Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 17 May 2021

25 & 26 FEBRUARI 1982

 PERISTIWA MENGKARAK PADA 25 DAN 26 FEBRUARI 1982


Gambar 1 : Peta dan lokasi, di Mengkarak, Pahang

1.   Semasa saya masuk ke Pasukan 12 RAMD pada bulan Ogos 1984, saya telah mendapat cerita dari anggota anggota platun saya (Platun 8) bahawa Platun 7 Kompeni C pernah terlibat dalam satu pertempuran di hutan Mengkarak pada tahun 1982. Pada masa kejadian tersebut, pasukan 12 RAMD masih lagi dikenali sebagai pasukan 27 RAMD.  Nak cerita secara terperinci bagaimana insiden pertempuran berlaku, saya tak banyak maklumat.. 

Cuma penceritaan sepintas lalu sahaja..


Gambar 2 : RAMD sedang melakukan operasi di lokasi tersebut

2.   Pada 23 Feb 1982 jam 2 pagi, Kompeni C 27 RAMD telah diatur gerak memasuki kawasan hutan Mengkarak, Pahang. Pada 25 Feb 1982 lebih kurang jam 5 petang, Platun 7 Kompeni C,  27 RAMD yang diketuai oleh Sarjan Rahman semasa sedang bergerak dalam kawasan hutan di Mengkarak, Pahang telah ditembak oleh sekumpulan Pengganas Komunis yang dianggarkan berkekuatan 10 hingga 12 orang dari kedudukan kem sementara dari atas bukit. Adalah dipercayai kumpulan tersebut adalah dari 9 AWF (Armed Work Force) yang diketuai oleh seorang pengganas wanita yang bernama Loh Poh Ying. Kebetulan, semua tembakan yang disasarkan kepada anggota anggota Platun 7 tidak mengenai sasaran. Anggota anggota Platun 7 membalas tembakan tetapi sukar untuk bergerak kerana bertalu-talu ditembak dari kedudukan atas bukit. Anggota ada menceritakan bahawa mereka terdengar suara wanita menjerit "Hoii Askar Melayu! kalo lu belani naik lah ini bukit!'. (Hoii Askar Melayu, kalau kamu berani naiklah bukit ini)

Jeritan itu sudah pasti datangnya dari Ketua Kumpulan Komunis itu Loh Poh Ying.. lebih kurang 15 minit bertempur,  tembakan dari atas bukit dilihat sudah tiada lagi.. apabila dibuat penggelidahan di atas bukit itu, kumpulan pengganas komunis telah pun melarikan diri dengan meninggalkan pakaian, makanan, ubat-ubatan beberapa dokumen serta risalah dan juga sejumlah peluru. Pada  jam 7 petang, oleh kerana keadaan sudah hampir gelap, penjejakan telah dihentikan oleh kumpulan Platun berkenaan.


Gambar 3 : Lokasi ladang getah yang termasuk dalam kawasan operasi 

3.   Pada 26 Feb 1982, Platun telah membuat penjejakan terhadap laluan lari pengganas komunis. Pada lebih kurang jam 8.15 pagi, di jarak 500 meter dari lokasi pertempuran, anggota Platun 7 telah memasuki ladang getah di pinggir hutan dan terjumpa dengan seseorang berbangsa Cina yang sedang membongkok seolah-olah sedang menoreh getah namun apabila di siasat lebih dekat, pisau penoreh pun tak ada, pakaiannya pula kelihatan bersih, bukan sepertiseorang penoreh getah sama seperti pakaian yang dijumpai di kem sementara yang ditinggalkan semalam. Apabila diperiksa pakaiannya ada wang kertas RM 100. Apabila ditanya dalam Bahasa Melayu, beliau tidak menjawab seolah-olah tidak langsung memahami Bahasa Melayu.  Dapatlah ubat batuk yang askar berikan tapi tidaklah seteruk mana kerana tidak mahu beri kerjasama apabila ditanya. 

4. Tak jauh dari lokasi tersebut (jarak lebih kurang 400 meter) terjumpa lagi dengan dengan seorang lelaki juga nampak berlakon seperti sedang menoreh getah..Apabila dilihat pokok getah di kawasan itu baru 2 pokok yang sudah ditoreh....

Agak ganjil kalau berada lama di situ, baru toreh 2 batang pokok. Juga tidak boleh bercakap Bahasa Melayu apabila ditanya... pakaiannya juga tidak seperti penoreh getah..nampak cantik.. apabila diperiksa lagi pakaiannya ada wang sebanyak RM 200.00 dan satu pas kad RELA Negeri Pahang.  Punyalah susah untuk mendapat jawapan.. sehingga mendatangkan kemarahan askar yang bertanya.. dapatlah jugak ubat batuk pelempang Jepun percuma. Di situ juga,  ada 2 orang lagi perempuan yang dijumpai cuba menyorok di dalam semak. Juga apabila di tanya, mereka enggan bercakap Bahasa Melayu..askar telah memeriksa tubuh badan dan suruh selak baju mereka kerana dikhuatiri ada senjata, bom tangan atau pisau yang disembunyikan dalam baju mereka.... Terdapat kesan kesan calar yang masih baru di tangan pergelangan kaki kedua-dua wanita ini.. mungkin kesan melarikan diri dari pertempuran semalam..namun tidak ada apa apa senjata yg dijumpai..Pada jam 10 pagi, hari yang sama, platun 7 sekali lagi telah bertembak dengan musuh lebih kurang 500 meter dari lokasi penemuan dengan 6 orang penoreh penoreh getah yang dicurigai itu namun dengan cepat Pengganas Komunis telah melarikan diri..

5.   Pada 1 Mac 1982, selepas 3 hari dari kejadian berlaku, Ahli Parlimen Petaling ketika itu Lim Kit Siang telah membangkitkan kejadian kekerasan anggota tentera terhadap 14 orang awam (penoreh getah berbangsa Cina) di Mengkarak di dalam sidang  Parlimen. Dalam ucapan Lim Kit Siang, anggota tentera telah didakwa memukul penoreh penoreh dengan menggunakan senjata api, menyepak dan menampar sehingga mendatangkan kecederaan. Dalam pada itu, Lim Kit Siang juga telah menuduh anggota tentera telah melakukan perbuatan tidak sopan kepada 2 penoreh wanita dan menuduh anggota tentera menyuruh mereka membuka baju..


Gambar 4 : Jeneral Tan Sri Datuk Zin Bin Hashim, Panglima Tentera Darat

6.   ATM dengan segera bertindak menyiasat insiden tersebut dan mendapati semua tuduhan yang dilemparkan kepada anggota tentera adalah tidak benar sama sekali. Bagi menafikan tuduhan tersebut, Panglima Tentera Darat ketika itu, Jeneral Tan Sri Datuk Zin bin Hashim telah mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan ketua-ketua komuniti dan penduduk-penduduk bangsa Cina di Triang (tarikh saya tak pasti). Dalam pertemuan tersebut, Jeneral Tan Sri Zin Hashim telah memberi amaran dan kata dua kepada penduduk Cina di Triang dan Mengkarak agar tidak memberikan sokongan moral dan material kepada pengganas komunis. Beliau juga mengingatkan mereka supaya memberikan kerjasama yang penuh kepada Pasukan Keselamatan terutama Tentera dan juga Polis. Jika sekali lagi insiden yang serupa berlaku, Pihak Berkuasa tidak teragak-agak untuk melaksanakan perintah berkurong 24 jam kepada penduduk kawasan Triang dan Mengkarak.

7.  Dari insiden Mengkarak ini beberapa rumusan dapat dikenalpasti..

  • Ramai penduduk khususnya keturunan Cina adalah merupakan penyokong kuat Pengganas Komunis. Meraka memberikan sokongan moral serta material dan dalam masa yang sama menjadi mata dan telinga Pengganas Komunis.
  • Ahli ahli RELA bangsa Cina sepatutnya memberikan kerjasama dan maklumat kepada Pasukan Keselamatan bukannya menjadi tali barut komunis.
  • Dakwaan mengenai 14 orang penoreh telah dipukul dengan senjata dan disuruh singkap baju mereka adalah satu angka yang tidak benar. Yang ditanya dan disoal cuma 6 orang sahaja..Mana lagi 8 orang seperti yang Lim Kit Siang dakwa..?
  • Maklumat diterima dari 2 penduduk orang kaum asli di kawasan tersebut bahawa pada 26 Feb 82 di sebelah pagi, mereka telah melihat banyak motosikal telah keluar dari kawasan hutan dengan membawa penumpang (dipercayai pengganas komunis).
  • Pada 10 Mac 82, Platun lain yang dimasukkan ke kawasan tersebut telah menemui satu food dump (tempat simpanan makanan yang ditanam di dalam tanah) tidak jauh dari kawasan pertempuran. 
  • Tuduhan/dakwaan anggota tentera bersikap kasar kepada orang awam sehingga mendatangkan kecederaan terhadap tubuh badan adalah tidak benar sama sama sekali
  • Parti politik yang terlibat seperti mahu menangguk di air yang keruh terhadap insiden Mengkarak ini dan mahu mencemarkan nama dan imej baik Angkatan Tentera amnya dan Tentera Darat khasnya. 

Sekian.

Sumber : https://m.facebook.com/groups/3484764741560478/permalink/3755950007775282/ 


Pautan artikel yang berkaitan sebagai bahan bacaan tambahan :-

Sejarah Pemberontakan Komunis di Malaysia

https://normanhafizi.blogspot.com/2018/07/sejarah-pemberontakan-komunis-di.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...