Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 18 May 2021

"Kerajaan Beta"

Arkib : 18 Mei 2020 "Kerajaan Beta" - YDPA


Gambar : Ilustrasi oleh Halimi Halil di Facebook

Ramai betul orang berdebat pasal "Kerajaan Beta", dah macam kelas Pengajian Am sudah.

Bukan saja ada istilah "Kerajaan Beta" (my Government), malah ada juga istilah "Menteri-Menteri Beta" (my Ministers). Dalam titah-titah lepas pun boleh jumpa.

Tak perlu rujuk Perlembagaan pun, konsepnya simple sahaja: di bawah Sistem Raja Berperlembagaan (constitutional monarchy), Raja (King/Queen/Agong/Tenno) adalah Ketua Negara (Head of State), so dari perspektif baginda, semua adalah "mine" (beta punya).

Dan sebab itu, hanya Raja saja boleh panggil PM sebagai "my Prime Minister". Kita tak boleh sesuka hati panggil PM sebagai "my Prime Minister" sebab he/she is never yours

Dan tradisi titah pembukaan parlimen ini sememangnya datang daripada pengasas sistem raja berperlembagaan iaitu Britain. Macam yang aku selalu tekankan, sistem ni tidak perfect tapi ia adalah sistem paling stabil yang manusia pernah cuba sebab wujudnya satu Ketua Negara yang semua orang boleh akur dengannya.

Kalau negara republik, Ketua Negara tu presiden dari kalangan orang awam malah in most cases presiden juga adalah orang politik. So dia jadi tak neutral, rakyat pun bertambah "divisive" dengan politik.

Tapi kalau negara raja berperlembagaan, Raja bertindak sebagai figura yang mengatasi politik (above politics). Bukan saja kerajaan, even pembangkang pun Raja address mereka sebagai "my Lords and Members of the House of Commons" (aku tak sure kat Malaysia macam mana bunyi frasanya, malas nak belek hansard).

Tapi Raja tidak sesekali panggil pembangkang sebagai "my Opposition" dalam titah baginda. Sebab pembangkang membangkang kerajaan, bukan membangkang Raja. Tak kira apa perbezaan parti jua, rakyat dalam negara raja berperlembagaan adalah rakyat kepada Raja. 

Nak tulis panjang lagi, tapi confirm ramai triggered nanti. Cari Lailatul Qadar lagi afdol.


------------------------------------------------

Mohonkan Allah Raja Kita Selamat Bertakhta.

Menyusul dari episod “Sheraton Move” tahun lepas, adalah terserlah bahawa institusi diraja, terutamanya institusi Ketua Negara kita, YDP Agong, mampu memainkan peranan kritikal di dalam memberi kestabilan kepada keadaan politik negara.

Di dalam waktu-waktu krisis, rakyat menaruh harapan kepada satu-satunya institusi yang masih di percayai oleh rakyat negara ini, setelah mereka di kecewakan dengan pelbagai kelakuan haru-biru ahli politik. 

Di waktu-waktu sebegini, institusi diraja memainkan peranan yang tidak boleh atau sukar di tandingi jikanya Ketua Negara juga turut terdiri dari golongan elit politik. 

Sungguhpun YDP Agong adalah seorang raja berperlembagaan, yakni mempunyai kuasa formal yang terhad, adalah jelas institusi diraja masih memiliki “moral” atau informal authority di dalam memastikan prinsip demokrasi tidak tercabul oleh mana-mana pihak.

Ini adalah menarik kerana dari segi sejarah Eropah, institusi diraja di kaitkan dengan unsur-unsur anti-demokrasi dan ahli-ahli politik pula yang bergeseran dengan istana di dalam usaha mereka meluaskan skop pemerintahan demokrasi.

Tetapi di Malaysia adalah sebaliknya di mana ketua eksekutif negara pula yang berazam menghadkan demokrasi dari berfungsi sepenuhnya dengan mentadbir negara ini tanpa mekanisme “check & balance” dari Parlimen. 

Sementara itu, institusi diraja pula yang bertekad mempertahankan prinsip demokrasi, bertekad agar Parlimen di panggil bersidang sebagaimana yang di peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Setakat perkembangan terkini, saya menyanjung tinggi sifat terpuji kebijaksanaan dan keteguhan DYMM SPB YDP Agong Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah di dalam pengendalian baginda menangani kemelut politik yang berlarutan ini, tiada celanya dari segi undang-undang, Perlembagaan mahupun tata adab peranan tradisi Istana sebagai payung Negara tempat rakyat berteduh. 

Mohonkan Allah Raja Kita Selamat Bertakhta.

------------------------------------------------

CERITA BENAR.

Semasa Dr Mahathir meletakkan jawatan, parti gabungan Barisan Nasional memiliki majoriti besar di dalam Dewan Rakyat.

Maka, Dr Mahathir memaklumkan kepada SPB YDP Agong penggantinya adalah DS (semasa itu) Abdullah Badawi.

Setelah Dr Mahathir pulang keluar dari Istana Negara, pejabat DS Abdullah menelefon Istana Negara untuk mendapatkan waktu pada hari yang sama membolehkan DS Abdullah mengadap baginda untuk menerima limpah perkenan baginda di lantik sebagai Perdana Menteri ke lima.

Basically, Istana Negara memberi response, “You don't call us. We call you.”

The Palace was making a Constitutional point.

Maknanya, dari segi Perlembagaan, adalah hak YDP Agong untuk memanggil calon Perdana Menteri mengadap di mana SPB YDP menitahkan calon tersebut menubuhkan “Kerajaan Beta”.

Just because Perdana Menteri lama (outgoing PM) cadangkan nama penggantinya, tidaklah secara otomatik Agong terima.

Hanya setelah beberapa jam (I was told), pihak DS Abdullah Badawi menerima panggilan telefon menjemput beliau mengadap.


P/S : Tepat untuk penulisan ini melainkan satu. The Monarch in the UK does formally refer to the Opposition as "My Loyal Opposition" and the Opposition is officially referred to as "His Majesty's Loyal Opposition".


Kadang-kadang kita hanya menghargai sesuatu itu apabila ianya sudah tiada. Wallahualam.

---------------------------------------------

Artikel-artikel lain yang berkaitan :


2020 PERMULAAN ERA BARU : MUHAMMADLAND



PERANAN 9 RAJA-RAJA MELAYU DI DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...