Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 24 November 2020

ORGANISASI YANG KUKUH MENJAMIN KELANGSUNGAN PENUBUHAN KOPERASI

Arkib : 04 Disember 2019


Gambar : Logo Rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Siaran Media Usahawan : Organisasi Yang Kukuh Menjamin Kelangsungan Penubuhan Koperasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Setiap organisasi yang wujud memerlukan wakil daripada ahli-ahli yang dipilih untuk dijadikan pemimpin bagi menguruskan perjalanan organisasi tersebut dengan baik dan berkesan. Tanpa pemilihan ahli-ahli yang mampu untuk memimpin organisasi dengan baik sebenarnya akan menggagalkan segala usaha untuk mewujudkan persefahaman. Akhirnya, objektif serta matlamat penubuhan organisasi itu tidak akan dicapai.

Begitulah juga dengan konsep penubuhan koperasi yang berasaskan organisasi. Konsep koperasi adalah satu konsep yang terbaik bagi mendapatkan persefahaman setiap anggota ke arah mencapai ke satu tahap penubuhan organisasi yang kukuh dan berkesan. Penubuhan koperasi sebenarnya memerlukan satu kerjasama yang mantap dan persefahaman sesama ahli amat diperlukan. Perkara-perkara seperti perkongsian dari segi pengurusan idea, sumber dan maklumat akan membantu untuk mengukuhkan dan memantapkan organisasi.

Sesebuah koperasi akan menjadi organisasi yang berfungsi bagi membentuk sebuah jawatankuasa untuk setiap keahlian keanggotaan. Jawatankuasa yang bertindak ini akan bertanggungjawab menjaga ke atas kebajikan setiap ahli dan ianya merupakan suatu konsep pengurusan organisasi. Pembentukan jawatankuasa ini juga seharusnya menggunakapakai sistem bermesyuarat bagi mencari kata sepakat untuk setiap keputusan yang dibincangkan. 

Selain itu, pemimpin yang dipilih adalah mengikut suara ramai dari kalangan ahli-ahli yang layak untuk memimpin organisasi koperasi ini. Perkara utama dan penting ialah kebajikan setiap anggota dapat dibela dan dijaga dengan baik.

Kebiasaannya, kebanyakan masyarakat kita lebih memandang kepada kebendaan dan keuntungan dari segi bentuk perniagaan, melalui penubuhan syarikat. Akan tetapi, amat jarang sekali apabila syarikat ditubuhkan kebajikan dan pembelaan setiap anggota dalam sesebuah organisasi lebih diutamakan. Maka di sinilah perlunya sesebuah organisasi yang diwujudkan melalui penubuhan koperasi.

Selain itu, kegagalan organisasi bagi sesebuah koperasi itu berlaku apabila ia mengutamakan keuntungan perniagaan melebihi perkhidmatan untuk setiap anggota. Perkara ini jelas telah diperingatkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu untuk mengelakkan organisasi koperasi ini menjurus kepada perniagaan yang berkonsepkan skim cepat kaya. Tidak dinafikan bahawa koperasi yang berfungsi seperti ini tidak akan bergerak jauh dan penubuhannya akan menjadi sia-sia sahaja.

Akhir sekali, setiap keahlian keanggotaan bakal menerima manfaat yang perolehi hasil daripada yuran penyertaan dan pembelian saham koperasi. Manfaat tersebut bergantung kepada jenis fungsi koperasi yang mereka sertai. Justeru itu, pemilikan saham dan syer sesebuah koperasi itu sebenarnya adalah merupakan kelangsungan koperasi itu untuk mampu dan terus bertahan lama.
 
Kredit to : @⁨Norman Hasnun ❤🌹

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...