"Istana Negara adalah lambang keadilan dan kebijaksanaan sebuah negara bangsa yang kita kenali sebagai Malaysia".
Titah KBDYMM SPB YDPA membuktikan kenyataan di atas dan sekaligus adalah merupakan pertunjuk dan penanda aras baru kepada amalan bernegara di Malaysia. Satu isyarat jelas yang menunjukkan bahawa Sistem Raja Berperlembagaan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari sistem demokrasi berparlimen.
Ini merupakan satu permulaan baru kepada satu era baru pasca Covid 19. Era kebangkitan Raja-Raja Melayu dan Islam di Abad ke 21. Titah YDPA secara tidak langsung akan menguji kefahaman, keyakinan dan amalan seluruh rakyat Malaysia dengan prinsip-prinsip bernegara sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Negara dan juga Perlembagaan Negara. Ini pasti akan mengundang perbincangan yang menarik dari dunia akademik, politik dan seluruh rakyat Malaysia.
Apakah Titah YDPA yang seharusnya di patuhi secara mutlak akan dicabar di mahkamah atau di parlimen adalah merupakan episod-episod yang menarik untuk terus diikuti selepas ini. Ujian pertama yang perlu dilalui oleh “Titah” tersebut adalah pada persidangan parlimen yang bermula pada 2hb November 2020 ini.
Bagaimana reaksi dan tanggapan seluruh ahli-ahli parlimen di Malaysia sama-sama dapat kita saksikan. Apakah “Titah” tersebut akan di patuhi secara mutlak atau akan wujud cluster dari kalangan ahli-ahli parlimen yang akan melakukan pemberontakan yang jelas terhadap “Titah” tersebut ?
KBDYMM SPB YDPA telah bermurah hati untuk menggunakan perkataan “pendapat” dalam perutusan Baginda. Biarpun YDPA telah menggunakan perkataan “pendapat” namun sebagai rakyat jelata yang sedar diri, perkataan tersebut seharusnya diterima sebagai satu perintah yang wajib dilaksanakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
"Kehendak Tuanku adalah titah yang akan patik junjung di atas bahu jemala patik."
Apakah kepatuhan dan kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu yang seperti ini warisan dari nenek moyang kita akan berulang lagi? Ini juga pasti akan mengundang perdebatan yang menarik. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan taufiq dan hidayah kepada Raja-Raja Melayu untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.
Dengan terpaterinya “Titah” tersebut, ini akan membuka pintu kepada pembentukkan satu kerajaan perpaduan @ unity government di negara ini. Sebuah kerajaan yang benar-benar mencerminkan kerajaan Tuanku. Kerajaan yang pastinya akan menjunjung Islam sebagai cara hidup bernegara di negara ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(EKSKLUSIF) ILUSTRASI 3D & AUDIO Zaman Kemahsyuran Kesultanan Melayu Melaka
https://www.youtube.com/watch?v=4y0KeHkOcZs&t=214s
🔴 KEDUDUKAN ASAL ISTANA MELAKA MENGHADAP KIBLAT? | MELAKA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daulat Tuanku Payung Negara
Nota ringkas ini adalah catatan saya sekadar untuk mengingatkan para sahabat sebagaimana yang sering saya ungkapkan bahawa political government sudah sampai ke penghujungnya.
Berikan sepenuh ketaatan dan kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu. Ini langkah pertama dalam proses decoupling dan Reset Malaysia di negara kita. Perjalanan kita masih panjang. Kita sudah memasuki satu alaf baru. Satu dunia baru. Satu peradaban baru.
“Khilafah Islam sudah bangkit di Malaysia.”
Wahai anak-anak muda Melayu, bangkitlah bersama Raja-Raja Melayu. Pertahankan mereka dan kibarkan panji-panji hitam warisan junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Ini abad kamu sebagai umat pilihan. Semoga Allah SWT merahmati dan mempermudahkan segala urusan kalian. InsyaaAllah. Bukanlah sebuah pelayaran yang hebat namanya kalau sekadar merentas samudera yang tenang.
Teruskan perjuangan...
Sekian.
Dato Dr Mohd Ramalan Yunus
26/10/2020
Gambar 3 : "Kingdom of Muhammad bukanlah Muhammad dari Mekkah, ia adalah susuk yang berbeza. Muhammad di Tanah Jawi adanya dia juga sebelum adanya langit dan bumi, perbezaan keduanya adalah juga seperti langit dan bumi." Panji-panji Hitam dari Timur.
MUHAMMADLAND
Gambar 4 : MO1 Tuanku Muhammad Ibni Tuanku Abdullah Ibni Tuanku Abdullah Ibni Tuanku Munawer Ibni Tuanku Abdul Rahman Sultan Iskandar Zulkarnain - Muhammad Land. Satu nama yang telah diabadikan di dalam baju tersebut
Gambar 5 : SPB DYMM YDPA segak bergaya dengan memperagakan baju simbol Muhammad Land. Daulat Tuanku !
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
"Kerajaan Beta"
https://normanhafizi.blogspot.com/2021/05/kerajaan-beta.html
No comments:
Post a Comment