, seseorang itu hendaklah pada hemat Yang di-Pertuan Agong mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Maka, baginda perlu berkeyakinan dalam keputusan bahawa seseorang itu mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
3. Terdapat pelbagai proses dilakukan secara ketat bagi memenuhi kriteria tersebut termasuk memanggil mengadap ketua-ketua blok parti.
4. BN mula-mula membuat keputusan untuk menjadi pembangkang, kemudian berkecuali dan akhirnya menyerahkan 30 kerusi untuk pertimbangan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong untuk menentukannya. Begitu juga GPS dan GRS.
5. Hal ini berlaku selepas Yang Dipertuan Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.
Maka BN menjunjung titah tersebut dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti.
BN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama.
6. Sebelum itu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atau apa-apa bentuk kerajaan lain yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.
7. Apabila BN bersetuju menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, maka proses-proses berkaitan dilaksanakan oleh pihak Istana Negara.
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara berkaitan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 turut diadakan bagi memastikan ketelusan berlangsung sebelum memuktamadkan keputusan.
8. Apabila pelantikan Perdana Menteri ke-10 sudah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka semua pihak perlu menghormati keputusan dan kebijaksanaan tersebut.
9. Tidak perlu lagi pihak mempertikaikan keputusan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara. Janganlah umpama rumah siap, pahat berbunyi.
10. Marilah kita sama-sama menjunjung titah dan menghormati perkenan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan negara.
11. Kita perlu bergerak ke depan dan bersama-sama membina negara ke arah kemakmuran dan kestabilan.
12. Berdasarkan prinsip menjunjung titah menghormati pelantikan Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-pertuan Agong, Insya Allah BN akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri agar keabsahan Perdana Menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikai akan senyap.
13. Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko Perdana Menteri baharu, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagj menyokong pembentukan kerajaan baharu ini.
#DaulatTuanku #MenjunjungTitahYDPA
29 Rabi'ulakhir 1444H
Khamis 4.00pm
UMNO BN TERAS KERAJAAN PERPADUAN
- Kerajaan Perpaduan bukanlah kerajaan PH. Kerajaan Perpaduan juga bukan kerajaan BN.
- Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang dibentuk hasil TITAH DYMM SPB YDPA dan disahut oleh pelbagai pimpinan parti politik yang cintakan kestabilan & kemakmuran rakyat dan negara.
- Kerajaan Perpaduan tidak disertai oleh para pemimpin parti-parti politik yang angkuh, sombong, takabbur dan engkar terhadap TITAH Tuanku.
- TIADA mana-mana pihak atau parti politik boleh mendakwa memenangi PRU15 dan menganggap kerajaan ini adalah hasil kemenangan mereka dalam PRU15.
- UMNO dan Barisan Nasional merupakan pemain utama yang membentuk kerajaan perpaduan, akur terhadap TITAH Tuanku serta 'King Maker' kepada Kestabilan & Kemakmuran rakyat dan negara, pasca PRU15.
- SEKIRANYA UMNO & Barisan Nasional tidak memainkan peranan utama, Kerajaan Perpaduan tidak akan dapat dibentuk, krisis ekonomi & politik negara akan berpanjangan serta kehidupan rakyat tidak akan makmur.
- Peranan utama UMNO & Barisan Nasional dalam perkara ini melahirkan Kestabilan & Kemakmuran pada rakyat & negara.
- Kestabilan & Kemakmuran merupakan slogan & motto Barisan Nasional sepanjang kempen PRU15.
- Slogan Kestabilan dan Kemakmuran kini menjadi realiti di bawah Kerajaan Perpaduan, meskipun Barisan Nasional tidak memperolehi majoriti mudah membentuk kerajaan.
Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO & Barisan Nasional yang telah menzahirkan Kestabilan dan Kemakmuran kepada rakyat & negara pasca PRU15.
Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO & BARISAN NASIONAL kerana telah menjadi TERAS KEPADA KERAJAAN PERPADUAN.
DARI UMNO DIA PERGI, KEPADA UMNO JUGA DIA KEMBALI
Semua Perdana Menteri dari Tunku Rahman sampailah Anwar Ibrahim semuanya dari UMNO.
UMNO sebuah pejuangan.
UMNO Parti Keramat Orang melayu melahirkan pemimpin yang Hebat.
TAMAT
--------------------------------
KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG D4P
- Saya baru mendarat di KLIA dari Kuching dan dalam perjalanan ke Istana Negara untuk Majlis Mengangkat Sumpah Y.A.B. Perdana Menteri.
- D4P mengarahkan semua peringkat pimpinan parti dan ahli-ahli akar umbi kami supaya TIDAK menganjurkan sebarang bentuk sambutan mahupun acara konvoi kenderaan.
- Kami menyeru semua pihak bertenang dan menghormati keputusan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
- Kerajaan yang bakal ditubuhkan adalah sebuah Kerajaan Perpaduan (Unity Government) yang merangkumi pelbagai gabungan parti politik.
- Kita perlu bekerjasama dan bersatu padu dalam membantu Perdana Menteri mengemudi negara keluar daripada kemelut yang dihadapi.
LOKE SIEW FOOK
24 NOVEMBER 2022
--------------------------------
Siapa dah jadi PM angkat tangan
Sumber 2 : Sah.
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment