Koperasi MHM Selangor Berhad (KMHMSB)
No. Daftar : 202059501828
Ruj : SKM.IP.(PEND) B-1958/(1)
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Semua
Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaanNya dapat kita bersama-sama di dalam ruangan ini iaitu bersama-sama dengan Koperasi Halal Mart 2019, ataupun dengan nama rasminya di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ialah Koperasi MHM Selangor Berhad
Koperasi MHM Selangor Berhad ataupun nama singkatannya ialah (KMHMSB) telah pun berjaya ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya (tertakluk kepada subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993) pada 25 Ogos 2020. Butiran lanjut mengenai KMHMSB ialah dengan :-
- No. Daftar : 202059501828
- Ruj : SKM.IP.(PEND) B-1958/(1)
Sehubungan itu, kejayaan penubuhan koperasi ini adalah merupakan penanda aras baharu hasil daripada kesabaran dan istiqamah kita semua sejak tahun 2019 iaitu untuk meneruskan usaha Fardhu Kifayah di dalam menelusuri perjalanan dan impian kita semua di dalam Jihad Ekonomi Muslim sampai bila-bila. In Shaa Allah aamiin.
Selain itu, kami daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta pihak pengurusan KMHMSB mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sentiasa memberikan sokongan yang padu kepada kami sama ada secara langsung ataupun tidak langsung sehingga tertubuhnya koperasi ini. Hanya jasa, budi yang ditaburkan serta pengorbanan yang tidak pernah putus-putus ini adalah tanda istiqamah daripada kita semua. Semoga usaha yang kita gerakkan ini akan mendapat keberkatan, restu dan redha daripada Allah s.w.t. jua.
Akhir kata, perjalanan kita semua masih jauh lagi. Perjalanan yang penuh liku dan berisiko ini hanya dapat diperkuatkan langkahnya melalui semangat dan matlamat untuk melihat kejayaan Umat Islam di Malaysia melalui penguasaan ekonomi dalam bidang perniagaan peruncitan khususnya bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
Jom Jihad Ekonomi Muslim Bersama Kami ! 😁
Sekian, terima kasih
Pihak Pengurusan KMHMSB
No comments:
Post a Comment