Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 5 December 2022

01 DISEMBER 2011 PERASMIAN KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 1 Disember 2011, bangunan baru Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Jalan Hartamas telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Baginda turut meluangkan masa melawat ke ruang galeri bangunan badan kehakiman syariah tersebut. Mahkamah baru yang siap pada 31 Mei 2011 ini, mulai dibina pada 10 April 2006 dengan kos pembinaan bernilai RM96 juta. Badan kehakiman itu telah berpindah beberapa kali sebelum ini. 

Memulakan operasinya di Dewan Tuanku Abdul Rahman di Ampang dan kemudiannya berpindah ke Bangunan Jabatan Kerja Raya di Jalan Tun Abdul Razak. Pada tahun 1983, badan ini berpindah ke Bangunan Baitulmal di Jalan Ipoh dan seterusnya beroperasi di Bangunan Sulaiman di Jalan Damansara sebelum berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Hartamas. 

Pada awal penubuhannya, badan kehakiman ini hanya mempunyai beberapa pegawai termasuk Hakim Syarie. Kini kakitanganya bertambah kepada 130 orang termasuk Ketua Hakim Syarie, Tiga Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan enam Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Skrip : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

26 OKTOBER 2001 PERASMIAN PEMBUKAAN SUKAN PARA ASEAN PERTAMA



22 NOVEMBER 2008 PENGISYTIHARAN MELAKA DAN GEORGETOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...